Puding Enak Pelengkap Hidangan Berbuka

Puding enak pelengkap hidangan berbuka. Sedapnya kalau dapat makan puding waktu berbuka. Terasa sejuk dan nyaman tekak.

Dikongsikan tiga resipi puding yang sedap dan taklah susah sangat nak membuatnya. Selamat mencuba!

Puding Enak Pelengkap Hidangan Berbuka

 PUDING MANGGA KEJU

Puding Enak Pelengkap Hidangan Bebuka

BAHAN-BAHAN:

250gm krim keju | suhu bilik

60gm gula kastor – boleh beli online di sini

140gm yogurt – boleh beli online di sini

150gm krim putar

1 ½ sudu makan gelatin

125gm air sejuk

2 biji mangga |potong dadu

250gm puri mangga (mango filling)

CARA MEMASAK:

  1. Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
  2. Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
  3. Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
  4. Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.

PUDING PISANG COKLAT

Puding Enak Pelengkap Hidangan Bebuka

BAHAN-BAHAN:

UNTUK MEMBUAT LAPISAN PUDING COKLAT:

500gm susu segar

80gm gula halus – boleh beli online di sini

IKLAN

25gm mentega – boleh beli online di sini

120gm coklat hitam | dipotong kecil

25gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit susu

UNTUK MEMBUAT LAPISAN KASTARD PISANG

5 biji pisang emas | kupas dan potong kecil

200gm gula – boleh beli online di sini

1 sudu makan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini

500gm susu segar

4 biji kuning telur

IKLAN

2 sudu makan mentega

1 sudu teh esen perasa pisang

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
  3. Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
  4. Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.

PUDING AISKRIM OREO

Puding Enak Pelengkap Hidangan Bebuka

BAHAN-BAHAN:

8gm serbuk agar-agar

100gm gula – boleh beli online di sini

500gm air

250gm krim putar

200gm susu segar

4 sudu makan aiskrim vanila

IKLAN

200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut

CARA MEMASAK:

  1. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
  2. Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
  3. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
  4. Keluarkan dan sedia dinikmati.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Mudah Buat Puding Mangga Sedap & Menarik, Memang Menjadi!

 

Resipi Cheesetart Gebu, Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Mudahnya Buat Puding Triffle Versi Mini, Enak Dimakan Sejuk

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI