Tatkala badan letih dek kerana cuaca panas, memang sedap dan sesuai sangat jika dapat minum Air Sirap Bandung Soda Cincau yang padu ni. Terlalu mudah cara pembuatannya. Malah anak-anak pun boleh buat sendiri dengan senang. Bila diminum, gigit sekali dengan cincau tu, terasa kenikmatannya. Lebih enak lagi bila dihidang sejuk-sejuk. Jom cuba resipi perkongsian saudari Dani J Thang ni. Buat untuk keluarga. Pasti ramai yang suka.
1. Untuk menyediakan Air Sirap Bandung Soda Cincau, ambil cincau dan potong mengikut saiz yang disukai.
2. Masukkan cincau yang telah dipotong tadi ke dalam jug atau bekas yang bersesuaian.
3. Masukkan ice cream soda. Sukatan ini ikut selera, jika mahu buat banyak, lebihkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.
4. Kemudian masukkan susu cair sambil dikacau. Ia bertujuan untuk elak air dari berketul dan berbintil. Jika air bertintil, nampak tak cantik dan kurang menyelerakan.
Ads
5. Seterusnya masukkan ais dan juga sirap dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak sahaja. Kacau hingga sebati.
6. Itu dia… Air Sirap Bandung Soda Cincau paling padu sedia untuk dihidang dan dinikmati. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Air Soya merupakan antara air yang selalu dibeli kalau pergi ke pasar malam. Kalau dah teringin nak minum, boleh saja buat sendiri di rumah. Tentunya lebih segar dan berkhasiat kerana tiada bahan pengawet. Nak tahu cara membuatnya? Jom ikuti perkongsian oleh Asrinna Bakri. Menurutnya, 250gm kacang soya boleh menghasilkan 2 liter Air Soya. Untung kan? Memang puas minum.
AIR SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
250gm kacang soya
Gulα
Daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan rendam kacang soya dalam 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur dan masak keesokan harinya.
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal dan toskan.
3. Step ni PENTING. Kisarkacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.
4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan dengan api sederhana.
5. Masak hingga nak mula mendidih. Tutup api.
6. Masukkan gulα mengikut kemanisan yang dimahukan. Kacau sehingga gula larut. Siap!
Sedapnya buah naga, kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini, cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap. Tak percaya ini RASA kongsikan tiga resipi dessert yang sedap. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba sendiri:-
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga
CARA MEMASAK:
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
Tutupkan api.
Masukkan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
Sejukkan dalam peti sejuk.
KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung kek/superfine
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh pewarna merah
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan buah naga lecek
sedikit buah naga didadu
1 biji telur A
Esen vanila
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.
JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah naga
1 tin aiskrim soda
5 sudu makan susu pekat manis
1 gelas ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
Kupas buah naga dan potong kiub.
Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
Kisar hingga hancur.
Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.
Bulan puasa ni nampak air yang sedap, memang itu jadi rebutan. Nak buat air semudah 1 ,2, 3 , rasa minum dekat kafe bolehlah cuba resipi ni. Kali pertama buat terus jadi, rasa memang sedap sangat.
Nescafe Ais Kaw
Bahan-bahan:
Nescafe
Gula perang
Susu segar
Ais
Cara membuat:
1.Mula-mula mixer nescafe dan gula perang yang dicampur air ( sikit ) sampai jadi foam.
2.Lepas jadi foam tuang nescafe yang dah diadun tadi pada susu.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.