Sedapnya menu Daging Goreng Berlada / Daging Masak Cili ni. Bagi anda yang suka resipi-resipi ringkas untuk dicuba setiap hari, resipi perkongsian saudari Siti Mariam Zainonini harus ada dalam senarai anda. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah didapati malah cara memasaknya juga sangat senang. Bak kata empunya resipi, rasa daging ni seakan Daging Goreng Kunyit yang dibeli di trak makanan namun versi yang lebih sedap. Wow! Berbaloi sangatlah untuk dicuba. Paling penting, rasanya yang mantap dan membuka selera.
RESEPI DAGING GORENG BERLADA / DAGING MASAK CILI YANG MUDAH & SEDAP
Masak sup, letak bebola ikan. Masak kicap pun boleh letak bebola ikan. Bebola ikan atau selalunya kita panggil fish ball sangat sedap kalau dimasak sup. Boleh juga jadi pelengkap pada hidangan sayur. Kalau nak buat sendiri bebola ikan, RASA berikan resipinya.
BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa
1/2 Sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. 6. 6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Gulai ikan nyok-nyok, memang terasa kari dan rencah yang digunakan. Ni resipi super sedap yang dikongsikan oleh June Ahmad. Makan dengan nasi atau roti memang licinlah pinggannya.
Kalau orang utara, kari disebut gulai. Tambah terangkat dengan penggunaan halba campur dalam masakan. Jom cuba resipi gulai ikan nyok-nyok ni.
GULAI IKAN NYOK-NYOK
BAHAN-BAHAN :
Ikan tongkol @ ikan apa2 je yg sesuai
4 sudu besar rempah kari ikan
Santan (cair2 je… jangan terlalu pekat)
Garam
Air asam jawa
Bendi
Tomato
Cili padi
Bahan kisar:
2 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
Halia sikit
Kunyit hidup sikit
1 tangkai daun kari ** kisar semua bahan di atas bersama rempah kari
Bahan tumis:
4 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. 2. Bila dah kekuningan masuk bahan kisar, tambah air 2,3 kali dan tumis lagi sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak… 3. Selepas itu masukkan garam, air asam jawa dan tumis sekejap. 4. Masuk air secukupnya. Kemudian masukkan ikan dan masak sampai didih. 5. Akhir sekali masuk bendi, terung, tomato dan cili padi… 6. Kuah biar ada rasa masam-masam sikit baru sedap.
Hidangan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai. Biarpun hanya hidangan ringkas, namun aroma dan rasa memang menyelerakan. Phad Kra Pao ini dihidangkan bersama nasi serta telur mata. Hidangan ini jadi tambah sedap dengan adanya daun selasih. Penggunaan bahan masakan seperti lada Thai, sos ikan dan sos soya menambahkan rasa pedas serta pekat daging digoreng.
Phad Kra Pao Daging
Bahan-bahan:
150gm daging cincang
6 tangkai lada Thai
10 hingga 20 helai daun selasih Thai
50gm bawang putih
2 sudu teh sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos soya
2 sudu teh gula
Sedikit serbuk perasa
1 biji telur – digoreng
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan 2 sudu minyak masak.
2. Tumis bawang putih dan cili api selama 20 saat sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak selama dua hingga tiga minit.
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, soya sos, gula dan perasa. Kacau sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan daun selasih Thai. Kacau rata.
5. Daging kra pao sudah boleh dihidangkan dengan telur mata goreng dan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.