Resipi Ayam Goreng Sambal Garing yang wajib anda masukkan dalam senarai menu di rumah. Sangat mudah dimasak dan enak sekali jika dimakan bersama nasi putih. Sambalnya cukup enak dan untuk elak perut sakit, pastikan sambal dimasak dengan betul. Jom cuba nanti.
AYAM GORENG SAMBAL GARING
Bahan-bahan:
9 ketul ayam
4 biji cili hijau
12 biji cili padi hijau
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato – belah 4
Daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan
Serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
1 sudu besar gula
Cara Memasak:
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili hijau dan tomato. Masak hingga sedikit layu.
Kemudian angkat dan kisar bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga daun limau purut. Masak hingga pecah minyak dan sedikit kering.
Kemudian masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan garam. Gaul. Tambahkan gula untuk seimbangkan rasa.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga bersalut rata.
Angkat dan Ayam Goreng Sambal Garing sedia untuk dinikmati.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jika anda bercadang nak masak nasi kukus, padanannya tentulah Ayam Goreng Berempah ni. Memang sangat sedaplah kalau makan bersama nasi panas dan sdambal belacan. Terangkat habis!
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR HALUS:
BAHAN KISAR KASAR:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Angkat rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tidak diangkat, rempah akan menjadi hangit dan pahit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian kali ini memang eksklusif. Sajian dari Kota Cinta, Paris, Perancis ini disediakan khas oleh Chef De Cuisine Shahrusmizal Mohammed Salleh dan pasukan chef restoran fine dining Fine Urban di Hotel Istana KL untuk pengikut RASA.
Dua hidangan pencuci mulut dan tiga sajian utama berasaskan itik dan kambing boleh dicuba.
1. APPLE TART WITH VANILLA ICE CREAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan tat epal:
Bahan inti badam :
CARA MEMASAK : Cara masak tat epal : 1. Cairkan mentega dalam kuali panas, dan tumiskan rempah empat sekawan. 2. Masukkan epal dan gula, kacau rata. Ketepikan 3. Canaikan pastri lapis, dan sapukan inti badam di atasnya. 4. Ambil epal tadi dan susunkan atas pastri lapis. 5. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit. 6. Sebelum menghidang, taburkan gula aising di atasnya. Cara masak inti badam : 1. Potong mentega dalam ketulan kecil dan masukkan di dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, dan kacau hingga adunan menjadi putih dan berkrim. 3. Fasa ini disebut ‘creaming’ mentega dan gula. 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji , dan kacau rata selang setiap biji yang dimasukkan. 5. Kemudian masukkan tepung gandum, sedikit demi sedikit, serbuk badam dan pistachio. Kaup balikkan hingga dicampur sempurna. 6. Ketepikan, untuk disapukan atas pastri lapis 7. Tambahkan ais krim vanila di atasnya, selepas pastri lapis dibakar, tunggu pastri lapis (tat) sejuk dulu.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : pencuci mulut Keistimewaan : Apple tart yang manis dan kaya dengan rasa mentega Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF: Selain dari buah epal resipi yang sama juga boleh digunakan dengan menggantikannya dengan buah pir, pic dan plum.
