Kek Batikadalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Ia antara manisan yang digemari ramai tak kira tua atau muda.
Untuk membuat Kek Batik, ia hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang. Oleh sebab itu ramai yang suka nak buat manisan ini terutamanya bagi yang tidak punya ketuhat dan juga microwave di rumah.
Kek Batik biasanya berupa biskut yang disalut dengan coklat. Namun seiring dengan perubahan zaman serta kreativiti dalam pengolahan resipi, kini muncul pelbagai resipi Kek Batik pelbagai rasa yang sangat enak.
Nak cuba buat Kek Batik yang sedap untuk keluarga? Seleksi aneka resipi dibawah ini boleh anda cuba. Pasti puas hati. Jom cuba!
1. Panaskan kuali,dengan api sederhana. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat. 2. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati. 3. Masukkan biskut marie dan kacau sebati anggaran dalam 5-7minit. 4. Lapik plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti. 5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan padatkan. 6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat coklat. Kacau sebati.
Masukkan biskut. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Padamkan api.
Masukkan biskut ke dalam bekas dan tekan hingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya mengeras. Jika suka kek abtik lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk.
Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Pasti Aidlfitri anda kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Selamat mencuba. Ini baru betul-betul raya!
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin
380gm gula halus
500gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin
285gm cawan gula halus
5 biji telur
185gm cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
130gm susu pekat
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
285gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
90gm minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH KERING
BAHAN-BAHAN:
250gm tepun gandum | diayak
190gm gula perang
185gm mentega
180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
40gm kulit limau campuran
60gm ceri | dipotong kecil
5 biji telur | asingkan kuning dan putih
1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
Tambahkan golden syrupdan kaup balikkan lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
185gm tepung gandum
4 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu makan ovalette | jika suka
1/4 sudu teh garam
7 sudu makan susu sejat
1 sudu teh esen vanilla
60gm minyak jagung
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN
BAHAN-BAHAN:
310gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
230gm mentega
190gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
260gm susu pekat manis
80gm buah prun | dicincang kasar
Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak
190gm gula pasir
90gm mentega | dicairkan
180ml air suam
1/2 bungkus yis segera
5 biji telur
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
230gm mentega
260gm susu pekat
380gm gula
375 tepung gandum
85gm serbuk koko
310gm milo
Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
130gm susu pekat
90gm marjerin
5 biji telur
190gm gula pasir
250ml air
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
10. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin
190gm gula halus
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen ros
Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.
Kek Butter atau kek mentega merupakan sejenis kek yang paling mudah dan cepat untuk dibuat. Tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan cara buatnya juga mudah. Inilah sebab ia menjadi. Makan panas-panas memang layan sambil minum kopi ‘O’ panas. Mari kita cuba resipi Kek Butter Unicorn seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
RESIPI KEK BUTTER UNICORN
BAHAN-BAHAN:
1 ketul mentega (pure butter) – beli online 1 1/4 cawan gula kastor (nak manis boleh tambah gula) Sukatan ini tidak manis – beli online 1/4 cawan susu segar 5 biji telur saiz B Sedikit esen vanilla – beli online 2 cawan tepung naik sendiri – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega dan gula. Kalau guna unsalted butter, tambah sedikit garam dalam bahan kering.
2. Masukkan telur satu demi persatu. Setiap kali masukkan telur, pastikan sebati terlebih dahulu baru masukkan yang seterusnya.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu tapi jangan terlebih pukul. Boleh guna spatula sahaja kaup balik sampai habis seli-seli.
4. Masukkan dalam loyang kalau tak nak letak warna. Kalau nak letak warna, bahagikan adunan dan masukkan dalam loyang selang-seli sehingga habis.
5. Panaskan oven. Bakar dengan suhu 160C selama 40 minit atau lebih mengikut oven masing-masing. Siap.
6. Inilah hasilnya. Hidangkan ketika masih panas. Memang sedap!
Kek batik sentiasa digemari orang ramai kerana ia sangat mudah dan lazat! Penggemar kek batik wajib mencuba resipi-resipi kek batik lain dari yang lain ni..Selamat mencuba!
RESIPI KEK BATIK CHEESE
BAHAN-BAHAN (KEK BATIK)
Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
250g mentega
200g Milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan jika mahu manis)
1/4 cawan susu cair
2 biji telur
BAHAN-BAHAN (TOPPING CHEESE)
250g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN
Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula.
Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
Susu pekat setengah cawan (jika suka manis lebihkan, jika tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri)
Serbuk coklat 5 sudu besar & 3 sudu besar serbuk milo
Nestum untuk tabur atas kek
CARA PENYEDIAAN
Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air.
Kacau-kacau dalam 2 minit atau tunggu panas sedikit, masukkan biskut marrie. Gaul bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik-lembik, biarkan lama sedikit.
Sediakan aluminium foil atau kertas putih yang buat kek dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan-tekan kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan.
Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi sedap.
Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam kemudian baru potong. Makan sejuk-sejuk sedap!