Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba!
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
4. Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
5. Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. (empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit)
6. Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. (empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak)
Jika ada lebihan ubi kayu dan tiada idea nak buat apa, jom kita jadikannya Pulut Ubi Kayu Berinti Kelapa. Kuih orang lama memang tak luput dek zaman. Memang sedap. Makan satu pun dah mengenyangkan.
Untuk hidangan kuih muih kali ini, Puan Sue Zakaria sudi berkongsi resipi Pulut Ubi Kayu Berinti Kelapa. Sesuai disediakan untuk minum petang. Dihidangkan pula dengan teh o panas, memang sedap. Jom kita buat.
Sedar tak sedar rancangan Rasa: Ketuhar Kuali sudah memasuki episod kesembilan. Setiap minggu ada sahaja menu-menu menarik, mudah dan enak yang dikongsi oleh Aunty Aini dan Adam Didam untuk para penonton setia. Semuanya sangat mudah, sedap dan pastinya sesuai untuk puan-puan cuba di rumah.
Lebih istimewa pada episod kali ini, Aunty Aini dan Adam telah menggunakan gula perang keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dalam resipi mereka.
Untuk pengetahuan semua, Gula Perang CSR dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi. Oleh sebab itu, gula perang CSR ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan rasa masakan harian anda.
Bagi anda yang tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 9, Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini iaitu Kentang Lenyek Bersama Sos Pesto, Ayam Percik dan Tat Strawberry.
RESIPI RASA: KETUHAR KUALI EPISOD 9
1. KENTANG LENYEK BERSAMA SOS PESTO
BAHAN-BAHAN:
Air
Kentang Kecil
Minyak Zaitun
Garam
Serbuk Lada Hitam
Daun Parsley
2 Cawan Daun Selasih
3 Ulas Bawang Putih
3 Sudu Besar Kacang Pain
4 Sudu Besar Jus Lemon
¼ Keju Parmesan
3 Sudu Besar Minyak Zaitun Extra Virgin
Air
Garam
Serbuk Lada Hitam
CARA MEMASAK:
Rebuskan kentang bersama kulit dalam air panas selama 20minit.
Lenyekkan kentang diatas dulang pembakar.
Sapu kentang dengan minyak zaitun.
Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam diatas kentang.
Bakar selama 15minit pada suhu 200’C.
Untuk sos, kisar daun selasih, bawang putih, kacang pain, keju parmesan dan jus lemon.
Masukkan minyak zaitun kedalam bahan kisar dan kisar lumat.
Apabila kentang telah siap dibakar, letakkan sos pesto yang telah siap keatas kentang.
Taburkan sedikit daun parsley.
Siap untuk dihidang.
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 Ekor Ayam Potong 8
6 Batang Serai
1 Inci Lengkuas
10 Biji Cili Padi
2 Inci Kunyit
1 Sudu Besar Biji Ketumbar
1 Sudu Besar Jintan Manis
1 Sudu Besar Jintan Putih
1kg Santan
½ Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
Garam
6 Biji Bawang Merah
5 Ulas Bawang Putih
CARA MEMASAK:
Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar.
Kisar bahan tumis kering bersama serai, kunyit, lengkuas, cili padi, serbuk lada hitam, bawang putih, bawang merah dan sedikit air.
Panaskan minyak masak, dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan santan apabila bahan tumis telah kering.
Perasakan dengan garam dan asam keping.
Masukkan ayam kedalam periuk, dan masak ayam sehingga 70% masak selama 15 minit.
Keluarkan ayam dan masukkan kedalam dulang pembakar.
Bakar ayam atas rak jaring dan dibawahnya diletakkan dulang pembakar berisi air selama 30 minit.
Terus masak kuah sehingga pekat dan naik minyak.
Sapu ayam dengan kuah yang dimasak selang 10minit secara bergilir.
Hidang ayam bersama kuah yang telah dimasak.
Siap untuk dihidang.
3. TAT STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
20gm Tepung Serbaguna
55gm Serbuk Almond
45gm Mentega
55gm Gula Perang
1 Biji Telur
Strawberi
3 Sudu Besar Air
50gm Gula
CARA MEMASAK:
Ayakkan tepung dan campur dengan serbuk almond.
Masukkan mentega, gula perang, dan mesin kesemua bahan.
Masukkan telur dan mesin hingga rata.
Tuang adunan kedalam dulang tat pembakar.
Susun strawberi dibahagian atas dan bakar selama 30minit pada suhu 180’C.
Untuk sos, potong strawberi bersaiz kecil.
Masukkan kedalam periuk kecil, dan tambahkan gula. Tambah air jika perlu dan kacau hingga hancur dan mengeluarkan jus lebih kurang 30minit.
Lenyek strawberi dengan menggunakan penapis bagi menghasilkan tekstur yang halus.
Keluarkan tat dari dulang pembakar apabila sedikit sejuk, dan letak diatas pinggan hidang.
Resipi tauhu goreng yang menarik untuk dicuba. Sangat menarik dan nampak sungguh menyelerakan untuk sajian makan malam atau sebagai menu tambahan untuk hidangan mi sup atau soto. Anak-anak mesti sukannya. Selamat mencuba!
RESIPI TAUHU GORENG SPECIAL KAK IDA’s STYLE
BAHAN-BAHAN:
Tauhu telur/ tauhu puteh
Bawang besar/ bawang puteh
Isi ayam/ kari daging/daun kari/ daun ketumbar
Tomato/ cili benggala/ daun bawang
Telur
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, masukkan daun kari, bawang yang di potong dadu, rempah kari kemudian masukkan sedikit air.
Selepas naik bau, masukkan ayam kisar dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan gula.
Kisar tauhu telur dan tauhu puteh hingga halus, kemudian kisar pula bahan yang telah dimasak tadi.
Gaulkan bahan kisar tauhu dengan bahan kisar masak tadi sehingga sebati.
Tambahkan telur yang dikacau dan gaul. Masukkan semua sayuran yang telah dipotong kacul tadi dan perasakan dengan sedikit garam. Gaulkan.
Masukkan dalam acuan apam atau ikut suka nak masuk acuan apa pun.
Kemudian masukkan dalam pengukus dan tunggu sehingga masak.
Setelah sejuk, sediakan pula bahan untuk menggoreng. Sediakan telur, sedikit garam dan lada sulah, kacau.
Celupkan tauhu yang dah sejuk keladam telur dan goreng dengan api yang panas.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...