2. DUCK BREAST WITH CELERIAC CREAM AND PUMPKIN PUREE
BAHAN-BAHAN :
Bahan dada itik :
Bahan puri celeriac *sejenis sayur saderi berubi :
Bahan puri labu (pumpkin puree):
CARA MEMASAK : Cara masak dada itik : 1. Perasakan dada itik dengan garam, lada hitam dan lecurkan di atas kuali sebentar dengan kepanasan tinggi, sehingga kulitnya menjadi garing. Dan angkat. 2. Kemudian panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius, masukkan dada itik dan masak ke tahap ‘medium’, doneness’ ( suhu daging 60 darjah celcius) 3. Keluarkan dan biarkan 5 minit, kemudian potong dada itik, dan taburkan dengan kacang walnut. Cara masak puri celeriac: 1. Di dalam periuk masukkan celeriac, susu, krim, bawang kecil, mentega dan garam, biarkan mereneh bawah api sederhana. 2. Kemudian kecilkan api dan biarkan merenih lagi, usah ditutup tudung, untuk 35 minit atau sehingga ubi celeriac empuk dan boleh dilecek dengan sudu. 3. Pindahkan campuran celeriac tadi dan kisar hingga halus, sehingga menjadi larut (cecair) dan membentuk puri yang pekat, berkrim dan halus. Hidang bersama dada itik. Cara masak puri labu : 1. Satukan puri labu dengan kalsium. Kisar sebati dan tuangkannya ke dalam acuan berbentuk hemisfera (separa bulat), bekukan dalam peti sejuk. 2. Satukan sodium alginate dengan air, dan kisar hingga kesemua alfinate larut. Letak dalam satu bekas. 3. Kemudian isikan satu bekas lain dengan air 4. Keluarkan puri labu dari peti sejuk, keluarkan dari acuan hemisfera. Kemudian masukkan/rendamkan dalam bekas berisi larutan alginate. 5. Untuk hemisfera kecil biarkan selama 2 1/2 hingga 3 minit dan yang bersaiz sederhana biarkan selama 5 minit. Kemudian rendamkan dalam bekas berisi air . 6. Tos dan hidangkan terus bersama dada itik. 7. Jika suka hidangkan dada itik dengan hiasan tambahan seperti kubis, buah berangan yang ditumis dan sudah diperasakan dengan mentega, lada hitam dan ubi bit panggang.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian utama Keistimewaan : Sajian berkhasiat daging itik bakar dengan rasa dua puri Anggaran kos : RM 32
INFO CHEF : Daging dada itik hendak lah dimasak tahap ‘medium’ untuk mengekalkan jusn dan tekstur daging yang lembut.
3. LAMB RACK WITH GINGER DATE JAM AND LAMB CROQUETTE
BAHAN-BAHAN :
Bahan rusuk kambing (lamb rack) :
Bahan kurma halia :
Bahan pegedil leher kambing @ lamb neck ragout :
CARA MEMASAK : Cara masak rusuk kambing (keluarkan tulang,ambil dagingnya sahaja) : 1. Perasakan daging kambing dengan garam dan lada hitam, kemudian lecurkan sebentar di atas kuali dengan haba yang tinggi. 2. Kemudian bakar dalam oven dalam suhu 180 darjah celcius, masak tahap ‘medium’ doneness (suhu daging 60 darjah celcius). 3. Keluarkan dari oven dan biarkan selama 5 mini, sapukan Dijon mustard dan pistacio sebelum menghidang. Cara masak halia kurma : 1. Pijarkan mentega dalam kuali, dan tumiskan halia. 2. Masukkan halia dan masak perlahan dengan api sederhana sehingga sebati dan halus 3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Cara masak pegedil lamb neck ragout : 1. Ambil daging dileher yang dikisar, perasakan dengan garam 2. Bentukkan menjadi bebola dan bekukan selama 3 jam. Salutkan dengan tepung gandum, serbuk roti dan telur. 3. Goreng dalam deep fryer, dihidangkan bersama hidangan rusuk kambing.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Sajian utama Keistimewaan : Tambah lazat jika dimakan bersama keju (kambing) Anggaran kos : RM 42
INFO CHEF: Gunakan lamb yang chill kerana rasa dan tekstur lebih lembut dan sedap apabila dimasak dan dimakan
4. RED MULLET WITH SEA SCALLOP, CRAB MEAT AND SAFFRON BOUILLABAISSE
BAHAN-BAHAN :
Bahan red mullet @ ikan kerisi:
Bahan kekapis @ sea scallop :
Bahan isi ketam :
