Bila sebut pasal biskut raya orang dulu-dulu, pasti ramai yang sebut Biskut Buah Kana. Biskut ini adalah salah satu kudapan raya legend yang digemari ramai dan kekal relevan hingga kini. Masih ramai peminatnyatak kira tua atau muda. Bercadang nak buat biskut ini untuk raya nanti? Jom cuba. Saudari Norhasni Ahmad ada kongsikan resipinya.
1.Masukkan semua bahan (kecuali inti dan pewarna) ke dalam bekas bersesuaian. Uli sampai jadi doh. Jika doh masih lembik, tambah tepung gandum dengan secukupnya.
2.Jika mahu biskut yang berwarna, boleh tambah warna ikut selera masing-masing.
3.Sapukan tepung gandum pada acuan biskut. Ia bertujuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dicetak nanti.
4.Susun biskut atas dulang pembakar dan bakar pada selama 15-25 minit mengikut suhu ketuhar masing-masing. (suhu biasanya 170-180C)
Ads
5.Bila sudah masak, keluarkan biskut dari ketuhar dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
6.Bila Biskut Buah Kana legend telah benar-benar sejuk, baru sapukan inti kegemaran masing-masing (empunya resipi guna jem strawberi)
Tengok rupa kejadian kek ni pun dah tahu gebu gabasnya. Bahan-bahannya pun tak lah rumit sangat, ringkas aje kalau nak buat Kek Pandan ni.
Dihidangkan waktu petang memang sedap dinikmati dengan teh atau kopi. Jom cuba ikut resipi yang dikongsikan Siti Fairuss Che Mat ini. Pasti gebu, sedap yakmat.
KEK PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN :
4 biji telur*
1 sudu besar ovellate*
4 sudu besar susu pekat*
1 cawan gula* | boleh dikurangkan sedikit jika suka manis
Gula halus
*Satukan dalam mixer dan adun sampai gebu bahan di atas.
2 cawan tepung
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
* Ayak bahan diatas.
Bahan lain :
200ml santan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit perisa pandan (esen pandan)
CARA MEMASAK :
Dah siap mix sampai gebu dalam mixer, bolehlah dimasukkan tepung yang telah diayak tadi.
Gaulkan sebati, kemudian masukkan santan kotak.
Diikuti dengan pewarna dan perisa pandan. Tuangkan ke dalam loyang
Masukkan ke dalam pengukus yang sudah dididihkan, dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 minit.
Kredit Resepi : siti fairuss che mat
ANDA MENCARI PENGUKUS DAN STEAMER BARU YANG MEMUDAHKAN KERJA MENGUKUS, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Sempena kehadiran Krismas, Beryl’s Gourmet memperkenal tiga sajian istimewa yang boleh disediakan iaitu kek, talam dan brownies. Ketiga-tiga menu ini kaya dengan rasa coklat yang mewah dengan penggunaan Beryl’s Milk Compound, Beryl’s White Compound, Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan campuran tepung segera untuk membuat brownies iaitu Double Chocolate Chunk Brownies Mix. Untuk membuat brownies anda cuma tambahkan telur, air dan mentega. Mudah sekali kan?
Jom teliti resipi sedap dan padu dari Chef Godfrey Tham dan Chef Andy Wong dari Beryl’s ini.
1.BERYL’S CHOCOLATE TALAM CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Lapisan Biskut:
150gm biskut Marie | dihancurkan (crumb)
80gm mentega | dicairkan
Bahan Isi Keju:
50gm Beryl’s Milk Compound | cair
200gm krim keju
1 biji telur
10gm tepung jagung
40gm gula kastor
200gm krim putar
Bahan Mousse Kelapa:
75gm Beryl’s White Compound
150gm santan kelapa
5gm agar-agar (gelatin)
20gm air
1/2 sudu kecil garam
100gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Lapisan Biskut:
Campurkan biskut hancur dan mentega cair. Gaul dan ramas hingga sebati.
