
Sedapnya Cucur Bilis Kucai & Cili Kering Tumbuk resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Makan panas-panas memang terangkat! Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ . Enak, cukup rasa dan pedas! Makan macam tu dah best, jika suka boleh dinikmati bersama sos untyuk memberikan lebih kenikmatan. Tak perlu menu hebat-hebat untuk gembirakan hati suami dan anak-anak. Masak menu macam ni pun dah boleh buat keluarga tersenyum. Lebih puas bila dimakan. Jom masak!
CARA MASAK CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum – beli online disini
- 100gm ikan bilis – beli online disini
- 8 tangkai cili kering – beli online disini
- 1/2 cawan cincangan daun kucai
- Garam secukupnya
- Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.

2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.

3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.

4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.

5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!

Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

Pancake antara menu yang menjadi pilihan untuk sarapan. Ia mudah dan menyelerakan untuk hidangan seisi keluarga. RASA kumpulkan sembilan resipi pancake untuk anda cuba. Semuanya berlainan rasa dan juga bentuk. Jangan lupa cuba!
RESIPI BABY PANCAKE

BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum – beli online disini
200gm susu full cream – beli online disini
35gm mentega – beli online disini
35gm gula kastor – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla powder
1 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.
2.Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake lebih halus.
3.Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.
4.Panaskan kuali. Sapukan sedikit mentega.
5.Masak pancake ikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Masak guna api perlahan sahaja. Lakukan hingga habis adunan.
- Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masin-masing. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Dayang Zuhaila
RESIPI LEMON PANCAKE MAPLE SYRUP

BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3.Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
RESIPI PANCAKE MILO

BAHAN–BAHAN:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur dan kacau.
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo.
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
- Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan.
7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.
Kredit resipi: Sheila Rusly
RESIPI RICE PANCAKE

BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
1 tangkai daun bawang
Lobak merah – disagat halus
2 biji telur
Garam
1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
Jika suka, boleh tambah daun sup, kentang, isi udang atau apa sahaja ikut kegemaran
CARA MEMASAK:
1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing atau apa sahaja yang ada di dapur.
- Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan sebatikan. Tidak perlu tambah air. Pastikan nasi tidak berketul.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian sudukan adunan Rice Pancake tadi. Minyak tidak perlu banyak seperti kita menggoreng cucur.
4. Bila sudah keperangan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah hingga masak sepenuhnya. - Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai.
Kredit resipi & foto: Marina Abd Majid
RESIPI PANCAKE HIPSTER

BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung gandum cap ros
1 biji telur
4 1/2 tin air
4 sudu susu pekat manis – beli online
1/2 tin minyak – beli online
2@3 titik butter oil (tiada pun tidak mengapa- untuk aroma sahaja)
2 sudu makan garam – beli online
*sukatan tin-guna tin susu.
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10 hingga 20minit. *kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai.
- Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
- Panaskan kuali. Pipekan adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali. Apabila sudah masak semuanya, boleh angkat dan gulung. Ketepikan.
Sumber kredit: Siti Khajar
RESIPI THAI STREE BANANA PANCAKE

BAHAN-BAHAN:
Kepingan Roti Paratha segera – beli online disini
1 biji pisang
Mentega masin secukupnya (salted butter) – beli online disini
Gula – beli online disini
Hazelnut spread @ Nutella (boleh diganti dengan susu pekat manis mengikut citarasa anda) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Nyahbeku kepingan paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).
2.Potong pisang menjadi kepingan dan susun diatas kepingan roti paratha tadi.
- Kemudian lipat bahagian tepi paratha ke dalam.
- Cairkan mentega masin dengan secukupnya di dalam kuali.
5. Letak kepingan Paratha tadi dan goreng kedua bahagian sehingga garing keemasan. - Angkat dan sapukan Hazelnut spread @ Nutella dengan secukupnya di permukaan. Jika tiada, boleh diganti dengan susu pekat manis atau apa sahaja sapuan mengikut selera anda. Potong untuk memudahkan ia dimakan.
- Thai Street Banana Pancake yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.
RESIPI PANCAKE ALA CINA

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung – BELI DI SINI
1 sudu teh garam
⅓ cawan minyak – BELI DI SINI
1 cawan air (letak air biasa dalam cawan sampai agak² penuh. Penuhkan dengan air panas. Kiranya air panas ~2 sudu makan)
Isi ketam tiruan – BELI DI SINI
Daun Bawang
CARA PENYEDIAAN:
Oles kuali dengan minyak.
Tuang 1 senduk adunan. Letak isi ketam tiruan dan daun bawang.
Tutup supaya ketam dan tepung masak.
Buka tudung dan biarkan sekejap supaya semua wap air meruap.
Boleh hidang lipat atau terbuka.
Makan semasa panas supaya bahagian garing masih rangup.
Kredit: Siti Hazneza Binti Abdul Hamid
RESIPI SWEET PANCAKE ALA HOTTEOK
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang sederhana besar ( kukus/ rebus & lenyek)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit garam
Air suam secukupnya
Minyak/ butter untuk goreng
Bijan untuk hiasan
Inti ikut citarasa (saya letak kacang merah & cheese mozarella)
Minyak masak untuk sapu dekat tapak tangan
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan semua bahan-bahan A di atas dan gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat dekat tangan. Jangan terlalu lembut atau keras. Rehatkan sebentar agak-agak 30 minit.
2.Cukup masanya uli sebentar biar doh sekata kemudian bolehlah mula bentukkan. Ambil sedikit minyak, sapu atas tapak tangan dan ambil sedikit doh, leperkan doh tadi seperti nak buat kuih bom. Masukkan inti dan tutup kemas-kemas.
3.Bulatkan cantik-cantik. Golek dalam bijan sehingga rata kemudian. Bulatkan di tapak tangan supaya bijan melekat cantik. Buatlah sehingga habis dan bolehlah goreng menggunakan non stick pan.
4.Letak sedikit minyak atau butter dan masukkan bebola tadi,buat satu-satu ye.
5.Tekan menggunakan sudip supaya leper ikut saiz yang disukai. Balik-balik kan dan masaklah sehingga warnanya perang cantik. Ulanglah sehingga habis. Siap untuk dihidang.
RESIPI PANCAKE POPIA KPOP

BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia (brand apa-apa aje)
- 10 ekor udang (potong kecik2)
- 1sd lada sulah
- Sedikit garam
- 3ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
- Daun kucai
- Cili merah besar (cincang halus)
- 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
- Sebiji telur
- Sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn air (utk gam)
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia n tepung gandum.
- Kulit popia dilipat dua dan gunting ..
- Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
- Satu lagi lapisan kulit popia disapu dgn tpung gandum utk gam ye. Dan tampal atas popia..
- Lps tu boleh lah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan!
Kredit resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Resipi Nasi Goreng Kampung Paling Mudah Nak Buat. Bila-bila Nak Makan Boleh Masak
Anak Ulang Makan, Resipi Agar-Agar Milo Susu Ni Memang Sangat Sedap
Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Tepung Pelita Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

Sedap Kuih Tepung Pelita ni. Lemak manis, memang jadi kegemaran ramai. Bagi anda yang sukakan manisan ini dan mahu cuba membuatnya, resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni boleh dicuba. Nampak sangat sedap dan membuka selera. Satu sukatan ni dapat dalam 19 biji kuih. Paling penting resipinya sangat mudah. Jomlah cuba.
RESIPI TEPUNG PELITA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 sudu teh gula pasir kisar – masukkan dalam bekas daun pisang atau bekas plastik kecil
BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU):
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
3 cawan air
1 ½ cawan jus pandan
Sedikit pandan emulco
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan untuk lapisan bawah (hijau).
2.Masukkan ke dalam kuali, masak hingga mendidih (meletup-letup) dalam 2 – 3 minit. Tutup api.

BAHAN LAPISAN ATAS (PUTIH)
4 cawan santan (kalau santan pekat tambah air)
6 sudu makan tepung beras
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan-bahan untuk lapisan atas (putih). Kacau hingga rata dan mendidih. Bila campuran kelihatan pekat, tutup api.
CARA MEMBUAT TEPUNG PELITA:
1. Tuang adunan lapisan bawah (hijau) yang masih panas ke dalam bekas daun pisang atau bekas plastik kecil yang telah dibubuh gula.
2. Kemudian tuangkan lapisan putih yang telah dimasak tadi (panas-panas) atas lapisan hijau.
3.Kukus sekejap kuih dalam 10 minit supaya gula yang ditabur di dasar kuih menjadi cair.
4. Kuih Tepung Pelita siap untuk dihidang. Enak dimakan sejuk.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Putu Bambu Guna Acuan Je, Lagi Senang.

Selalunya bila teringin makan Putu Bambu mesti beli sebabnya jarang dari kita yang buat putu bambu sendiri, alasannya takda acuam buluh dan acuan ini tidak ada dijual. Jadinya, jalan paling senang beli je dan terus makan. Tapi kalau teringin nak buat sendiri, boleh je walaupun tanpa acuan buluh. Kalau korang nak tahu macam mana, ini cara mudah buat putu bamboo guna acuan biasa. Rasa tetap sedap dan mudah je, asalkan korang ikut tip berikut untuk membuatnya.
Pastikan Tekstur Tepung Beras Lembab Berpasir.
Tepung beras adalah bahan utama Putu Bambu. Goreng sangai tepung beras, kemudian tepung itu dikukus hingga lembab dan dicampurkan dengan air suam dan sedikit garam. Selain air suam boleh tukar dengan susu cair suam untuk tambah perisa. Gaulkan tepung yang dicampur air suam hingga menjadi lembab dan seperti berpasir. Jika terlalu lembik putu akan mudah hancur semasa dikeluarkan dari acuan.

Guna Acuan Aluminium, Silikon & Plastik
Takda acuan buloh, boleh je guna acuan biasa yang dibuat dari aluminium, silikon dan plastik asalkan boleh memuatkan putu dan dikeluarkan dengan sempurna tanpa pecah dari acuan.

Jangan Tekan Adunan Dalam Acuan
Adunan tepung beras yang sudah siap dimasukkan ke dalam acuan. Sukatannya hanya 1/4 dari acuan, kemudian taburkan gula Melaka yang sudah dihancurkan secukupnya. Kemudian tutup lapisan gula dengan satu lai lapisan adunan tepung beras hingga memenuhi acuan. Jangan tekan adunan, bimbang ia akan melekat pada acuam dan boleh menyebabkan tekstur putu menjadi keras.

Pastikan Pengukus Panas.
Rahsia putu cantic, gebu dan tak bantat adalah menggunakan kukus yang panas dan kukus hingga masak. Oleh itu panaskan terlebih air dalam pengukus hingga mendidih ketika dibuka penutupnya. Untuk menambah aroma boleh masukkan 1-2 helai daun pandan dalam air kukusan. Kemudian masukkan acuan berisi adunan putu dan kukus hingga masak. Putu yang dibuat dengan acuan kecil, waktu mengukus lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana.
Bila dah siap bolehlah dihidangkan dengan kelapa yang dan gula. Makan panas-panas dengan secawan kopi memang layan.

Resipi Putu Bambu
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 13 sudu makan a’ir
- Gula Melakan Secukupnya
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
Cara Memasak:
- Masak aiar dalam periuk besama secubit garam dan daun pandan. Apabila air mendidih dan wangi bau daun padan. Tutup api.
- Di dalam mangkuk masukkan tepung beras dam masukkan air suam tadi dan gaul hingga berderai seperti serbuk roti.
- Kemudian tapis tepung tadi gunakan penapis jarang dan ayak. Setelah siap masukkan dalam acuan dengan di bahagian tengahnya letakkan gula Melaka.
- Kukus dengan penutup kukus dibalut dengan kain.
- Kukus lebih kurang 15 minit.
..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


