Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Begitu juga jika anda ada beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak. Dari dibiarkan kering, lebih baik dijadikan serbuk kunyit. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.
CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah.
2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.
Ads
3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.
4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.
Ads
5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi peria goreng yang rangup dan sedap. Peria goreng memang sedap dijadikan pelengkap kepada lauk sedia ada. Buat nipis-nipis dan digoreng rangup, memang sedap.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
1 biji peria (potong nipis)
2 cawan air
2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung Bestari pedas
4 sudu besar tepung Bestari asli
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Peria dipotong nipis-nipis. Kemudian rendam dalam air garam selama 30 minit.
2. Selepas direndam dalam air garam, tapiskan peria tadi dan cuci dengan air biasa. Toskan. Biarkan peria betul-betul kering.
3. Dalam mangkuk, masukkan tepung Bestari pedas, tepung Bestari asli, tepung beras dan serbuk kari. Gaul biar sebati seketika.
4. Masukkan peria. Gaul peria supaya bersalut tepung dengan rata.
5. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Minyak biar banyak.
6. Masukkan peria satu per satu supaya tidak melekat ketika digoreng. Goreng sampai kekuningan. Angkat. Ulangi langkah ini sehingga habis semua peria digoreng.
Umum tauhu memang kaya dengan protein, dan ada pelbagai jenis tauhu di pasaran. Bagusnya, tauhu enak dipelbagaikan cara memasak. Antara menu yang korang semua boleh cuba adalah Tauhu Telur Goreng Bersama Daging Kisar. Cara memasaknya senang dan rasa memang sedap. Tak rugi korang mencubanya.
.
TAUHU TELUR GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu merupakan hidangan sayur yang sangat ringkas tetapi cukup menyelerakan. Kuahnya yang berlemak dan berkrim daripada santan digabungkan dengan tauge yang rangup serta tauhu yang lembut, menjadikan menu ini sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.
Walaupun bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya tidak rumit, rasa yang terhasil memang padu. Tambahan ikan bilis serta serbuk lada hitam menaikkan aroma dan memberikan rasa yang lebih seimbang. Jom cuba resipi Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu ini di rumah!
1. Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana.
2. Masukkan hirisan bawang merah, ikan bilis, cili merah, tauhu dan santan. Kacau perlahan supaya santan sebati dan tidak pecah minyak.
3. Bila kuah hampir panas, masukkan tauge dan juga kucai yang telah dipotong. Kacau lagi supaya semua bahan bercampur rata.
4. Masukkan garam secukupnya bersama serbuk pati ikan bilis dan juga serbuk lada hitam. Jika suka pedas, boleh lebihkan sedikit serbuk lada hitam mengikut cita rasa.
5. Masak dan kacau sayur hingga kuahnya mendidih perlahan. Jangan terlalu lama supaya tauge kekal rangup dan tidak layu berlebihan.
Angkat dan sedia untuk dinikmati. Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu ini paling enak dimakan panas-panas sebagai lauk sampingan atau digandingkan dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Untuk mendapatkan hasil Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu yang cantik dan berkrim, gunakan api sederhana kecil selepas santan dimasukkan. Elakkan api terlalu besar kerana ia boleh menyebabkan santan pecah dan kuah menjadi kurang menarik.
Kacau secara konsisten ketika proses memasak, terutama selepas santan dimasukkan. Ini membantu kuah masak sekata dan memastikan rasa lebih seimbang.
Selain itu, masukkan tauge pada peringkat akhir supaya teksturnya kekal segar dan rangup. Inilah rahsia utama menjadikan Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu lebih sedap dan tidak lembik.
Masak Lemak Putih Tauge & Tauhu sangat sesuai untuk anda yang mahukan lauk sayur yang cepat, jimat dan berkhasiat. Gabungan tauge, tauhu dan kucai memberikan sumber protein tumbuhan serta serat yang baik untuk kesihatan.
Resipi ini juga fleksibel. Anda boleh tambah udang, suhun atau lobak merah jika mahu variasi. Namun versi asalnya yang ringkas tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang lembut, berlemak dan tidak muak.
Jika anda mencari menu kampung yang mudah tetapi tetap membuka selera, inilah hidangan yang patut ada dalam senarai masakan harian anda.c