Dalam suasana perayaan yang masih lagi terasa, tentu ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim. Tidak kira sama ada menggunakan khidmat katering mahu pun masak sendiri, namun pasti tuan rumah ingin menyediakan hidangan lengkap untuk santapan para tetamu yang berkunjung. Jadi, sudah pasti hidangan tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Terdapat pelbagai jenis pemanis mulut termasuklah aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Kami kongsi 10 jenis puding yang boleh mungkin boleh anda pertimbangkan sebagai sajian di majlis rumah terbuka anda nanti.

 

1. PUDING KELAPA DAN RASPBERI  

 Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN A (PUDING SANTAN):

  • 210ml santan
  • 90gm gula
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar

 

BAHAN-BAHAN B (PUDING AIR KELAPA):

  • 210ml air kelapa
  • 90gm gula
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar

 

BAHAN LAIN:

  • Buah raspberi secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api dan teruskan mengacau hingga tiga minit. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang diingini, hanya separuh bekas sahaja. Sejukkan di dalam peti ais selama empat minit. Ketepikan.
  2. Di dalam periuk yang lain, satukan bahan B dan masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Matikan api dan ketepikan untuk disejukkan seketika pada suhu bilik.
  3. Setelah adunan tadi sedikit menyejuk, tuang sedikit adunan ke atas puding santan yang sudah mengeras tadi.
  4. Letakkan sebiji raspberi.
  5. Simpan di dalam peti ais selama satu jam sebelum dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika mahu rasa raspberi yang lebih kuat, boleh dihancurkan dan dimasak bersama bahan B.

 

 

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

 

2. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN

 Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN A (PUDING):

  • 1 1/2 cawan susu segar
  • ½ cawan air kelapa
  • 5 sudu makan isi buah kundang
  • 5 sudu makan isi buah oren
  • 100gm chia seed
  • 1 sudu makan madu
  • 5 sudu makan gula

 

BAHAN B (TOPPING):

  • 50gm isi buah kundang | potong kasar
  • 50gm isi buah oren | potong kasar
  • 3 sudu makan gula

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  3. Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
  4. Untuk menghidang, letakkan toppingdi atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.

 

INFO CHEF: Untuk yang sedang berdiet, boleh tukarkan susu segar kepada susu rendah lemak dan gula kepada madu.

 

 

 

3. PUDING KEK COKLAT DAN KARAMEL

 Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • 360ml air
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
  • 3 sudu makan tepung kastard (bancuh dengan tiga sudu makan air)
  • 70gm gula
  • 90ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50ml sos karamel
  • Cebisan kek coklat secukupnya

 

Cara Menyusun Kek:

  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanila. Kacau hingga pekat.
  3. Tuangkan hampir separuh adunan ke dalam mangkuk berasingan. Campurkan karamel ke dalam adunan tadi. Kacau rata dan ketepikan.
  4. Sediakan loyang. Masukkan/susunkan cebisan kek tadi.
  5. Tuangkan baki adunan ke dalamnya. Sejukkan di dalam peti ais seketika sehingga bahagian atas sedikit keras.
  6. Setelah puding sudah sedikit keras di atasnya, tuangkan adunan karamel. Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan.Bentukkan mengikut cita rasa anda sendiri.

 

IKLAN

INFO CHEF: Kek coklat boleh digantikan dengan apa-apa jenis kek.

 

 

 

 

4. PUDING SENGKUANG CINA DAN NANGKA

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • 400ml santan kotak
  • 90gm gula kastor
  • 5gm serbuk agar-agar
  • 125gm nangka | dipotong kiub kecil
  • 125gm sengkuang Cina | kupas dan potong kiub kecil
  • Air secukupnya
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, gula, garam dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Masak dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan.
  2. Masukkan sengkuang Cina ke dalam periuk kecil, isikan air hingga sengkuang Cina tenggelam sedikit. Masukkan 1 sudu makan gula dan pewarna merah. Masak hingga gula larut. Toskan.
  3. Isikan nangka dan sengkuang Cina ke dalam bekas secara sama rata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam bekas berisi nangka dan sengkuang Cina tadi.
  5. Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan. Boleh hias dengan hirisan nangka di atasnya.

 

INFO CHEF: Puding ini diadaptasi daripada resipi manisan Thai “Tub Tim Grob” .

