Sajian istimewa ini adalah salah satu pemanis mulut yang disukai ramai. Rasanya yang enak buat nak rasa berkali-kali. Biasanya puding enak dimakan bila disimpan di dalam peti sejuk. Ramai yang menyukainya kerana aroma yang wangi, tekstur lembut dan rasa manis.
Puding Bakar
Bahan-bahan:
3 bungkus serbuk agar-agar
300gm gula pasir (kalau suka manis gunakan 325-350)
1200ml susu
5 biji telur
1 sudu teh vanila
50gm tepung gandum
20gm tepung jagung
100gm marjerin -cairkan
1 sudu makan serbuk coklat + 3 sudu makan air panas, kacau rata hingga berbentuk pasta (optional)
Cara memasak:
1. Campur agar-agar dengan sebahagian gula dan sebahagian susu. Masak hingga mendidih lalu tuang susu.
Kacau rata
2. Kacau telur, vanila dan gula hingga mengembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan marjerin cair.
Kacau hingga rata.
3. Tuang adunan susu, kacau rata memakai spatula lalu ditapis.
4. Ambil 1/3 adunan, campur dengan coklat. Gaul rata
5. Tuang adunan ke loyang / ramekin yang dioles marjerin secara berganti dengan coklat.
Letakkan di loyang dasar yang diisi air (steam bake / au bain marie)
6. Panaskan hingga suhu 160’C,bakar hingga 60 minit.
7.Angkat dan sejukkan baru dipotong-potong.
Kredit: @bundnina_kitchen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Paprik Ayam Sedap Macam Beli Di Restoran Siam.
Hidangan menu Paprik memang sedap. Tidak kiralah jika ianya menggunakan ayam, daging, makanan laut atau belut, semuanya memang enak. Kuah berperisa yang separa pekat dan dicampur dengan pelbagai jenis sayuran ternyata digemari ramai. Nak cuba masak menu sedap ni hari ni? Resipi Ayam Paprik Thai perkongsian saudari HasnieZa Nor antara yang mudah dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI AYAM PAPRIK THAI
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil
- 1 biji bawang besar – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 inci halia – tumbuk
- 1-2 batang serai -ketuk
- 4-5 helai daun limau purut
- 3 biji cili merah – tumbuk
- Hirisan lobak merah secukupnya
- Bunga kubis secukupnya
- Kacang panjang secukupnya
- Hirisan timun secukupnya – buang empulur
- Ketiak jagung @ baby corn secukupnya – hiris
- 1 sudu makan cili kering kisar
- Sos cili thai secukupnya
- Sos tiram secukupnya
- Pes tomyam secukupnya
- Gula dan garam secukup rasa
- 1 sudu makan tepung jagung
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili merah dan sedikit hirisan bawang besar hingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kering kisar, sedikit pes tomyam, daun limau purut dan serai. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos cili thai dan sos tiram secukupnya.
4. Tambahkan ayam yang dipotong kecil. Jika mahukan paprik yang berkuah seperti dalam gambar diatas, masukkan sedikit air. Kacau rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
5. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Boleh abaikan jika tiada.
6. Seterusnya masukkan semua hirisan sayur. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
7. Sayur tidak perlu dimasak lama kerana jika lembik dan layu, rasa paprik jadi kurang enak.
Kredit resipi & foto: HasnieZa Nor
Petua Buat Kuih Nona Manis Yang Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan.
Kuih Nona Manis ni memang jadi kegemaran ramai. Kuih yang lembut, berlemak dan tidak terlalu manis. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa. Ada yang nak belajar buat kuih ni? Saudari Ariana Sofia Ahmad kongsikan respi bersama tip supaya kuih Nona Manis ni nampak licin dan cantik. Jom cuba
CARA BUAT KUIH NONA MANIS YANG SEDAP
BAHAN A (STEP 1)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur
BAHAN B (STEP 2)
- 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
- 1/2 cawan santan
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh pewarna hijau
BAHAN C (STEP 3)
- 2 cawan santan
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
NOTA: Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.
CARA MEMASAK:
1. Untuk step pertama, kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau tiada pengisar, boleh guna pemukul tangan.
2. Bila sudah siap, ketepikan.
3. Step kedua, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
5. Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.
6. Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.
7. Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan. Bila dah sejuk, tapis dan letak dalam botol.
8. Step ketiga pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.
9. Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
10. Boleh letak dalam botol begini.
11. Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tidak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.
12. Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau ke dalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.
13. Tip untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin ialah anda kena bungkus loyang. Buat lubang di sekeliling loyang dengan cucuk guna lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh atas kuih. Boleh buat banyak lubang. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
14. Bila kuih sudah masak, tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan.
15. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad
Nak beli BLENDER baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan jenama.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Aneka Pencuci Mulut Sedap & Menyejukkan Badan
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Luar Biasa! Selain Aroma & Penyedap Masakan Daun Salam Banyak Khasiat Tau!
Ada sesetengah orang masih tak tahu apa tu daun salam selalu sebut ‘Bay Leaf’ rupanya daun yang sama jer sebenarnya. Daun ni banyak tumbuh di pekarangan rumah kampung mahu pun dikebun. Kegunaannya sudah dikenali dari zaman dulu lagi sebagai ramuan masakan khas serata asia. Selain dijadikan penyedap dalam masakan kerana aromanya, manfaat daun salam bagi kesihatan juga sudah banyak dibuktikan melalui penyelidikan.
Daun salam juga berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kolesterol, mengubati diare, mengatasi maag, diabetes, dan membantu menurunkan berat badan. Jadi, sudah terbukti dan teruji khasiat daun salam tidak terbatas penggunaannya bukan hanya dalam masakan saja.
Daun Salam Penyedap Masakan
Aroma daun salam sangat khas. Penambahan daun salam dalam masakan dapat memberikan rasa meruntun kalbu. Daun salam masih boleh digunakan meskipun telah layu atau bahkan kering. Aromanya tetap sedap.
GULAI NANGKA DAUN SALAM
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg nangka muda, didadu sederhana besar
500 g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3 batang serai, dititik
4 helai daun salam yang telah dikeringkan
1 liter santan cair
300 ml pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
4 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
5 biji cili merah*
1/2 camca teh lada hitam*
1/2 inci belacan*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan biar daging kecut. Masukkan nangka muda tadi, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih.
- Masukkan daun salam dan terus memasak hingga nangka 3/4 lembut. Masukkan asam gelugor, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula sebagai pemangkin (sesapa nak guna serbuk perasa pun ok).
- Masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sekali sekala hingga nangka empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang kan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin…..hmmmmm…
Ok atas permintaan, mat pun memasak lah satu resipi yang rasanya dah letak juga dulu kat sini, cuma versi yang ini mat letak”daun salam”, ianya begitu sinonim dengan orang2 Indonesia, sebab mereka menggunakannya begitu meluas dalam masakan, terutama masakan “Guddeg”. Dulu ada orang kata daun salam = bay leaf, tapi tak sama langsung, mungkin dari segi rasa tu ada sikit2 kesamaan, boleh juga lah dikatakan ianya bay leaf versi asia. Untuk kali ni mat campur kan daging sebagai perencah….psttt…daun kering dalam gulai tu, daun salam yeaa..bukan daun kering yang jatuh dibawa angin…hehehe..
Kongsi resipi: tiffinbiru / Dapur tanpa sempadan
Penggunaan daun salam ini juga sesuai untuk pelbagai jenis masakan masak lemak seperti di link ini… Jom cuba!
10 Resipi Masak Lemak Paling Ringkas & Sedap Yang Geng Mak-Mak Boleh Siapkan Kurang Dari 30 Minit.