*Satukan semua bahan di dalam mangkuk, gaulkan sebati dan perasakan dengan garam
Bahan kerang :
Bahan saffron bouilabaisse :
CARA MEMASAKNYA : Cara masak ikan red mullet: 1 . Perasakan ikan kemudian lecurkan seketika atas kuali dengan kepanasan tinggi. 2. Sudahi memasaknya dengan membakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 4 minit sahaja. Cara memasak kekapis : 1. Masukkan minyak zaitun dan panaskan kuali di atas api sederhana. 2. Taburkan garam dan lada hitam di atas kekapis, dan masakkan kekapis di dalam kuali. Masak tiga minit di setiap belah, atau hingga keperangan. 3. Angkat kekapis dan taburkan dengan pistachio di atasnya Cara masak kerang : 1. Di dalam kuali masukkan air stok kerang. Bila mendidih masukkan kerang dan tutup dengan tudung., biarkan 3 hingga 4 minit. Cara masak saffron boullabaisse : 1. Masukkan minyak zaitun di dalam kuali bawah api sederhana. Masukkan bulbs fennel. Masak 3-4 minit. 2. Masukkan lada benggala, garam, tarragon dan masak lagi 2-3 minit, masukkan tulang ikan dan tomato. Tudungkan dan tutup air stok ikan ini dan biarkan mereneh. 3. Masukkan pes tomato dan safron dan sambung mereneh. Masak hingga sejam. 4. Buang segala sisa tinggalan (tulang). Kisar kesemua campuran ini hingga menjadi sos. Tuang dalam penapis dan tekan dengan senduk untuk esktrak keluar . 5. Masukkan jus lemon dan tuangkan ke dalam mesin pengisar bersama mentega. 6. Dihidangkan bersama ikan dan makanan laut lainnya
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Masak dengan minyak sedikit Jenis masakan : Sajian utama, makanan laut Keistimewaan : Hidangan ikan kerisi bersama makanan laut yang enak. Anggaran kos : RM 28
INFO CHEF: Selain ikan kerisi , boleh juga menggunakan ikan lain seperti ikan kod mengubahnya menjadi sajian yang mewah.
5. ECLAIR WITH CHOCOLATE
BAHAN-BAHAN :
Bahan choux pasty:
Bahan chocolate ganache :
CARA MEMASAK : Cara masak ‘choux pastry’ (doh pastri ringan): 1. Panaskan susu, mentega, gula dan garam di dalam periuk atas api sederhana. 2. Bila mentega cair, biarkan campuran mendidih dan alihkan dari api segera. 3. Masukkan tepung ke dalam campuran panas ini, kacau dengan sudip kayu sehingga menjadi doh yang kental dan licin. 4. Letakkan balik periuk di atas api sederhana untuk menyejatkan doh, dan teruskan mengacau hingga boleh membentuk bola dan tidak melekat di dinding periuk. 5. Alihkan doh ke dalam mangkuk biarkan sejuk atau suam dahulu selama 5 minit. 6. Masukkan telur, sedikit demi sedikit, dan pukul dengan kuat setiap kali telur dimasukkan. 7. Masukkan baki telur (pukul dulu) dan masukkan ke dalam doh dan teruskan memukulnya. 8. Doh mesti dibuat hingga licin dan berkilat. Jika ia boleh jatuh dari sudu, bermakna ia sudah siap untuk dimasukkan dalam beg piping 9. Paipkan 10 sm panjang di atas dulang pembakar, dan bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dahulu dalam suhu 180 – 200 darjah celcius selama 35 minit 10. Keluarkan dari oven dan celupkan ke dalam coklat ganache dan taburkan pistachio. Lazat dihidang dengan krim putar.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Masak dengan minyak sedikit Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Choux pastry yang gebu dan lembut.. Anggaran kos : RM7
INFO CHEF:Choux pastry ialah doh pastri ringan dan lembut yang boleh menjadi asas kepada membuat cream puff, dan churros dan profiteroles.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.
14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
Salah satu minuman melegakan tekak yang mendapat sambutan ramai di Rembayung ialah Kopi Santan Vietnam. Minuman Kopi Santan Vietnam ini juga antara resipi viral yang pernah dikongsikan oleh Khairul Aming dalam siri resipi Ramadan popular "30 Hari 30 Resepi" pada tahun lepas.