 

 

 

 

5. PUDING AISKRIM OREO

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN :

  • 8gm serbuk agar-agar
  • 100gm gula
  • 500gm air
  • 250gm krim putar
  • 200gm susu segar
  • 4 sudu makan aiskrim vanila
  • 200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut

 

CARA MEMASAK :

  1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
  4. Keluarkan dan sedia dinikmati.

 

 

IKLAN

INFO CHEF : Untuk hidangan yang lebih menarik, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental, paipkan ke atas puding dan hiaskan dengan biskut Oreo sebagai hiasan.

 

 

6. PUDING COKLAT HERSHEY’S

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm gula
  • 400ml susu penuh krim
  • 30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar
  • 1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
  • ½ sudu makan coklat Hershey’s

 

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit krim putar
  • Sedikit kepingan coklat

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
  2. Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
  3. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  5. Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
  6. Sedia dinikmati ketika sejuk.

 

Info chef: Hiaskan dengan kepingan coklat dan sedikit parutan coklat untuk lebih menarik.

 

 

7. PUDING SUMI KASTARD

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • *10gm serbuk agar-agar
  • *200gm gula pasir
  • *1000gm air
  • *4 sudu makan tepung kastard
  • *400gm susu cair (1 tin)
  • 1 bungkus sumi atau secukupnya

 

BAHAN UNTUK SOS KASTARD:

  • 400ml susu cair
  • 200ml air
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan tepung kastrd
  • 1 sudu teh esen vanila

 

CARA MEMASAK:

  1. Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
  2. Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agar-agar larut.
  3. Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
  4. Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
  5. Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.
  6. Hiaskan dengan stawberi segar untuk warna yang lebih menarik.

 

 

IKLAN

INFO CHEF : Tujuan sumi dibekukan adalah untuk mengelakkan sumi mencair apabila kastard panas dituang.

 

 

8. PUDING MANGGA KEJU

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm krim keju | suhu bilik
  • 60gm gula kastor
  • 140gm yogurt
  • 150gm krim putar
  • 1 ½ sudu makan gelatin
  • 125gm air sejuk
  • 2 biji mangga |potong dadu
  • 250gm puri mangga (mango filling)

 

CARA MEMASAK:

  1. Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
  2. Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
  3. Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
  4. Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.

 

 

INFO CHEF : Puri mangga boleh dibeli di kedai menjual keperluan bakeri atau dibuat dengan mengisar buah mangga & dimasak seketika di atas api. Tambah gula sedikit dan tepung jagung untuk memekatkannya.

 

 

 

9. PUDING PADDLE POP

Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah    

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan susu tepung
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh serbuk agar-agar
  • 1000ml air
  • ½ cawan gula halus
  • Pewarna dan perisa makanan /esen makanan
  • (Strawberry paste/emulco, Pandan paste, mangga)

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air ke dalam periuk dan kacau rata.
  2. Pastikan ia dimasak sehingga mendidih.
  3. Bahagikan  kepada beberapa warna dan letakkan perisa. Sebagai contoh  pewarna kuning untuk mangga, pink dengan strawberi, hijau dengan pandan atau epal.
  4. Tuang satu adunan satu perisa/warna ke dalam botol dan sejukkan.
  5. Jika ingin pelbagai lapisan warna dalam satu botol; tuangkan satu lapisan warna contohnya kuning dan sejukkan. Bila lapisan tersebut mengeras tuangkan pula lapisan yang lain dan ulang proses tersebut sehingga habis.

 

Info chef: Anda boleh membuat lapisan pelbagai warna dalam satu botol atau satu warna sahaja untuk setiap botol. Terpulang pada cita rasa anda.

 

 

 

10. PUDING BLUEBERI

 Puding Warna Warni Raya, Betul-Betul Meriah

BAHAN-BAHAN:

  • 5gm serbuk agar-agar
  • 2 ½ cawan air
  • 4 sudu makan gula
  • 200ml susu cair/ susu segar
  • 300gm buah blueberi

 

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit krim putar
  • Sedikit buah blueberi
  • Sedikit daun pudina

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
  2. Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
  4. Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
  5. Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
  6. sedia dinikmati.

Info chef: Sedap dimakan ketika sejuk.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI