
Isi Kandungan
ToggleKalangan anak-anak Felda, kuih bingka kelapa sawit atau bengkang kelapa sawit ini mungkin pernah dinikmati satu ketika dulu. Cuma bagi generasi ketiga dan masyarakat luar Felda kuih ini agak asing malah ada yang tidak pernah mendengar tentang biji kelapa sawit boleh dijadikan kuih.
Bagi yang tak tahu, selain sira biji kelapa sawit ini juga enak dijadikan bingka. Sekiranya ingin tahu rasanya atau sudah lama tidak menikmati bingka kelapa sawit ini boleh cuba membuatnya sendiri.
Resipi bingka kelapa sawit
Bahan-bahan
1/2 kg biji sawit
3 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1 kotak kecil santan segera
Setengah sudu teh garam
Cara membuat
1. Potong bahagian hujung dan pangkal biji sawit kemudian rebus sampai empuk.
2. Tos kan dan carik carik biji sawit, asingkan biji dan sabut. Campurkan tiga cawan air suam, ramas kemudian tapis sambil perah untuk dapatkan pati.
3. Dalam mangkuk pati sawit tadi,masukkan santan, gula dan garam. Gaul sebati mengguna whisk. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau dengan whisk sampai adunan sebati dan tidak berketul.
4. Tuang adunan dalam loyang, tak perlu oles dengan minyak kerana sudah ada minyak sawit di dalam adunan.
5. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selsius. Kemudian bakar selama 60 minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.
6. Selepas masak tunggu sejuk barulah potong.
Nota: Bingka ini tidak menggunakan telur.
Kredit resipi & foto: Saripah Rozitah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Jadikan Adunan Kuih Muih Tak Hancur, 4 Pilihan Tepung Kena Tahu!

Isi Kandungan
ToggleSelama ni ada jer dikalangan kita yang tak ambil tahu pasal jenis-jenis tepung untuk buat kuih, ada yang pakai hentam jer janji tepungnya ada nama. Kalau yang profesional tak payah cakap la kan gerenti tau tepung ape nak guna untuk buat setiap jenis-jenis kuih-muih. Tapi kebanyakkannya ada sesetengah orang buat kuih ke tempeyek ke kadang tak jadi, nah kami bagi tips memilih tepung beras yg sesuai.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

2.TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat.

3.TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH:
sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee sebab ia lebih kental

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Kong resipi: fb Cik Amy via (MAHN)
3 Resipi Berasaskan Tepung Beras Yang Wajib Buat.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
- 600gm beras pulut
- 1 keping gula melaka
- 1 cawan air
- 100gm gula
- 1 sudu makan air kapur
- 1 helai daun pandan
- 1/2 biji kelapa parut putih | digaul dengan 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Bersihkan beras pulut dan rendam selama 1 jam.
- Masukkan gula melaka, gula, air dan daun pandan ke dalam periuk. MAsak hingga semua bahan larut dan sedikit pekat. Angkat dan tapis.
- Kemudian masukkan air kapur ke dalam bancuhan gula tadi. Kacau rata.
- Kukus beras pulut sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas besar.
- Siram air gula melaka yang dimasak tadi. Gaul hingga semua bahagian pulut rata dan berwarna coklat.
- Kukus pulut tadi sekali lagi sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan pulut dan gaul menggunakan sudip kayu hingga nampak berkilat dan sebati.
- Sendukkan pulut dan letakkan sedikit kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini popular di negeri Kelantan dan biasanya dinikmati pada waktu pagi.
Waktu memasak: 30 minit / Cara memasak : Kukus
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAGU:
- 200gm biji sagu halus
- 3 liter air
- Sedikit pewarna merah, dan hijau
BAHAN SANTAN :
- 100ml santan kotak
- 100ml air
- 1 sudu teh tepung beras
- ¼ sudu teh garam
BAHAN SIRAP GULA MELAKA :
- 150 gm gula melaka
- 50 ml air
- 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
- Siram sagu dengan air kemudian toskan dan bahagi dua bahagian.
- Bahagikan air kepada dua bahagian, didihkan air dalam periuk berasingan.
- Satu warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
- Setelah mendidih, masukkan satu, kacau hingga pekat.
- Tutup api, tuang dalam bekas dan sejukkan.
- Lakukan cara yang sama untuk satu warna lagi.
- Satukan semua bahan santan, masak hingga agak pekat. Ketepikan.
- Satukan semua bahan sirap. Masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
- Keluarkan sagu dari bekas, masukkan dalam kotak daun yang telah disediakan.
- Hidangkan bersama santan dan sirap gula Melaka.
INFO CHEF: Hidangan ini lebih sedap dihidangkan sejuk. Oleh itu simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Masa Memasak: 30 minit. / Cara Memasak: Rebus & reneh.
THAI COCONUT PUDDING
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN BAWAH :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan air
- 1/3 cawan nasi sejuk
- 1/2 cawan kelapa kering
- 1/2sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 cawan santan kotak
- 1/4 cawan gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
BAHAN HIASAN :
- Daun bawang | hiris halus
- Bawang goreng
CARA MEMASAK :
- Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
- Satukan semua lapisan atas, ketepikan.
- Gris acuan kuih cara dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
- Kacau lapisan bawah dan tuang satu senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.
- Biarkan seketika hingga bahagian bawah berlekuk.
- Masukkan satu sudu kecil adunan atas. Tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
- Kecilkan api dan masak sehingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.
INFO CHEF: Selain menggunakan acuan kuih cara atau tako, puding ini diisi dalam loyang dan dibakar macam kuih bakar biasa.
Masa Memasak: 40 minit. / Cara Memasak: Bakar
Nah step by step cara nak buat laksa. Lepas ni guna tepung beras yang sesuai pasti menjadi! Terbaik…
Step By Step Resipi Laksa Tepung Homemade. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja. Cepat & Mudah Disediakan!
Rempeyek Kacang Udang Geragau Sedap Rangup.

