
Perasan tak kalau korang ke kedai Mamak, bau ayam gorengnya menusuk ke hidup. Kalau pergi kaunter makanan, mesti teringin nak pilih ayam goreng yang beraroma wangi ni
Dahlah rangup ada rasa rempah yang cukup sedap. Apa rahsia resipi mamak ni yang mencipta ayam goreng yang lain macam lazatnya
Jom kita dedahkan dan kongsi resepi ini.
AYAM GORENG MAMAK
.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK :
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
.
Mudah aje kan, bolehlah goreng sendiri.
.
Kredit resepi ini tidak dapat dikenal pasti.
Via FB : Ilham Resepi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best

Singgang Daging merupakan sajian tradisi orang Kelantan. Daging yang direbus dan dimasak bersama bahan-bahan yang serba ringkas sahaja namun kombinasi rasanya yang masam, masin dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini sangat enak sekali. Selain daging singgang juga boleh dimasak menggunakan ikan atau ayam, namun sedikit berbeza dari segi bahan yang digunakan. Nak cuba masak Singgang Daging untuk keluarga? Saudari Tengku Syazwanie ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging – hiris nipis
1 inci halia – hiris
1 inci lengkuas – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil – beli online disini
1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar – beli online disini
2 keping asam gelugur – beli online disini
1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.
2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.
3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.
4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pulut Kuning & Rendang Ayam Mak, Sekali Masak Dapat 30 Bekas
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Mudah, Simple & Sedap. Resipi Kuih Cakoi Goreng Hanya Guna 4 Bahan
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
- Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
- 6 keping keju
- 1 kiub ayam
- 6 sudu besar susu tepung
- Air secukupnya ikut kepekatan
- 4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
- Sedikit daun parsley kering
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
7 Aneka Sayur Masak Bening, Menu Ringkas Mudah Dimasak

Isi Kandungan
ToggleAda kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk manis
- 100gm labu | dipotong dadu
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 biji cili padi
- 1 liter air
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
- Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
- Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
- Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat bayam merah | dibersihkan
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 hiris halia
- Garam secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
- Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji petola | kupas dan hiris
- 4 ulas bawang merah | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 2 sudu makan udang kering | direndam air
- 15gm suhun | direndam
- 1 biji cili merah | dihiris
- 500ml air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
- Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
- Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
- Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kubis | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- 50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah - 1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
- Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1 ulas bawang putih
- Segengam udang basah
- 1 biji cili merah | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
- Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
- Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
- 2 batang serai | dititik
- 4 biji cili padi | dipecah sedikit
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 1 liter air
- Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
- Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
- Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat daun belinjau
- 1 sudu makan ikan bilis
- 2 biji bawang merah | dimayang
- 1 ulas bawang putih | dimayang
- Sedikit suhun
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
- Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
- Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN