Jom cuba buat Buko Pandan ni untuk minum petang. Katanya menu manisan ini asalnya dari Filipina. Wow..Nampak menarik dan sedap kan? Kombinasi pelbagai bahan ditambah pula ais. Pasti sangat enak jika dinikmati sejuk lebih-lebih lagi jika cuaca panas membahang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Senz Ahmad ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Masak agar-agar mengikut arahan dibelakang bungkusan dan masukkan sedikit pewarna hijau. 2. Apabila telah masak, biarkan agar-agar keras. Potong dadu ikut saiz yang dikehendaki.
3.Dalam periuk berlainan, didihkan air terlebih dahulu dan masukkan sagu putih. Sagu tidak perlu dibasuh. Elakkan mengacau dengan kerap supaya sagu tidak pecah. 4. Apabila sagu sudah masak, tapiskan sagu dan lalukan dibawah air untuk hilangkan kanjinya. Toskan seketika. 5. Masukkan sagu ke dalam mangkuk dan titiskan pewarna hijau. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian tapis semula dan lalukan sekali lagi dibawah air untuk membuang lebihan pewarna. 6. Potongkan isi kelapa halus-halus atau potong ikut saiz yang disukai. Air kelapa tidak perlu diambil.
7. Nata De Coco pula ditapis dan diambil isinya sahaja.
8. Campurkan susu cair bersama susu pekat. Kemanisannya ikut cita rasa masing-masing. Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan panaskan seketika di atas api. Biarkan sejuk. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi bahan-bahan lain.
9. Untuk menikmatinya, masukkan ais dan bolehlah dihidangkan.
PETUA ELAK SAGU BERKETUL: Sagu yang sudah siap dimasak jika disimpan lama akan jadi berketul-ketul. Petua untuk meleraikannya adalah masukkan sagu ke dalam penapis dan basuh dengan air. Kacau perlahan-lahan dan leraikan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam Buko Pandan.
Isi rambutanbiasa dimakan begitu sahaja atau dijadikan jem. Namun pernahkah anda mencuba minuman yang diperbuat daripada buah ini? Saudari Azizah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Nampak sangat sedap dan menyegarkan. Malah bahan-bahannya juga tidak sukar. Jadi kalau dekat rumah ada banyak buah rambutan boleh cuba buat minuman ni. Barulah rambutan yang banyak tu tidak membazir. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan juga dimana jua.
RESIPI AIR SEDAP MENGGUNAKAN ISI RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN: Isi rambutan secukupnya Jus limau nipis – lebih sedap guna limau kasturi kerana lebih wangi Gula secukup rasa – beli online disini Daun pudina- jika ada Ais Air masak
CARA MEMASAK: 1. Bancuh gula bersama jus limau nipis dan air hingga larut. 2. Masukkan isi rambutan dan juga daun pudina. Jika suka, boleh simpan seketika dalam peti sejuk untuk mendinginkan air. Tidak letak pun tidak mengapa.
3. Tuang bancuhan air rambutan ke dalam gelas dan masukkan ais. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air ini mempunyai rasa masam dan manis. Sangat menyegarkan. Jika suka, boleh juga menambah asam boi dan biji selasih.
Wow…tengok je dah nampak sedap dan kaya dengan buah-buahan segar! Jika anak-anak suka makan aiskrim, anda boleh cuba resipi perkongsian Puan Haslina Hamid ni. Tanpa pewarna tambahan dan boleh kawal jumlah gula. Bestnya…Jom cuba!
AISKRIM MIX FRUIT JELLY
BAHAN-BAHAN:
1 kotak serbuk jelly – masak ikut arahan dan sukatan air pada kotak
1 senduk gula – jika perlu atau nak lebih manis.
Kiwi – potong kecil
Strawberi – potong kecil
Tembikai – potong kecil
Mangga – potong kecil
Buah naga – potong kecil
Anggur – potong kecil
CARA MEMASAK:
1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau hingga adunan tidak berketul.
2. Bila adunan mendidih, rasa. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak hingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar.
3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya.
4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim.
5. Bekukan di dalam peti sejukbeku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
INFO CHEF: Jika buat untuk makan sendiri, sekotak jelly sudah memadai. Untuk buah-buahan pula, boleh guna aneka buah yang menjadi kegemaran.
Jom belajar cara-cara hasilkan Serikaya secara homemade. Bila buat sendiri ni, manisnya boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Selain disapu pada roti, boleh juga guna serikaya ni untuk buat kek, inti pau dan sebagainya. Banyak guna. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN A:
60gm gula pasir
125ml air panas
CARA MEMASAK 1:
Masak gula hingga warna perang. (Amber colour atau warna sepertiminyak masak dalam botol).
Tuang air panas dan masak hingga gula larut.
BAHAN B:
3 biji telur saiz besar
300ml santan pekat
190gm gula pasir (resipi asal 240gm)
Daun pandan
2 titik pewarna kuning (boleh abaikan)
Sedikit tepung jagung (optional. Empunya resipi tidak letak)
CARA MEMASAK 2:
1. Setelah gula tadi menjadi karamel ( berwarna amber), satukan kesemua bahan lain dan masak menggunakan kaedah ‘double-boiler’ untuk mengelakkan adunan terlalu panas dan menjadi bergentel. Teruskan mengacau tanpa henti.
2. Adunan akan mula likat seperti ini. Jika tidak menggunakan tepung jagung sebagai ejen pemekat, perlu terus masak serikaya sehingga mendapat kelikatan yang diingini.
3. Tapis serikaya untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.
4. Beginilah rupa serikaya yang masih panas. Ia akan menjadi lebih pekat bila sudah sejuk atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Info: Gunakan santan asli dari kelapa parut untuk menghasilkan serikaya yang cantik berkilat.