Kalau korang suka, apa kata raya tahun ni korang cuba buat sendiri dan cuba resipi yang RASA sharekan di sini. Kalau menjadi wah, boleh buat lebih dan jual. Tambah pendapatan di musim PKP ni.
REMPEYEK KACANG UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung beras
1 biji telur
50gm kacang tanah potong dua
30gm udang geragau
6 helai daun limau purut | mayang halus
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji buah keras
3 ulas bawang putih
1 hirisan kecur
3cm kunyit
1 sudu teh ketumbar
CARA MEMBUAT:
- Campur semua bahan kecuali kaang tanah dan udang geragau.
- Adun rata menggunakan wisk atau senduk biasa hingga sebati dan tak bergetel.
- Rasa jika mana-mana bahan kurang rasa boleh tambah, ikut selera.
- Hasil adunan adalah cair, tidak pekat.
- Masukkan kacang tanah dan udang.
- Panaskan minyak dalam kuali, minyak banyak ye.
- Sama ada menggunakan senduk tuang bancuhan rempeyek dalam kuali atau acuan rempeyek, goreng rempeyek hingga kekungingan menggunakan api sederhana.
- Angkat dan toskan, setelah rempeyek sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
10 Kuih Tradisional Melayu Paling Orang Cari. Makan Waktu Petang Memang Best!

Bagi peminat juadah kuih muih tradisi pastinya tidak dapat melupakan keenakan hidangan ini yang sememangnya memenuhi cita rasa. Lemak, pedas, berempah…Memang cukup rasa! Pendek kata sekali makan, nak lagi cuba berkali-kali.
Lambakan manisan serta pastri moden seolah-olah menenggelamkan hidangan warisan ini. Tidak…Selagi ada peminatnya, aneka kuih muih asli ini pasti akan tetap ada. Lihat sahaja di pasar-pasar atau restoran yang menjual aneka kuih muih tradisional yang sedap, pasti ramai yang berkunjung untuk menikmatinya.
Jom lihat senarai kuih-kuih tradisional Melayu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.Nak buatnya pun senang. Anda boleh cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN A:
- 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
- 120gm tepung gandum
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
- 4 biji cili merah|kisar
- 4 biji bawang merah|kisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 batang serai|dimayang halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
- Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.
Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.
2. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm isi ketam|dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
ANDA MUNGKIN SUKA:
3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 420gm tepung gandum
- 250ml air
- 125ml susu
- 8 ekor sotong|dihiris halus
- 2 biji ubi kentang|disagat
- 5gm garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 200ml air
- 125ml minyak masak
- 60gm marjerin
BAHAN-BAHAN B:
- 2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
- 125gm isi ayam rebus
- 60gm rempah kari
- 1 labu bawang besar|dicincang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
- Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
- Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
- Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
5. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping kulit popia
- 6 ekor udang|dicincang
- 250gm hirisan kubis panjang
- 1 batang lobak|diparut
- 125gm sengkuang|potong memanjang kecil
- 5 biji bawang kecil|tumbuk halus
- 4 ulas bawang putih|tumbuk halus
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
- Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
MESTI CUBA:
http://www.rasa.my/resipi-rahsia-keenakan-pulut-panggang-orang-pantai-timur-patutlah-terlajak-sedap/
6. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
- 300gm pulut
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Daun pisang/daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
- 200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
- 50gm udang kering|ditumbuk lumat
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 2 batang serai|dimayang halus
- 4 biji cili merah|tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah|tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
- Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
- Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
- Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
- Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik
7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml santan pekat
- 50ml air
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm ikan bilis|goreng garing
- 10 biji cili padi|dikisar
- 2 biji cili hijau|dikisar
- 5 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
- Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
- Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
BOLEH CUBA:
Resipi Donat Pandan Susu Gebu. Terlajak Mudah & Senang Nak Buat. Memang Wajib Cuba!
8. ROTI JALA & KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI JALA:
- 375gm tepung gandum
- 500ml air
- 10ml minyak sayur
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Pewarna kuning
BAHAN-BAHAN UNTUK KARI SOTONG:
- 6 ekor sotong|dipotong kecil
- 2 biji ubi kentang|dipotong dadu besar
- 400ml santan pekat
- 5 biji bawang merah|dikisar halus
- 4 ulas bawang putih|dikisar halus
- 60gm rempah kari
- 30gm serbuk cili
- 15ml air asam jawa
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Garam secukup rasa
- Gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan untuk menyediakan roti jala ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung dengan kemas.
- Untuk membuat kari sotong, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis lagi selama beberapa minit.
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tuang sedikit air dan didihkan hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan sotong, ubi kentang, santan, air asam jawa dan didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
Info Chef: Untuk kelainan, titikkan pewarna pandan ke dalam adunan roti jala untuk memberi rasa dan aroma yang lebih enak.
9. SAMOSA
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 2 biji ubi kentang – bersihkan & dadu
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan & cincang
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 labu bawang besar – cincang
- 1 tangkai daun kari
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
- Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.
10.LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN
Bahan-bahan A:
- 150g tepung gandum
- 350ml air
- 1 biji telur
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (sambal ikan):
- 3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 4 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
- Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
- Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
- Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.