Sedapnya makan popia sira untuk minum petang. Dapat pula yang rangup. Ada rahsia nak buat sambal sira bagi keras dan melekat pada popia bila dah sejuk, tanpa buatkan popia jadi lembik walaupun kita tambah air pada sambal. Ikut petua yang dikongsikan ini gerenti makan popia sira anda rasa krup krap rangup.
Popia Sira Garing
Bahan A
1 plastik kulit popia (50 keping)
Bahan B Inti
RM 2 taugeh
2 batang lobak- hiris panjang dan tapis bagi air tersejat. Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan. If korang masak, makin layulah sayur tu bila goreng nanti.
Bahan C
Segenggam cili kering 668(pedas)
atau
Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik) atau nak campur keduanya pun boleh.
Ads
Gunting dan blend dengan air.
*memang tak ada bawang. Jimat kos kalau nak meniaga ni.
Cara membuat:
1.Balut popia dengan inti sayur. Lipat je, macam lipat kain.Buat gam dia, pakai air atau bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan air bagi likat dah boleh jadi gam.
2.Kemudian nak goreng popia tu, apinya sederhana. Masak hingga kekuningan dan tos minyak.
3.Untuk sambal, masak cili dulu dengan minyak, sampai betul pecah minyak. Kemudian masukkan 3 sudu besar gula batu dan 6 sudu besar gula pasir.
*Inilah rahsianya guna gula batu. Kacau hingga berbuih-buih
Ads
(Ikutlah korang nak tambah garam atau cuka setitik dua, akan buatkan sos sira lagi sedap sebab seimbangkan rasa masam, masin dan manis)
*Ada yang kata, air penyebab popia jadi lembik. Sebenarnya tak.
4.Bila dah berbuih, tutup api, masukkan terus popia tu. Eh tak lembik ke popia tu kak masuk time panas? Tak sebab akak dah eksperimen.Tapi kalau nak masukkan popia masa sambal dah suam sikit pun boleh. Cuma jangan masuk time sos sira sejuk, sebab sos sira akan mengeras nanti. Susah pulak nak salut dekat popia.
5.Lepas gaul, taburkan bijan.
6.Nak masukkan dalam bekas, tunggu sejuk dulu sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.
*Rahsia yang sama juga digunakan untuk kuih keria, pakai gula batu.
Popia basah memang sedap. Kombinasi kulit yang lembut, inti serta sos yang enak menjadikan hidangan ini antara yang dicari bila ke pasar malam. Nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni antara yang mudah dan terbaik yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, tambah sedikit air. Tutup dan perap selama 30 minit.
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper atau non-stick. Ambil sejemput adunan tepung tadi dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
Biar seketika dan angkat kulit popia perlahan-lahan dengan menariknya dari tepi. Ulang proses hingga habis.
Kulit popia ini boleh ditindan kerana ia tidak melekat.
BAHAN SOS POPIA:
12-14 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar dengan 1 cawan air.
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT SOS:
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Tambahkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak guna api perlahan hingga pekat.
Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat.
BAHAN INTI POPIA:
Sengkuang – hiris nipis/memanjang
Tauge – dibersihkan
1/2 biji kubis – racik halus
1 batang lobak merah – hiris memanjang
Segenggam udang – buang kepala dan ekor. Potong kecil
1/2 biji bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
Sedikit udang kering – tumbuk halus
Garam secukupnya
2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN INTI:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi dengan menggunakan api sederhana.
Masukkan lobak merah dan kubis. Kacau hingga layu.
Tambahkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. Pastikan inti dimasak sekejap sahaja. Angkat.
BAHAN TABUR:
Kacang tanah – disangai, dibuang kulit dan ditumbuk
Udang geragau kering – disangai dan ditumbuk halus
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
2. Letakkan inti dengan secukupnya. Gulung kemas. Buat sampai semua bahan habis.
3. Tuang sos diatas popia dan taburkan bahan tabur secukupnya.
Kuih keria antara kuih tradisional yang tak pernah lapuk dek zaman. Tapi versi kuih keria ubi kentang ni lain macam lembutnya! Campuran ubi kentang menjadikan teksturnya lebih gebu, lembut di dalam tapi tetap rangup di luar bila digoreng. Ditambah pula dengan salutan gula yang berkilat dan manis seimbang, memang perfect dijadikan menu sarapan atau minum petang.
Kalau sebelum ni anda pernah gagal buat kuih keria sebab keras atau gula tak melekat, kali ni jom ikut resipi ni betul-betul. Confirm jadi!
KUIH KERIA UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN KERIA UBI KENTANG
8 biji ubi kentang – kupas rebus dan lenyek
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega
1-2 cawan tepung gandum
BAHAN SALUTAN
6 sudu besar gula
6 sudu besar air
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Tip Menjadi:
✅ Lenyek ubi semasa masih panas supaya doh tak berketul. ✅ Jangan tambah tepung terlalu banyak – nanti keras. ✅ Guna gula pasir biasa, jangan gula perang untuk salutan.
Kuih keria ubi kentang ni bukan sekadar sedap — tapi juga lebih gebu, ringan dan tak muak. Kalau nak jual pun laku keras sebab teksturnya lembut dan gula dia berkilat cantik! Cuba hari ni, confirm ramai tanya resipi.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Cuba resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau yang rangup, wangi dan pedas memikat. Rahsia rangup sempurna & cara memasak yang mudah, sesuai untuk snek atau lauk harian.