Tauhu merupakan sumber protien yang murah dan sedap. Apa kata pelbagaikan menu dari sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah, rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Jom cuba resipi-resipi ini.

TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | hancurkan
  • 1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
  • 1 biji telur | pecah dan kacau rata
  • 4 biji cendawan Shitake | cincang halus
  • ½ biji bawang Holland | cincang halus
  • ½ biji cili benggala | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam halus secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 4 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan perahan jus lemon
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus 
  • Sedikit cili benggala | dadu halus
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
  4. Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  5. Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili benggala.
  6. Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
  7. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
  8. Keluarkan tauhu kukus dan susun dalam pinggan.
  9. Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.

TAUHU GORENG MENTEGA RANGUP

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
  4. Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
  5. Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
  6. Tambahkan hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah garing tutup, masukkan tauhu dan gaul rata.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiub tauhu telur | hiris bulat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum
  • 3 biji cendawan shitake | hiris – beli online disini
  • Sedikit hirisan batang saderi
  • ½ biji cili benggala merah | hiris
  • ½ biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos tiram – beli online disini
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online disini
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
  • Minyak Masak secukupnya untuk menggoreng tauhu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan shitake, kacau seketika tambahkan dengan hirisan cili benggala dan batang saderi. Kacau rata.
  4. Setelah layu masukkan hirisan tauhu yang telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
  5. Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.

TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek tauhu Jepun
  • 150gm daging kisar
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit hirisan halus cili benggala
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau hingga pecah minyak,
  4. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yang telah dikukus tadi.
    Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU UDANG BERLADO

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | potong dadu
  • 200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • ½ biji bawang besar | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tos.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna kemerahan.
  6. Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa dan masak.
  9. Tauhu sedia dihidangkan.

TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 6 biji tauhu pok | belah empat
  • 5 ekor udang | saiz sederhana
  • ½ batang saderi | hiris serong
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 5 biji cili padi | titik
  • 2 batang serai | titik
  • ½ biji bawang Holland | hiris – beli online disini
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
  2. Kacau rata dan masak atas api hingga mereneh.
  3. Masukkan udang dan tauhu pok di dalamnya, kacau rata.
  4. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api,masukkan hiris batang saderi dan tomato.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

JEJARI TAUHU BERDAGING

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | hancurkan
  • 1 keping tauhu Jepun | hancurkan
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 150gm daging kisar
  • ½ hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS MUSTARD

  • 2 sudu makan sos mustard
  • 1 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 2 biji cili padi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
  4. Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.

TAUHU TUMIS TAUCHU

8 Koleksi Resipi Tauhu Yang Sedap, Mudah & Murah. Rugi Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
  • ½ batang timun Jepun | potong dadu
  • ½ batang lobak merah | potong dadu
  • Sedikit biji gajus | goreng
  • Sedikit udang kering
  • 5 biji cili kecil merah | belah hujung
  • 5 biji bawang merah | belah dua
  • 4 ulas bawang putih | belah dua
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 2 sudu makan tauchu
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan cuka
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu serta cuka.
  3. Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
  4. Kacau hingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
  5. Perasakan dengan sedikit gula.
  6. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Seperti Makan Yogurt Strawberry, Buat Sendiri Cocktail Lemak Berkrim

Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuih Angku Tanpa Acuan

Seleksi Resipi Masakan Kelantan Yang Mudah, Sedap & Disukai Ramai

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI