1. Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik. 2. Tepung gandum, mentega, telur, dan garam gaul sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi. 3. Uli sehingga menjadi elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer lagi senang kerja).
4. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup (1 jam). 5. Kembang doh tadi, tumbuk-tumbuk sikit buang untuk angin. 6. Buat bulat-bulat dan timbang doh 35g setiap satu. Kemudian, biarkan 10 minit. 7. Ambil doh kemudian gelek memanjang. Ambil pisau atau pizza cutter potong macam dalam gambar. Potong jangan bagi putus okay.
Sedapnya Kuih Kalakatar @ Kuih Bingka Kelapa Muda ni. Nampak lemak manis, memang membuka selera. Rasanya kalau dekat gerai, tak ada jual kuih ni. Bagi anda yang nak cuba, saudari Nadia Ismail ada kongsikan resipinya. Let’s cooking!
CARA BUAT KUIH KALAKATAR @ BINGKA KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air kelapa muda – dari 2 biji kelapa muda yang besar
Isi kelapa muda – jumlahnya terpulang ikut cita rasa
Sedikit garam
Gula secukupnya – letak sedikit demi sedikit hingga cukup manis
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan air kelapa muda, tepung gandum, garam, gula dan telur.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian tapis.
3. Masukkan isi kelapa ke dalam adunan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Bakar adunan dalam ketuhar menggunakan api atas bawah selama 1 jam. (RASA: boleh guna suhu 180C. Namun masa dan suhu boleh berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing)
6. Setelah cukup 1 jam, bakar lagi 20 minit menggunakan api atas. Ia bertujuan untuk garingkan bahagian permukaan kuih.
7. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
INFO: Kuih Kalakatar ni jika nak makan di waktu pagi, kena buat malam sebelumnya. Jika nak makan petang, boleh buat waktu pagi. Kuih ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.
Menu bakeri dan pastri dari The Pearl Hotel, KL ini memang super enak.. Aroma harum dan ‘food presentation’ yang hebat sudah pun membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya.
Ramuan tepung bermutu tinggi, kekacang, coklat, dan buatan roti yang gebu cukup menggambarkan betapa mahir dan seni sentuhan dari Pastri Chef Wan Kaisa Ibrahim dan Pembantu Chef Muhammad Syamsul Fitri Abdul Jalil. Jom cuba buat…
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
800gm tepung roti | diayak
200gm kentang | direbus dan dilecek
40gm yis
20gm garam
20gm gula
6gm oregano
500ml susu segar
150ml minyak zaitun
Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK :
Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.
Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.
Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.
Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.
Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya
Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
CINNAMON APPLE FRIES
BAHAN-BAHAN :
3 biji epal hijau | dikupas kulitnya
50gm tepung
100gm gula
20gm serbuk kulit kayu manis
Minyak masak secukupnya
Krim segar secukupnya
CARA MEMASAK :
Kupas kulit epal dan potong memanjang. Buang bijinya
Salutkan dengan tepung
Goreng dalam minyak penuh, hingga perang keemasan
Kemudian salutkan dengan serbuk kulit kayu manis dan gula
Hidangkan dengan krim segar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan manis
Keistimewaan : Tekstur rangup dan manis epal yang lazat
INFO CHEF : Gunakan epal rangup granny smith untuk tekstur lebih rangup. Dan goreng dalam minyak penuh supaya gorengan tidak melekat.
CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate mousse :
456gm krim
116gm gula
349gm coklat gelap
40gm serbuk gelatin
100gm krim putar | dikaup balik
Bahan coffee custard :
110ml susu
100ml kopi espresso
100gm kuning telur
40gm gula
*500gm coffee custard dimasukkan ke dalam :
250gm coklat gelap
10gm serbuk gelatin
CARA MEMASAK :
Cara masak chocolate mousse :
Didihkan krim dengan gula.
Masukkan coklat dan gelatin yang dicairkan
Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk beku selama 20 minit
Masukkan krim putar, kaup balikkan.
Cara masak coffee custard :
Didihkan susu dan kopi
Masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan putih telur dan gula, kacau hingga sebati
Tuangkan larutan susu kopi mendidih tadi ke dalam campuran telur. Biarkan masak hingga pekat dan masukkan pula coklat dan gelatin
Kacau hingga sebati, masukkan dalam acuan bulat dan bekukan selama 1 jam
*Anda boleh sapukan topping coklat untuk melazatkan mousse bila dikeluarkan dari peti sejuk
Saiz hidangan : 1.2 kg
Waktu memasak: 2 jam termasuk tempoh sejuk beku
Cara memasak : Dingin dan beku
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Lemak berkrim dan kaya dengan rasa coklat dan kopi
INFO CHEF : Gunakan biji kopi segar dan coklat berkualiti untuk memastikan rasa yang lebih enak.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
20gm gula perang
8gm garam
10gm yis kering
30ml madu
50gm mentega
250ml air
150gm kismis kuning
CARA MEMASAK :
Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
SUGAR DOUGH (TART SHELL)
BAHAN-BAHAN :
Bahan sugar dough :
1000gm tepung gandum
250gm gula
250gm mentega
3 biji telur
Bahan inti badam :
300gm mentega
300gm gula
300gm serbuk badam
5ml esen vanilla
100gm tepung kek
Pistachio panggang secukupnya | hiasan
Krim segar secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK :
Cara buat sugar dough :
Campurkan tepung dan gula dan tambahkan tepung.
Kemudian masukkan mentega, adunkan jadi doh
Masukkan dalam acuan tart dan tekan rata doh dan di sekeliling acuan
Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar 15 minit.
Cara buat inti badam:
Pukul gula dan mentega selama 5 minit.
Tambahkan serbuk badam, esen vanila dan tepung kek
Panaskan oven dan tuangkan dalam acuan tart berisi doh dan bakar selama 20 minit.
Hiaskan dengan pistachio panggang atau badam panggang
Saiz hidangan : 3 acuan tat, 8 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Tat
Keistimewaan: Sesuai dimakan sebagai sajian petang, doh rapuh dan inti badam yang enak.
INFO CHEF : Anda boleh juga meletakkan hirisan nenas atau epal di atasnya sebelum membakar.
RESIPI : CHEF WAN KAISA IBRAHIM DAN ASST CHEF MUHAMMAD SYAMSYUL FITRI ABDUL JALIL
Terima kasih : NORA ISMAIL, THE PEARL HOTEL KL, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1.5kg dipotong kecil
1 biji santan
7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
3 inci halia*
2 batang serai diketuk (pilihan)
1 keping asam keping
Gula secukupnya
Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!
Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.Supaya...