Pernah cuba Bergedil Pucuk Ubi? Biasanya Bergedil dihasilkan menggunakan ubi kentang, tempe, isi ayam atau ikan. Tapi kali ini resipi perkongsian saudari Ain Farhana agak istimewa dan lain macam. Guna pucuk ubi! Nampak sangat sedap dan membuka selera. Katanya menu ini pasti disukai ramai. Makan pula dengan ikan kering atau ikan pekasam goreng. Memang terbaik. Jom cuba.
4 biji telur 1 sudu makan sos ikan – beli online disini Sedikit perahan lemon
CARA MEMASAK BERGEDIL PUCUK UBI:
1.Bersihkan pucuk ubi dan asingkan batang kerasnya.
2. Masukkan pucuk ubi ke dalam periuk dan masukkan garam secukupnya. Rebus hingga masak. Garam dimasukkan bertujuan untuk membuang getah.
3. Bila pucuk ubi sudah masak dan hijau begini, angkat, toskan airnya dan basuh dengan air sejuk. Tapiskan dan tekan-tekan sedikit bagi mengurangkan air.
Ads
4. Gunting atau hiris pucuk ubi yang direbus tadi supaya lebih halus. Ia bertujuan bila dimakan, terasa lebih lembut. Malah ia juga bertujuan untuk elak pucuk ubi terburai bila dikepal nanti.
5. Satukan bahan-bahan B dan tumbuk hingga semua bahan mesra.
6. Hasil selepas ditumbuk. Tidak halus sangat, tidak kasar sangat. Sedang-sedang sahaja. Boleh kisar tapi jangan campur air.
7. Campurkan bahan B yang sudah ditumbuk tadi dekat pucuk ubi yang sudah digunting halus. Gaul mesra.
Ads
8. Selepas digaul kedua bahan tadi, perah air yang ada dekat pucuk ubi tu. Kepal-kepalkan anggaran segenggam penumbuk. Kemudian leperkan dengan cantik.
9. Rupa pucuk ubi yang sudah dikepal.
10. Untuk membuat bancuhan salutan telur, satukan bahan C. Perahan lemon boleh digantikan dengan perahan limau atau cuka. Garam tidak perlu kerana sos ikan telah masin. Pastikan telur dipukul sampai berbuih supaya nanti boleh membentuk tekstur rangup bila digoreng.
11. Panaskan minyak dalam kuantiti sederhana, celup kepalan pucuk ubi ke dalam bancuhan telur dan goreng hingga keperangan dan garing.
Ads
12. Bergedil Pucuk Ubi siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Sayur adalah hidangan yang wajib ada dalam menu harian kita. Namun ada juga yang tak gemar makan sayur sebab rasanya yang dikatakan kurang enak. Ishhh…rugi tau tak makan sayur. Kena dengan gaya masakan, memang sedap! Tak percaya? Cuba 3 menu di bawah ni. Pasti anda akan jantuh cinta dengan rasanya!
1. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang sayur keladi | dibersihkan
3 keping asam gelugur
10 ekor udang bersaiz sederhana
Gula dan garam secukup rasa
1 batang serai | diketuk
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan
2. ASPARAGUS TUMIS UDANG
BAHAN-BAHAN:
10 batang asparagus | dihiris serong
10 ekor udang
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
4 biji cili merah | dikisar halus
1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
Masak sehingga naik minyak
Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian masukkan asparagus dan gaul rata.
Tutup api dan sedia di hidang.
Info chef: Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang rangup.
3. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi kayu | dicelur
200gm pati santan
500gm sotong | dihiris
1 batang serai | dititik
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1cm halia | dikisar halus
1cm kunyit hidup | dikisar halus
2 sudu teh ikan bilis | dikisar halus
2 keping asam gelugur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal.
Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera makan bahkan bagi peminatnya, ia merupakan hidangan sampingan yang wajib ada setiap kali waktu makan. Biasanya bawang jeruk ni sedap dimakan bersama nasi kerabu. Teksturnya yang rangup dan rasa sedikit masam memang sedap! Bagi anda yang ank cuba buat sendiri bawang putih jeruk ni, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAWANG PUTIH JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)
CARA MEMASAK:
Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.
Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Bunga Durian boleh juga dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi panas yang memang padu! Siapa yang tertanya-tanya bagaimana rasa Bunga Durian Masak Belacan, bolehlah cuba resipi ni nanti. Jangan guna bunga lain pula! Pastikan Bunga Durian sahaja digunakan dalam resipi ini.
Resipi lengkap telah di kongsikan oleh daporhitam_ ini sangat mudah disediakan walaupun agak pelik bila Bunga Durian boleh dijadikan lauk. Jom cuba resipi ni nanti.
BUNGA DURIAN MASAK BELACAN
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk Bunga Durian
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit belacan (dibancuh dengan sedikit air)
Ikan bilis goreng (optional)
Minyak
Garam
Serbuk Perasa
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian, tumis pula bersama cili merah dan masukkan air belacan.
Masukkan bunga durian dan kacau sebati bersama bahan tumis tadi.
Masukkan bahan perasa seperti garam dan serbuk perasa dan gaulkan bersama bahan-bahan yang ada di dalam kuali itu tadi.
Dah siap, letakkan di atas pinggan dan taburkan ikan bilis goreng di atas bunga durian masak sambal.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.