Nampak macam ‘simple’ je bukan resipi Asam Rebus Ikan Nyok-nyok ni? Tapi bila kita sudah ‘start’ makan maka bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan. Pendek kata Asam Rebus Ikan Nyok-nyok ini ibarat menu pembuka selera. Apa lagi, jomlah kita cuba resipi Asam Rebus Ikan Nyok-nyok yang dikongsikan oleh Ninie Zainie
RESEPI ASAM REBUS IKAN NYOK-NYOK
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar sebji (potong 4/6) Serai sebatang diketuk Timun sebiji dipotong serong (bendi@ terung pun boleh)
Ads
Cili padi sedikit untuk yang sukakan pedas (diketuk) – BELI ONLINE Asam keping 2 hingga 3 keping –BELI ONLINE Serbuk kunyit sedikit
Air untuk dijadikan kuah 1 biji tomato 2 ketul isi ikan nyok-nyok putih (ikan lain pun boleh). Jika ikan kembung, isi ikan lebih manis
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan air, serai, bawang merah dan asam keping. Didihkan.
2. Selepas itu masukkan serbuk kunyit sedikit, timun, cili padi, ikan dan tomato. Perasakan dengan garam secukup.
3. Didihkan seketika. Siap untuk dinikmati bersama nasi panas dan juga sambal belacan serta ulam-ulaman.
Suka makan Bread Butter Pudding? Saudari Syazwany Bakri ada kongsikan resipi Puding Roti versi bakar yang beliau gunakan untuk jualan. Bolehlah anda cuba nanti.
RESIPI BREAD BUTTER PUDDING (VERSI BAKAR)
BAHAN PUDING:
1 paket roti saiz besar
3-4 cawan susu segar @ full cream
3-4 biji teur gred A
3-4 sudu makan gula – boleh ubah suai ikut tahap kemanisan yang disukai
Esen vanilla secukupnya
3-4 sudu makan mentega – cairkan
Topping: buah campur, kekacang atau cip coklat
CARA MEMASAK: 1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Pukul guna pemukul tangan ( whisk) hingga sebati. 2. Tapis campuran telur tadi. Kemudian masukkan mentega cair. Kacau sebati. 3. Ambil roti dan potong empat supaya menjadi kepingan kecil. Susun dalam bekas atau loyang bersesuaian. 4. Tuang bahan campuran puding tadi hingga rata. Tekan sedikit guna spatula supaya ia meresap pada roti. 5. Tabur topping dan bakar selama 30-40 minit atau hingga keperangan pada suhu 150C-180C (masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing).
BAHAN SOS KASTAD:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan air
3-4 sudu makan gula – ikut citarasa masing-masing
Sedikit esen vanilla – lebih sedap jika guna creamy vanilla
CARA MEMASAK: 1. Campur tepung kastad bersama air. Larutkan. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak guna api perlahan hingga pekat. Pastikan selalu dikacau supaya tidak hangus dan berketul. 3. Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti.
INFO: 1. bungkus roti paket panjang boleh dapat 6 bekas kecil puding roti. 2. Jika guna loyang saiz 9 inci, boleh guna roti sandwic paket kecil.
Kacang kalau dibuang kulit goreng pulak dengan bawang putih, ikan bilis, daun kari memang lajulah mengunyahnya. Dah buka balang tu, cepat simpan balik nanti sedar-sedar tak sempat nak dihidang pada tetamu.
Ni resipi kacang kacang bawang putih dengan ikan bilis , cili padi dan daun kari, memang gerenti sedap ni, hasil air tangan Jamayah Bujang. Jom semak resipi yang dikongsikan.
KACANG TERR
BAHAN-BAHAN :
1kg kacang tanah | yang tiada kulit
2 labu bawang putih
50gm buah keras
Garam secukup rasa | atau 4 sudu teh
Serbuk perasa jika suka
Cili padi | ikut kepedasan sendiri
Daun kari secukupnya
Ikan bilis secukupnynya | cuci dan kering
CARA MEMASAK :
1. Rendam kacang tadi di dalam air panas hingga kembang.
2. Tuskan kacang tadi biar habis airnya.
3. Tumbuk bawang putih tak payah hancur.
4. Tumbuk pula buah keras.
5. Gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam kacang
6. Masok Garam dan serbuk perasa..
7. Biar kejap supaya mesra.
8. Sediakan kuali untuk menggoreng, panaskan minyak.
9 .Pertama kita goreng dulu Ketepikan.
10. Goreng lagi daun kari dan cili padi yang siap di potong.
11. Seterusnya goreng kacang tadi hingga siap. Goreng kacang jaga apinnya jangan terlalu kuat nanti hangus tak rangup di dalamnya
12. Dah semua siap digoreng gaul kesemuanya sekali .
Selamat Mencuba..!
Kredit Jamayah Bujang
Fb : Resepi Biskut Tradisional & Moden
Korang pernah tak tiba-tiba rindu sesangat nak makan masakan air tangan ibu. Tidak ada yang lebih sedap selain dari air tangan ibu, walaupun hanya sambal dan singgang ikan. Jika memori ini mengusik perasaan, apa kata anda cuba masak masakan ibu yang menjadi kegemaran anda. Atau boleh saja cuba menu yang dikongsikan oleh chef Sue Arukin yang diwarisi dari bondanya tercinta.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500ml santan cair
8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
10 biji cili padi hijau
2 inci kunyit hidup
2 batang serai | ketuk
1 sudu teh garam kasar
Lada sulah, gula dan garam halus secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
Didihkan dengan api yang sederhana.
Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
Gulai sedia dihidangkan.
KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
150gram tauge | celur
1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
3 biji cili merah
5 bij cilipadi
3 ulas bawang merah | bakar
2 ulas bawang putih | bakar
1 inci belacan | bakar
1 inci ubi cekur | bakar
Perahan limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
Kerabu sedia dihidangkan.
MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500ml santan cair
300ml santan pekat
1/2 biji labu saiz sederhana | bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | titik
½ cawan ikan bilis | bersihkan
2 biji cili merah | hiris halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN;
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
1/2 cawan ikan bilis
3 tangkai cili kering | potong kecil
1 biji cili merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali panaskan minyak masak.
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.Cuma kali ini resipi yang dikongsi...