Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung Sagu memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak. Resipi perkongsian saudari Noormala Surtmin ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar Bubur Jagung ni.
CARA MASAK BUBUR JAGUNG SAGU YANG RINGKAS TAPI SEDAP
BAHAN- BAHAN :
4 tongkol jagung
Santan
Sedikit susu cair
Gula (empunya resipi guna serbuk stevia)
Sagu (tak letak pun tak apa) – beli online disini
5 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya.
2. Masak jagung dengan air gula dan juga daun pandan.
Ads
3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan sedikit susu cair. Tambah sagu jika suka.
4. Masak hingga jagung empuk, sagu kembang dan kuah menjadi pekat.
5. Bubur Jagung Sagu sedia untuk dinikmati.
Nak buat cookies atau biskut raya sendiri, pasti anda mahukan resipi yang sedap dan mudah disediakan. Berikut lima cookies ringkas sedap. Yang boleh dijadikan hidangan Hari Raya mahu hari-hari biasa yang disediakan oleh Chef Kecik Cakes & Café (Ig:chefkecilcakes)
COOKIES CHOCOLATE CHIPS
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
300gm gula perang
2 biji telur
450gm tepung gandum
10gm soda bikabornat
100gm kacang pican
200gm chocolate chips
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan mentegha hingga kembang.
Masukkan telur, pukul lagi.
Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda bikarnonat.
Seterusnya masukkan chocolate chips dan kacang pecan.
Gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Mengunakan sudu ambil doh lebih kurang 10gm dan susun dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan parchmenet paper.
Masukkan dulang dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 180C selama 15-18 minit.
Setelah masak, sejukkan sebelum sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
MAKMUR HAZELIN
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
50gm gula aising
100gm kacang Hazel
500 tepung
105gm minyak sapi
15gm tepung jagung
Sedikit pewarna hijau
BAHAN HIASAN:
200gm gula aising
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega, minyak sapi, kemudian campurkan dengan gula aising, telur dan pewarna. Kacau seketika.
Tambah ke dalamnya campuran tepung gandum dan tepung jagung.
Adun hingga menjadi doh lembut.
Ambil secubit doh, masukkan kacang hazel di tengahnya kemudian bulat-bulatkan.
Susun dalam dulang pembakar, kemudian bakar dengan suhu 175C selama 12-15 minit.
Angkat dan gaulkan dengan gula aising.
Simpan dalam bekas kedap udara.
MULTI GRAIN COOKIES
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur
100 susu tepung
225gm tepung jagung
125 tepung ubi
50gm tepung gandum
100 multi grain
CARA MEMASAK:
Putar mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan putur lagi.
Seterusnya masukkan campuran susu tepung, tepung jagung, ubi dan gandum ke dalam adunan.
Gaul sebati menjadi doh lembut.
Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
Susun dalam dulang pemakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.
CHARCOOL COOKIES
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
100gm gula perang
2 biji telur
5gm esen vanila
15gm koko hitam
1 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
260gm tepung gandum
100gm chocolate chips
50gm cornflaks | masuk dalam bahan
100gm cornflaks | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Putar mentega dengan gula perang hingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila dan putur lagi.
Tuangkan koko hitam, serbuk koko tepung yang digaul bersama serbuk penaik. Adun lagi.
Masukkan chocolate chips dan cornflaks, adun hingga menjadi doh lembut.
Ambil doh, golekkan dengan multi grain.
Susun dalam dulang pemakar.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit-20 minit.
BISCOFF BISCUIT
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
140gm gula icing
40gm kuning telur
350gm tepung gandum
100 biscoff crumbs
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula icing, telur kuning dan garam sehingga adunan berubah warna.
Masukkan pula tepung, adun rata kemudian masukkan Biscoff crumbs hingga menjadi doh lembut.
Wrapkan dengan plastik warp dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
Jika suka boleh tambahkan dengan badam atau hazelnut cincang.
Kemudian bentukkan doh seperti selinder.
Potong nipis dan susun dalam dulang pembakar,
Masukkan dalam ketuhar, bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit.
Kalau teringin nak makan Roti Bakar ala Kopitiam, boleh saja buat sendiri di rumah. Mudah saja caranya. Hanya guna air fryer, anda dah boleh dapat hidangan roti yang rangup di luar dengan kombinasi rasa manis kaya dan lemak mentega yang mencair. Perfect!
ROTI BAKAR ALA KOPITIAM
Bahan-bahan:
Roti putih
Mentega | dipotong
Kaya
Cara Memasak:
1. Ambil sekeping roti, sapukan kaya dan letakkan mentega yang telah dipotong.
2. Kemudian, bakar di dalam air fryer selama 5-7 minit pada suhu 180°C.
3. Roti Bakar ala Kopitiam sedia untuk dimakan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi apam kampung pandan. Guna pati pandan asli semerbak harum baunya. Boleh makan dengan kelapa parut. Tapi ada juga yang makan dengan sambal. Terpulang pada selera masing-masing ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Noor Baini Bakar ini (Sumber: Lubuk Resipi). Selamat mencuba. Masak malam ni, esok pagi boleh makan seisi keluarga.
Satukan bahan-bahan untuk apam. Gaul sehingga sebati. Kemudian perap selama 1 jam ½.
Kemudian tuang adunan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 15 minit utk acuan kecil,utk acuan besar kukus 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.