Sajian Thailand sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Contohnya, SiakapMangga ni. Memang sedap dan ramai yang suka. Satu hidangan ni kalau makan di restoran, boleh tahan mahal juga harganya. Jadi apa kata, anda cuba masak sendiri. Saudari Mariana Zainal ada kongsikan resipinya. Sangat ringkas dan pasti menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SIAKAP MANGGA STAIL SIAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan siakap
Tepung jagung
Garam
BAHAN SOS: 1 botol sos pencicah Thai (Maepranom sweet chilli sauce) 1/2 botol sos cili Thai Life 2 rencis kicap masin 1 cawan air 5 biji cili merah – untuk rasa lebih pedas, boleh tambah cili padi siam 5 ulas bawang putih 4-5 akar ketumbar
BAHAN-BAHAN LAIN: Mangga muda – diparut atau dicincang Bawang besar – hiris nipis Cili padi – hiris Cili merah – hiris Daun salad
CARA MEMASAK: 1. Siang ikan siakap dan bersihkan dengan asam jawa. Kemudian lumurkan dengan garam serta tepung jagung dengan secukupnya.
Ads
2. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Untuk membuat sos, tumbuk cili merah, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan juga sos pencicah Thai, sos cili thai, kicap masin dan air. Masak hingga mendidih dan padamkan api.
5. Untuk menghidang Siakap Mangga ini, letak ikan dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad.
Ads
6. Taburkan hirisan mangga, bawang besar, cili padi dan cili merah.
7. Akhir sekali, tuangkan sos yang dimasak tadi. Sedia untuk dinikmati.
Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER
BAHAN-BAHAN
(resipi untuk 2 gelas)
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
Mi kuning | rendam dan celur
Hirisan daging
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur & dihiris
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Puding atau agar-agar cendol, antara dessert popular yang disukai ramai kerana rasanya yang lemak manis dan bila dimakan sejuk, memang sedap yang amat. Kepada yang baru nak mencuba membuatnya ini dikongsikan resipi, anda bolehlah cuba, ia mudah dan gerenti jadi kalau ikut seperti resipi cara membuat yang disertakan.
PUDING CENDOL GULA MELAKA BAHAN-BAHAN:- BAHAN A:
3 bungkus agar-agar serbuk
500ml santan
1500ml air
5 sudu makan gula pasir | boleh tambah atau kurang BAHAN B:
350gm gula Melaka | cincang halus
100ml air BAHAN C:
900gm cendol
CARA MEMBUAT:
Gula Melaka campur dengan air, renehkan hingga gula hancur dan tapiskannya.
Dalam periuk, campurkan bahan A dan B. Masak dengan api sederhana hingga mereneh.
Tutup api, ketepikan hingga wap panasnya hilang. Biarkan suam.
Basahkan acuan dengan lalu masukkan cendol ke dalamnya.
Tuangkan bahan puding yang suam tadi ke dalam acuan dan buarkan ia sejuk.
Kemudian baru masukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.