Karipap Daun Sup ni nampak sedap, unik dan menarik. Kalau biasa anda makan karipap kulit kosong tu, kali ni boleh cuba karipap daun sup perkongsian saudari Tie Watiezz ni. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.
Nak rempeyek sedap rangup, bolehlah ikut resipi perkongsian ct suryati ini. Rahsianya kenalah masukkan sedikit kapur makan dalam ramuannya. Kalau bancuh tu usah terlalu cair dan jangan terlalu pekat .
Sebelum goreng tu test lah sekeping dua dulu untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti bolehlah adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.
REMPEYEK RANGUP
.
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup crunchy)
1 biji telur
* 8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
* 3 sudu besar jintan manis * 3 sudu besar jintan kasar * 3 sudu besar ketumbar biji
CARA MEMASAK : 1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh. 2. Air secukupnya (empunya resipi buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit2) 3. Bilis dan kacang (empunya resipi jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng) 4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. 5. Empunya resipi selalu test goreng seketul dua dulu pas bancuh, tengok struktur kuih, baru lah nampak tebal ke nipis sangat ke. 6. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik. 7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yg direndam dalam kuali bersama minyak yg betul-betul panas. Rempeyek yang okay, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak-banyak, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.
Kredit resepi : ct suryati.
Resipi Dapur Bidadari
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH, BOLEH LAYARI JOM DI SINI.BANYAK TAWARAN DAN PILIHAN MENARIK.
Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN:
Tepung pulut
Air kapur secukupnya
Sedikit pewarna hijau
Gula melaka – dipotong dadu kecil
Santan pekat secukupnya
Sedikit garam
Sedikit tepung beras
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Musim buah cempedak masih lagi ada. Buah ini kalau digoreng memang sedap. Tapi jika beli, harga cempedak goreng ini memang mahal. Kebiasaannya ia dijual seketul RM1, sampai kita berkira nak beli.
Supaya puas makan dan lebih jimat eloklah beli saja cempedak sebijik dan goreng sendiri. Nak dapat cempedak goreng yang hasilnya macam peniaga tepi jalan tu boleh saja. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Yayar Awang Noh.
Sukatan inilah yang beliau gunakan untuk berniaga gorengan sejak 20 tahun. Ujarnya bancuhan ini boleh digunakan untuk sebiji cempedak atau dua sikat pisang.
Sukatan bancuhan tepung untuk cempedak goreng
Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kena pekat sedikit dari pisang.
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras klik sini untuk beli secara online
Suku cawan tepung gandum
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit kapur makan
1 sudu besar gula
1 sudu garam
1 biji telur ayam/itik
Kelapa parut atau bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan.
2. Gaul sebati, boleh tambah kelapa parut dan bijan ketika ini jika suka (lagi sedap).
3. Masukkan ulas cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan warnanya. Angkat dan tos minyak, sedia dihidang.