Kuih muihtradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH BINGKA PANDAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan gula
1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan santan
2 sudu makan mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau secukupnya
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.
Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.
Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).
Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.
Siapa saja yang tidak suka pisang, boleh dimakan begitu sahaja. Selain itu pisang sedap diolah menjadi pelbagai jenis masakan yang enak. Jika ada stok pisang di rumah, jom kita buat kuih ini untuk hari ini. Sekali sekala tukar selera best juga. Rasanya sedap, lemak-lemak manis.
BAHAN A (Untuk lapisan bawah) 1 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI ½ cawan gula 2 cawan santan cair 1 cawan pisang (lecek kasar) Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali pisang ke dalam bekas. Kacau sebatikan adunan sehingga tidak berketul baru masukkan pisang. Kacau lagi supaya adunan sekata. 2.Panaskan pengukus ~ sapu keliling loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
BAHAN B (Untuk lapisan atas) 1½ cawan tepung beras 3 cawan santan pekat Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Sebatikan 3 bahan di atas,panaskan sekejap di atas api yang kecil. 2.Bila adunan A dah masak cucuk-cucuk dengan garpu permukaan atasnya dan tuanglah adunan B. 3.Kukus semula selama 15 minit. 4.Siap. Kalau nak permukaan cantik tutuplah tudung pengukus dengan kain **
** sejukkan dulu baru potong , nanti kuih tak cantik. **
Cucur manis jagung, menu yang ringkas dan sesuai untuk minum petang. Rahsia nak buat cucur manis jagung yang lembut adalah dengan menggunakan air panas. Anda tentu berpuas hati dengan hasilnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita buat cucur manis jagung menggunakan resipi yang dikongsi oleh Puan Julia ALeen Aireish.
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan di atas dan gaul bagi sekata.
2. Kemudian, masukkan air panas sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
3. Biarkan suam sebentar. Bulatkan mengikut saiz yang anda suka dan masukkan ke dalam kuali.
4. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati.
Karipap, tak semua orang suka karipap tapi jangan pandang sebelah mata, bukan kuih kegemaran admin pun kalau karipap kentang tu rangup memang tak sedar dah makan berapa biji. Resipi karipap kentang rangup ini telah dikongsikan di Facebook oleh Noor Baini Bakar hampir 5K perkongsian. Mesti dah ramai berjaya buat karipap kentang rangup guna resipi akak ni. Korang taknak cuba juga ke? Mana tahu boleh berniaga lepas ni. Jom kita cuba!
KARIPAP KENTANG RANGUP
Lagi best kalau dapat hidang karipap kentang rangup ni atas pinggan baru macam Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerware Set ni! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!