Canai biskut hancur setebal 1/2 cm. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci yang sudah dilapik dengan kertas aluminium.
Cara Penyediaan Isi Keju:
Masukkan krim keju, gula dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga 8 minit.
Kemudian tambahkan pula Beryl’s Milk Compound dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.
Biarkan kek sejuk di dalam loyang
Cara Penyediaan Mousse Kelapa:
Cairkan Bery’s White Compound dan santan kelapa dengan cara double-boil.
Masukkan agar-agar yang telah dicairkan dengan air dan garam. Biarkan sejuk serendah 35°C.
Masukkan krim putar dan gaul hingga sebati.
Tuangkan mousse kelapa ke atas kek coklat keju.
Simpan di dalam peti beku selama sehari dan kek sudah sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan ekstrak dari lima helai daun pandan (30gm) jika sukakan rasa pandan. Untuk rasa lebih bercoklat anda juga boleh tambahkan Beryl’s chocolate chunk ke dalam filling keju.
2.BERYL’S CHOCOLATE TORNADO CAKE
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kek Span Coklat:
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
1 biji telur
100gm gula kastor
40gm mentega tanpa garam
100gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
50ml susu penuh krim
100gm tepung gandum (tepung kek)
Bahan ‘Topping’ Krim Keju:
300gm krim keju
90gm mentega tanpa garam
30gm gula aising
Bahan Coklat ‘Coating’:
150gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
150gm krim putar
CARA MEMASAK:
Cara Penyediaan Kek Span Coklat :
Cairkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate, susu penuh krim dan mentega dengan kaedah double boil.
Alihkan dari api dan biarkan sejuk.
Tambah 5 biji kuning telur, 1 biji telur dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
Pukul 5 biji putih telur dan gula kastor sehingga pekat dan bertanduk.
Akhir sekali masukkan adunan putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sahaja.
Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7.5 inci.
Bakar guna teknik water bath selama 90 minit pada suhu 150°C.
Cara Penyediaan Topping Krim Keju:
Putar krim keju dengan mentega sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.
Cara Penyediaan Coklat ‘Coating’:
Campurkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan krim putar. Kacau hingga sebati.
Cairkan dengan kaedah double boil dengan suhu sehingga 35°C.
Cara Penyediaan Chocolate Tornado Cake:
Potong kek kepada 3 lapisan.
Sapukan krim keju di antara kek dan ulang langkah sehingga 3 lapis kek.
Sapukan krim keju di atas kek.
Tuangkan Coklat Coating secara merata ke seluruh kek.
INFO CHEF: Liquid Dark Compound dicampurkan krim putar sejuk dan dipanaskan cara double boil dengan suhu 35°C untuk ekstra topping coklat meleleh. Tak perlu mentega.
3. DOUBLE CHOCOLATE CHUNK BROWNIES MIX
1. BROWNIES (DALAM DULANG PEMBAKAR)
BAHAN-BAHAN:
1 peket Double Chocolate Chunk Brownie Mix
60gm mentega cair
1 biji telur
50ml air
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C. Sediakan dulang dan gris dengan mentega.
Campurkan Double Chocolate Chunk Brownie Mix, mentega cair, air dan telur dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar empat segi saiz 7 inci dan bakar selama 35-40 minit. Untuk pastikan kek telah masak sempurna, cucuk lidi di bahagian tengah kek dan pastikan lidi bersih dan kering apabila dikeluarkan.
2. BROWNIES IN MUG
BAHAN-BAHAN:
65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix
4 sudu makan air
CARA MEMASAK:
Tuangkan 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix ke dalam cawan yang selamat diguna dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
Tambahkan 4 sudu makan air dan kacau dengan sudu. Pastikan campuran diadun hingga sebati demgan menggunakan sudu di sepanjang tepi dan bawah cawan.
Masak dengan kuasa yang tinggi selama 1 minit 30 saat. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar gelombang mikro.
INFO CHEF: Untuk brownies lebih sedap, boleh tambahkan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan sedikit rasa manis brownies.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.