Kuih Nagasari Jagung ni memang sedap dan jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang tak berani nak cuba kerana menyangkakan ianya susah dan renyah untuk dihasilkan. Bagi peminat KuihNagasari Jagung, ini ada resipi yang sangat mudah perkongsian saudari Zura Abdullah yang anda boleh cuba. Tidak perlu kukus. Masak je dalam periuk dan jika tiada daun pisang, boleh cetak guna acuan lompang atau loyang sahaja. Mudah kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Kacau hingga agak sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan jagung. Kacau lagi hingga pekat dan likat. Tutup api. 3. Untuk mencetaknya, boleh bungkus adunan menggunakan daun pisang atau plastic tahan panas. Untuk lebih mudah, masukkan sahaja ke dalam acuan Kuih Lompang. Boleh juga guna loyang biasa atau apa-apa sahaja cetakan yang sedia ada.
Ads
4. Biar kuih sejuk dan bolehlah dinikmati.
Nota: Selain jagung, boleh juga gantikan dengan cendol. Pun rasa sedap.
Roti jala selalunya berwarna kuning. Tapi apa kata hari ini kita buat roti jala pandan. Melalui facebook, Shida Yasin memberikan resipi roti jala pandan yang sangat menarik untuk dicuba.
Korang boring duduk umah, cer berkarya kat dapur buat roti jala. Kuah kari semalam punya. Manfaatkan je. Lejen ni roti jala pandan. Resipi mudah sesangat ye. Mama Shida share supaya korang boleh buat sendiri kat rumah.
ROTI JALA PANDAN
(boleh dapat 30 keping)
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung
4 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 cawan air panda
2 cawan air (tak cukup boleh tambah)
CARA BANCUH
1. Campur semua bahan dalam blender.
2. Kisar hingga halus dan tidak bergentel.
3. Tambah air jika pekat sangat.
4. Panaskan kuali leper dan cedok bancuhan guna acuan roti jala. Goyangkan acuan roti jala di atas kuali. Biarkan masak.
5. Buat sampai habis.
Donut Pandan ni kalau buat sudah pastinya jadi rebutan ramai tidak kira tua atau muda. Lembut dan gebu, bila makan tu memang sangatlah sedap. Jom kali ini kita mendonut! Resipi yang dikongsikan SuiSan Aliezsha ini, ditambah susu full cream dan diuli secara manual, menjadikan rasanya sangat enak. Buat anda yang ada mesin bread maker, boleh saja buat terus putar dan diadun sehingga menjadi doh.Jom cuba!
RESIPI DONUT PANDAN SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum – beli online di sini 2 peket yis mauripan – beli online di sini 4 sudu marjerin – beli online di sini Daun pandan (kisar untuk dapatkan 1 cawan air pandan + pewarna hijau apple, pewarna ni ikut suka nak letak atau tak nak letak pun tak apa) 1 cawan susu full cream + 5 sudu susu pekat + 1 sudu teh cuka apple (dijadikan buttermilk)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung, marjerin dan mauripan. 2. Gaul sebati. Kemudian, masukkn air pandan dan air susu. 3. Gaul sampai jadi doh. Kalau kurang, tambah susu full cream.
4. Uli sehingga kembang. Biarkan seketika, kemudian dah boleh mendonut. 5. Biarkan donut kembang 2 kali ganda. Kemudian, boleh goreng macam biasa. 6. Apabila goreng donut, api jangan terlalu panas.
7. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Sejukkan dulu. Kemudian, boleh gaulkn dengan gula icing. 8. Ikut anda nak salutkan dengan gula kastor atau snow powder. Mana-mana pun boleh.
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
3. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.