Enaknya andai dapat menikmati Ayam Masak Madu. Cukup seimbang bahan perasa dan sangat mudah untuk menyediakannya. Bagi anda yang nak cuba masak sajian ini untuk keluarga, saudari Eida Hamzah ada kongsikan resipinya. Pasti puas hati dapat menjamu keluarga dengan sajian enak ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK AYAM MASAK MADU PALING MUDAH & SEDAP

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
4-5 biji bawang merah kecil – hiris
1 biji bawang besar – hiris
3-4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
Rempah 4 sekawan
Sos cili secukupnya beli online disini
1/2 tin sup tomato beli online disini
5 sudu makan madu beli online disini
Air secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Daun sup dan daun bawang secukupnya

BAHAN KISAR:
Cili kering secukupnya beli online disini
3 biji bawang besar saiz sederhana beli online disini
2 ulas bawang putih beli online disini
Lengkuas sebesar ibu jari

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Kemudian goreng separuh masak.

IKLAN

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai
2. Tumis bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai
3. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi.
4. Seterusnya masukkan sos cili dan sup tomato. Masak dan kacau hingga pecah minyak.

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai
5. Jika kuah pekat, masukkan air secukupnya diikuti garam, gula, perasa dan 3 sudu makan madu.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan mendidih dalam masa yang lama. Jika kuah pekat, tambah lagi air. Pastikan kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
7. Bila ayam telah masak sempurna, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.
8. Tutup api dan masukkan lagi 2 sudu makan madu.
9. Siap dan Ayam Masak Madu sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Madu Sedap. Tambah Bahan Ni Barulah Macam Dekat Kedai

Kredit resipi & foto: Ieda Hamzah

 

IKLAN

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/bear-12l-baby-food-chopper-bbc2-g12l-20154623?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” background=”#e9ef2d” color=”#0d0707″ size=”5″ icon_color=”#0f0707″]Bear 1.2L Baby Food Chopper [/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

5 Resipi Lauk Pauk Rendah Garam & Kebaikannya Terhadap Kesihatan

Buat Sendiri Kebab Daging Roti Pita Sedap Macam Dekat Pasar Malam

IKLAN

Resipi Asas Doh Roti Serbaguna. Satu Adunan Boleh Buat Macam-Macam

Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI