Resipi apam berkuah Terengganu. Apam yang dimakan dengan kuah yang berempah dengan rasa lemak santannya. Memang sedap.
Pernah makan? Satu lagi kuih tradisi orang lama di Terengganu yang jarang dapat jumpa sekarang. Boleh buat sendiri lagi puas hati. Ikut resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramliini.
Untuk membuat apam; Campurkan kesemua bahan A, B dan C. Kacau rata sehingga tiada tepung berketul. Kemudian perap selama 1 1/2 jam.
Sapukan minyak pada acuan dan kukus selama 20 ke 25 minit bergantung pada pengukus dan acuan. Bila masak, sejukkan dulu dalam 10 minit barulah keluarkan. Ketepikan.
Untuk membuat kuah; Tumis bahan kisar halus. Apabila naik , masukkan bahan tumbuk dan rempah. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan 1 cawan air. Masukkan santan dan 1 cawan air lagi (kepekatan terpulang pada cita rasa). Kemudian masukkan ikan, kelapa parut dan kerisik.
Tambah nisang, garam dan gula. Kacau sebati. (Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat).
Setelah kuah masak, tutup api. Siap untuk dihidang dengan apam.
Talam antara pemanis mulut yang mendapat permintaan tinggi apabila tibanya bulan puasa.Manis, lemak dan perlbagai perisa. Memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati & menambat selera.
1. TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU
BAHAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
Apabila naik wap, tutup api.
Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar
2 biji kentang | dadu kecil
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 paket rempah kari daging
2 biji cili merah
1/2 batang lobak merah | diparut
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
Sekiranya terdapat minyak, toskan.
Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF:Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI
BAHANLAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji
110gm gula pasir
200ml santan pekat
800ml air
1sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
3 biji telur
220 gm gula merah
1/2 sudu teh garam
200ml santan pekat
55gm tepung jagung
55gm tepung gandum
500ml air
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
2 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
LAPISAN ATAS:
6 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
3 sudu makan gula perang (*)
1/2 cawan air (*)
1 helai daun pandan – simpul (*)
1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF:Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
Selalu tengok resipi roti jala untuk makan seisi keluarga. Kita yang bujang ni terpinga-pinga tidak pasti sukatan kalau cuma nak makan seorang diri. Maklumlah, nama pun bujang lagi.
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi roti jala khas untuk orang bujang. Boleh buat 10 keping je roti jala dan semangkuk kecil kaya pandan. Sesuailah sangat untuk geng belum kahwin. Tak membazir buat banyak-banyak kan?
CARA MEMBUAT ROTI JALA
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau sebati. Kalau ada mesin pengisar, boleh kisar juga.
2. Tapiskan adunan menggunakan penapis supaya tidak berketul.
3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau tidak terlalu pekat. Adun sehingga boleh lepas acuan roti jala.
4. Panaskan kuali leper. Sapukan sedikit minyak masak ataupun marjerin.
5. Gunakan alatan mengirai roti jala, kirai adunan atas kuali yang tidak melekat. Masak hingga garing di bawahnya. Tidak perlu terbalikkan.
5. Apabila roti jala sudah masak, angkat dan letak di atas pinggan.
6. Kemudian lipat atau gulung roti jala tu.
7. Dah siap!
Tip: Air boleh diganti dengan susu segar atau santan. Telur ayam fungsinya untuk tambah kelembutan roti jala. Kalau tidak letak telur ayam pun roti jala tetap jadi.
KAYA PANDAN
BAHAN-BAHAN KAYA PANDAN
3 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 kotak santan kecil
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT KAYA PANDAN
1. Potong kecil daun pandan. Kemudian kisar, tapis dan ambil patinya.
2. Campur semua bahan dalam periuk dan kacau sebati.
3. Letak atas dapur dan panaskan dengan api sederhana.
4. Kacau sentiasa sehingga likat.
5. Siap!
Tip: Selain makan dengan kaya pandan, roti jala juga sedap dimakan dengan kari ayam.
Anda teringin nak makan kuih lopes? Boleh cuba buat menggunakan rice cooker, tidak perlu lagi nak kukus. Senang dan cepat jika anda guna cara ini. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.