Buat biskut ni sudah tidak mengira musim. Jika beli musim perayaan harga biskut pun melambung tinggi. Jomlah kita buat sendiri Biskut Bangkit Cheese. Biskut ni sedap sangat, rapuh ,cair dimulut rasa cheese yang puas sangat. Sekali makan gerenti ketagih.
Biskut bangkit cheese Bahan-bahan: 3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tpg jd ringan) 3 cawan tepung jagung 1 ketul butter cup 250g cream cheese tatura 1 cawan gula halus (ikut kemanisan disukai) 2 biji kuning telur 1 sudu kecil baking powder 1sudu kecil esen vanilla 1 ketul cheddar
1. Tepung jagung,tepung ubi,baking powder ayak terlebih dahulu. 2.Putar butter,gula sehingga kembang,masukkan cream cheese,esen vanilla dan kuning telur putar lagi hingga kembang sebati. 3.Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit putar seketika.
4.Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan,parutkan cheddar gaul sebati,jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi.
Ads
5.Biarkan doh dalam beberapa minit kemudian tekap acuan.
6.Panaskan oven atau air fryer, bakar pada suhu 170-30 minit ikut oven masing-masing.Kalau tak cukup masak ditambah masa.Biar kekuningan seperti di bawah, anda akan rasa cair dimulut dan rangup-rangup cheese tu. Kredit: SuiSan Aliezsha
Dapur Rasa Live Bersama Sis Mas mengundang chef muda dan kreatif , Amir Gani dari The 3 Dukes Restaurant, Publika Kuala Lumpur . Istimewa untuk penonton Rasa Chef Amir berkongsi resipi enak iaitu Curry mango butter chicken. Menu ini selain dimakan bersama nasi, ia boleh juga dihidangkan bersama pasta. Agar tekstur ayam kekal rangup dan tidak keras boleh gunakan tepung jagung.
Curry Mango Butter Chicken
Bahan bahan untuk Ayam:
500gm dada ayam dipotong dadu
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit tepung jagung
Bahan bahan untuk kuah curry butter mango chicken
150gm mentega
1 ulas bawang merah besar di cincang halus
5 ulas bawang putih di cincang halus
5 tangkai cili padi thai berwarna merah di hiris halus
3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 tin susu cair
6 sudu besar buah mangga yang dah dipotong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaul ayam bersama sedikit garam,serbuk kari, serbuk cili dan telur sehingga sebati.
2. Setelah itu gaul ayam tersebut bersama tepung jagung dan goreng sehingga masak
3. Untuk kuah, panaskan mentega.
4. Tumis bawang merah , bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan serbuk kari kacau sehingga sebati.
6. Masukkan susu cair dah didihkan sehingga sedikit pekat.
7. Perasakan garam dan gula
8. Masukkan ayam yang telah digoreng.
9. Akhir sekali masukkan buah mangga yg telah didadu gaul sehingga mesra.
10. Siap untuk di hidang bersama nasi putih
Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.
“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.
Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.
Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.
Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.
Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.
NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:
1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.
BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kudapan viral untuk minggu ini. Apa kata sediakan bahan kita buat untuk minum petang nanti, mesti berebut dibuatnya. Cekodok stick sangat mudah penyediannya bahan pun senang dapat, kalau tak nak buat stick bukan cekodok stick lah namanya hehe.. Sedap,rangup di luar,lembut di dalam, jom buat!
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.