Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
Ads
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikn jee…
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°° BAHAN-BAHAN :
100gm coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Ads
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkn & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
Ads
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
Kredit: BBOS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Namun agak renyah sebab kena tumis dan sebagainya. Nak lebih mudah? Ha..Ini ada resipi pes nasi ayam perkongsian saudara Paan Selamat yang anda boleh buat. Dengan pes ni, anda tak perlu lagi menumis bahan-bahan. Hanya perlu masukkan pes dan masak nasi seperti biasa. Sangat mudah & sedap! Rugi kalau tak cuba.
PES NASI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
CARA MASAK NASI AYAM GUNA PES
1. Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
2. Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
3. Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
4. Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota:Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
1.Saya guna peria besar. Belah tengah buang biji, tak belah pun tak apa. Hanya korek biji guna pisau atau sudu besi.
2. Kemudian, potong nipis-nipis ya. Nak guna pisau pun boleh, sagat pun boleh. Sagat bagi nipis ya, sebab kalau tebal nanti tak rangup.
3. Apabila dah siap sagat, rendam dengan air garam selama 1 jam. 4. Lepas 1 jam, basuh peria bersih-bersih, bagi hilang rasa pahit-pahit dan toskan peria.
5. Sediakan bancuhan tepung untuk salut peria. Kemudian, masukkan peria. Bagi rata-rata tepung pada peria.
6. Tapiskan peria yang disalut tepung. Kena tapis supaya tepung tak tebal sangat masa nak goreng.
7. Dah siap tapis, boleh masukkan ke dalam minyak. Goreng sehingga nampak kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Dah sejuk boleh makan. Kalau nak isi dalam balang, pastikan sejuk dulu ya.
Jika kamu penggemar spageti carbonara pastikan mencuba 3 resipi baru dari MAGGI® Cukup Rasa ni. Rasanya lemak berkrim, sangat mudah disediakan dan sedap dinikmati ketika dihidang panas, pastikan ianya menjadi pilihan seisi keluarga.
SPAGHETI CARBONARA AYAM DAN BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
200 gram dada ayam | hiris nipis memanjang
150 gram brokoli | potong kecil & celur
1 sudu makan minyak zaitun
5 biji kuning telur
¾ cawan krim masakan
1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
80 gram parutan keju parmesan
1 sudu teh cincangan daun parsley
CARA MEMASAK:
Tabur satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa pada hirisan ayam dan perap sebentar.
Spaghetti dicelur hingga al-dente (empuk tapi tidak lembik). Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk supaya kekal suam.
Di dalam kuali, panaskan minyak zaitun.Tumis hirisanayam hingga lembut. Ketepikan.
Di dalam mangkuk yang besar, pukul kuning telur bersama krim menggunakan ‘hand whisk’. Tambah 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa, parutan keju dan cincangan daun parsley. Gaul sebati dan sesuaikan rasanya.
Tuang bancuhan telur ke dalam periuk berisi spaghetti yang sudah dicelur tadi bersama brokoli dan ayam yang telah digoreng.
Gaul semua bahan hingga sebati dan hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Ketika merebus spaghetti, pastikan anda tidak rebus secara berlebihan. Cukup sekadar lembut (al-dente) dan renjiskan dengan minyak zaitun untuk mengelak spaghetti melekat.
Saiz hidangan: 6-8 orang.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Rebus dan tumis.
SPAGHETI CARBONARA PEPPERONI
BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
8 -10 keping pepperoni ayam/daging |potong kecil
1 cawan krim masakan
½ cawan parutan keju | mozzarella/cheddar/parmesan
1 biji telur
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
Campuran herba Itali kering
1 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Didihkan 1.5 liter air bersama 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
Apabila air mendidih, masukkan spaghetti lalu rebus hingga al-dente dan toskan. Simpan air rebusan pasta.
Panaskan satu sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan pepperoni dan goreng hingga keperangan.
Masukkan cincangan bawang dan tumis hingga naik bau.
Masukkan pasta, 4 sudu makan air rebusan pasta, herba kering dan satu 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Masak 2 minit lagi.
Sementara itu, di dalam mangkuk, satukan krim masakan bersama telur dan parutan keju. Kacau rata lalu tuangkan ke atas spaghetti . Gaul sebati dan hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Pastikan spaghetti yang telah direbus berada dalam keadaan suam (warm). Ini kerana bancuhan telur yang tidak dimasak nanti akan masak dengan sendirinya ketika dicampur dalam spaghetti rebus yang masih suam. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.
Saiz hidangan: 6-8 orang.
Waktu memasak : 20 minit.
Cara memasak : Rebus dan tumis.
SPAGHETI CARBONARA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 peket spaghetti | dicelur dan ditoskan
10 ekor udang (size sederhana) | bersihkan/buang kulit
300 ml krim masakan
60 gram parutan keju parmesan
50 gram mentega
4 biji kuning telur
1 sudu teh chilli flakes
1 sudu teh Italian herbs kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
Daun basil | hiasan
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak dalam periuk bersama 1 sudu tehMAGGI® Cukup Rasa. Rebus spaghetti hingga lembut kemudian toskan. Letak spaghetti kembali ke dalam periuk supaya kekal suam.
Di dalam kuali, cairkan mentega lalu goreng udang bersama ½ sudu teh MAGGI® Cukup Rasa hingga udang bertukar warna (jangan terlebih masak). Ketepikan.
Di dalam mangkuk, pukul kuning telur bersama krim masakan hingga sebati. Masukkan parutan keju parmesan, tambah chilli flakes, lada sulah dan lada hitam, sesuaikan rasanya dan gaul sebati.
Tuang bancuhan telur bersama udang goreng ke dalam periuk berisi spaghetti rebus tadi.
Panaskan sebentar di atas api (10-15 saat) lalu gaul sebati. Masukkan daun basil dan gaul. Hidangkan segera.
TIPS DI DAPUR: Udang handaklah digoreng sebentar sahaja. Jika digoreng berlebihan udang akan menjadi liat dan hilang nutrisinya. Selain udang, boleh juga gantikan dengan makanan laut jenis lain seperti kepah, sotong atau lala. Boleh ditambah dengan sayuran seperti asparagus, lobak merah dan brokoli yang telah dikukus supaya makanan lebih seimbang dan memenuhi nutrisi dalam badan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...