Selain kuetiau goreng, kuetiau ini juga sedap dimasak kuetiau kungfu. Dinikmati pula dengan cili padi potong. Fuh! Tak terkata sedapnya.
Bagi yang kurang gemarkan pedas, nikmati sahaja rasa aslinya tanpa cili padi potong. Itupun memang dah sedap. Gandingan kuetiau yang digoreng bersalut telur dan dicurahkan kuah ala sup pekat memang membangkitkan selera.
Lihat sahaja resipi perkongsian daripada Nuraini Munawar ini. Memang licin pinggan dibuatnya. Rugi kalau tak buat.
Masukkan sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat.
Masukkan pula air dan kiub ayam.
Kemudian, masukkan isi ayam, lobak merah dan anak jagung.
Masak sehingga agak empuk.
Kemudian, masukkan udang, sotong dan sayur.
Masukkan setengah sudu white pepper berserta sedikit garam.
Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Bancuhan sederhana pekat sahaja. Boleh agak-agak kuah banyak mana. Fungsi tepung jagung adalah untuk memekatkan kuah.
Apabila dah siap, boleh curahkan kuah ke atas kuetiau tadi. Makan dengan cili padi potong pun lazat.
Bagi para peminat Asam laksa D’laksadi pasaraya tersohor, pasti tahu akan keenakannya. Bila lalu depan kiosk, semerbak bau harum kuah laksanya. Pekat, masam, masin memang lengkap. Siap dengan petis undang untuk menaikkan selera. Terasa nak cuba masak menu ala D’laksa ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Rozie Mnor ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK ASAM LAKSA SEDAP ALA D’LAKSA
BAHAN-BAHAN: 1 tin sardin mackerel (cap ayam) – beli online disini 1 bungkus pes Asam Pedas Adabi – beli online disini 3 biji bawang merah sederhana besar – beli online disini 1 kuntum bunga kantan 1 genggam daun kesum Sedikit belacan – beli online disini 1 bungkus laksa basah – celur dalam 5-10 minit – beli online disini Air secukupnya Asam keping Bebola ikan secukupnya
BAHAN SAMPINGAN: Salad Bawang merah Limau kasturi Petis udang – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan kuah laksa, kisar semua bahan tadi kecuali daun kesum dan bunga kantan hingga halus. 2. Masak semua bahan tadi dan masukkan air sesuai dengan kepekatan kuah yang dikehendaki. 3. Perisakan dengan garam dan gula (pilihan) dan asam keping. Boleh tambah serbuk perasa jika suka. 4. Masuk bebola ikan. Masak hingga kuah masak sempurna dan cukup rasa.
5. Bila kuah masak, hidangkan bersama laksa dan bahan-bahan sampingan. 6. Laksa ala D’laksa sedia untuk dinikmati.
Ini adalah laksa yang terkenal dikalangan orang Perak terutama di kawasan pantai remis, pangkor dan manjung. Laksa mi Pangkor berbeza dengan laksa yang lain keran ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu sup, sambal, sayur dan mi.
LAKSA PANGKOR
BAHAN A
• Laksa mee
BAHAN B (Terpulang pada citarasa masing-masing boleh sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
• Ikan kembung
• Daun sup
• Bawang putih
• Bawang merah
BAHAN C (Sayur)
• Kacang panjang
• Bawang putih
• Lobak masin
BAHAN D (Sambal Udang)
• Cili giling
• Bawang merah
• Bawang putih
• Belacan yg dibakar
CARA MEMASAK KUAH:
1. Panaskan sedikit minyak (tumis darat). Masukkan bawang putih yang diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (ini untuk dimasukkan dalam kuah sup nanti)
2. Dalam periuk yang lain masukkan rebus ikan kembung, asam keping dan sedikit garam.
3. Angkat ikan perisi ambil isi ikan (kadang-kadang terpulang ada yang letak seekor ikan yang dipotong dua. Sudah itu letak semula dalam rebusan tadi.
4. Masukkan bahan yang tumis darat tadi dan masukkan daun sup.
5. Letak sedikit garam dan gula. Siap kuah ala-ala sup Ikan kembung
CARA MEMASAK SAYUR:
1. Kacang panjang dipotong halus
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang diketuk (kalau suka boleh letakkan lobak masin dan masukkan sedikit garam jika tidak letak)
3. Tumiskan sekejap sahaja jangan sampai layu.
CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Panaskan minyak sedikit minyak. Masukkan cili yang sudah dikisar
2. Tumis sehingga garing, masukkan bawang putih yang dibelah dua (bila sambal hampir masak lenyekkan bawang putih yang dibelah tadi untuk lebih aroma)
3. Masukkan sedikit belacan yang dibakar tadi. Bila cili sudah hampir masak baru masukkan isi udang.. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMASAK LAKSA MI:
1. Rebus laksa mi seperti biasa. Toskan dan hidangkan bersama kuah, sayur, dan sambal.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...