Resipi Ayam Golek antara sajian yang turut menjadi buruan ramai untuk juadah berbuka puasa. Jika sebelum ini kita hanya beli sahaja di bazar-bazar Ramadan, apa kata Ranadan tahun ini kita cuba buat sendiri sahaja Ayam Golek di rumah. Tak susah mana pun hendak buat. Ada periuk Noxxa, jangan simpan. Gunakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Norhanan Azman ini.
RESIPI AYAM GOLEK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (perap dulu dengan kicap dan sos tiram)
BAHAN KISAR:
Ads
3 biji bawang merah – BELI ONLINE 3 ulas bawang putih – BELI ONLINE Halia sebesar ibu jari 1 sudu lada kisar 1 sudu serbuk kunyit 1/2 gula kabung –BELI ONLINE Garam dan gula (secukup rasa) 1 sudu Maggi cukup rasa 1 sudu serbuk jintan manis – BELI ONLINE 2 batang serai
*Sedikit majerin dan minyak masak (untuk menumis)
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu majerin dan 1 sudu minyak masak.
2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
3. Tunggu bahan tumisan sejuk dan kemudian tuangkan di atas ayam. Lumurkan pada seluruh ayam.
4. Perap selama 20 minit. Lagi lama perap lebih sedap sebab bahan-bahan lebih sebati dengan ayam.
5. Bolehlah di bakar di dalam periuk Noxxa. Balik-balikkan ayam supaya ramuan sebati. Siap untuk dihidangkan.
Ads
NOTA: Tekan di bahagian butang ‘meat’ 10 minit sebab ayam besar tombol ke pressure. Stir fry 3 minit untuk pekatkan sos. Hasilnya ayam sedap, empuk dan masak sekata.
Masakan Padang bukanlah asing lagi bagi rakyat Malaysia. Menu-menunya memang menaikkan selera terutamanya bagi penggemar hidangan bercili. Salah satu menu yang paling digemari ramai adalah Dendeng Daging Berlado. Kombinasi daging yang garing dan dimakan bersama sambal berlado yang sememangnya membuka selera. Sedap sungguh! Jom cuba!
DENDENG DAGING BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato| potong dadu
1 batang serai |ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.
Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadikan setiap hidanganya tidak mengecewakan, sedap tak terkata. Kini ilmu memasak diturunkan kepada anak-anaknya yang yang mengusahakan restoran.
Kali ini RASA bertuah dapat berkongsi air tangan Bonda Sharifah Norma Syed Mansur untuk beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan dengan anda semua.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
350gm isi dada ayam | potong dadu
200gm santan pekat
2 cawan air
1 tin cendawan butang
6 biji cili padi hijau
6 biji cili padi merah
1 batang serai | titik
1 tin cendawan butang. | belah dua
6 cili api hijau | hiris
6 cili api merah | hiris
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, , hirisan cili padi dan serai.
Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK IKAN BAKAR:
1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam dan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
1 biji cili merah
8 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
1/2 helai daun kunyit
BAHAN AIR ASAM
1biji bawang besar | potong dadu kecil
1 inci belacan| bakar
1/2 cawan air asam jawa | bancuh cair
2 biji limau kasturi |ambil airnya
1 cili merah | potong bulat
8 biji cili api | hiris
1 biji tomato | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
Bakar lebih kurang 8-10 minit.
Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Gaul rata dan sebati kesemuanya.
Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
200gm beras pulut susu | rendam
150gm santan pekat campur 3 cawan air
1 tin cendawan butang dalam tin
1 batang serai | titik
1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
1 cili hijau | belah dua
1 cil merah | belah dua
10 cili api sebiji-sebiji
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
1 batan serai
4buah keras
1/4 inci lengkuas
1/4 inci halia
1 bawang besar
2 bawang putih
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Asingkan kepala dan badan sotong
Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong besar
2 keping asam gelugor
4-5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | titik
1 inci lengkuas | titik
4-5 biji tomato ceri jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
1ekor ayam saiz kecil | belah empat
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
Renehkan atas atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Resipi daging singgang kelantan ni memang popular di pantai timur. Hidangan mudah dan senang disediakan oleh sesiapa sahaja, tidak memerlukan masa yang dan tak perlu menumis. Enak di makan bersama ulam-ulaman, budu atau sambal belacan. Selamat mencuba!
RESIPI DAGING SINGGANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 keping lada kering
asam keping
lada kering yg dah blend
gula melaka
biji ketumbar & lada hitam
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan bawang putih, lada kering, bawang merah & lengkuas dalam periuk
Masukkan biji ketumbar & lada hitam
Masukkan sedikit belacan
Sedikit lada kering blend
Masukkan daging dan ramas bersama bahan2 dalam periuk. Ini hasilnya selepas diramas
Masukkan air dan asam keping. Didihkan periuk di atas api.
Masukkan gula melaka dan budu. Kacau sehingga mendidih. Siap.