Ketam merupakan antara menu makanan laut kegemaran ramai. Ia boleh dihidangkan dalam pelbagai gaya serta cara masakan. Dengan isinya yang manis, ditambah dengan rasa pedas, masin memang bertambah-tambah lah nasi kan? Jom kita cuba koleksi resipi ni, confirm puas hati!

MASAK LEMAK KETAM NANAS

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

 BAHAN-BAHAN

  • 1.5 kg ketam merah saiz sederhana (lebih kurang 10 ekor)
  • 1 biji nanas madu – dihiris nipis (guna nanas biasa pun boleh, tapi pilih yang masak)
  • 5 batang serai (dititik)
  • ½ biji cili epal hijau (cili benggala) – dipotong memanjang
  • 2 helai daun kunyit – disiat dan disimpul
  • 1 kg pati santan (ambil 1 cawan pati santan dan campur 1 cawan air untuk dijadikan santan cair)
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula, dan serbuk perasa

BAHAN-BAHAN (DIKISAR HALUS)

  • 40 gram kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar India
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 gram halia
  • 5 biji cili padi merah
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Ketam disiang dan dibasuh bersih. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah dikisar, serai, dan asam gelugor. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih dan ketam bertukar warna.
  2.  Tuangkan santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
  3. Masukkan nanas. Selepas nanas lembut, tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa jika suka. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. Akhir sekali masukkan cili epal hijau dan tutup api.

Kredit resipi & foto: Kak Noor

KETAM GORENG TELUR MASIN

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN:

  • Ketam
  • Sedikit tepung jagung
  • Telur masin direbus
  • Daun kari
  • Cili padi ikut kepedasan masing-masing
  • 2 sudu makan mentega
  • Susu cair | anggaran 1/2 cawan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit gula

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
  2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
  5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
  6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi.
  7. Ok siap! Sedia dimakan dengan nasi panas.

Kredit resipi & foto: Izzati Insyirah Rosli

KETAM REBUS KETUK SERAI

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ketam- belah dua
  • 2 batang serai- diketuk
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Air- dalam 1 1/2 – 2 gelas
  • Garam- dalam 1/2 sudu kecil
  • Gula- dalam 1 1/2 sudu kecil (rasanya mesti manis masin)

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan ketam ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai, bawang putih, garam dan gula.
  3. Masukkan air.
  4. Rebus hingga menggelegak dan ketam masak.
  5. Siap.

Kredit resipi & foto: Cik Wan

CHILLI CRAB

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
  • *2 labu bawang besar – saiz sederhana
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 batang serai
  • *1 inci halia
  • 5-6 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu kecil rempah kari ikan
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji telur
  • Minyak

CARA PENYEDIAAN

  1. Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.
  2. Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari.
  4. Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
  7. Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat.
  8. Masukkan ketam dan kacau sebati.

INFO: Terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tetapi hasilnya isi agak kering berbanding dikukus. 

Kredit resipi & foto: Chah

SAMBAL KETAM BERTELUR

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ketam – cuci bersih dan kerat dua
  • 7 tangkai cili kering – (dikisar berasingan)
  • 4 biji bwg merah (dikisar)*
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)*
  • 1 inci halia (dikisar)*
  • 1 biji telur
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • Sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak utk menumis
  • Hiasan – daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar semua bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. dan terbalikkan ketam sekali-sekala.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
  6. Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
  7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
  8. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Norizam Kadir

KETAM GORENG MASAM MANIS 

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 2 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah 2)
  • 3 sudu besar cili sos
  • 1/4 cawan cili kering (dikisar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • Sedikit air
  • 5 helai daun limau purut
  • Sedikit minyak
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Perasa (optional)

BAHAN HIRIS

  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
  3. Dengan minyak yang berbaki tambah bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
  4. Tambahkan cili kering. Biarkan cili masak. Kemudian tambahkan sos tiram, daun limau purut serta sos cili. Gaul rata. Tamabahkan juga sedikit air,garam gula serta sedikit perasa. Letakkan ketam yang telah digoreng tadi. Kemudian gaul rata.
  5. Biar sos mereneh dan memekat dan meyelaputi ketam tadi. Letakkan bawang besar dan biarkan bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.

Kredit resipi & foto: Umie Jazz

KETAM KARI GORENG TEPUNG

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN (UNTUK PERAPAN KETAM)

  • 1 kilo ketam bunga *cuci bersih dan toskan
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan.

BAHAN (UNTUK BATTER@SALUT)

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk bawang putih *ada di pasaran *garlic powder
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter yang separa pekat *tidak cair.
  2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah betul-betul panas.
  3. Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing!

INFO: Untuk dapatkan daun kari yang garing dan cantik, pastikan minyak betul-betul panas. Lurutkan daun kari *kering dan tidak basah. Masukkan ke dalam minyak panas dan angkat setelah daun kari tidak lagi berbuih di atas minyak (daun kari dah tak meletop)

Taburkan diatas ketam.

Kredit resipi & foto: Shahriah Abdullah

IKLAN

KETAM MASAK LEMAK PUTIH

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ketam di belah dua dan siang
  • 3 biji bawang merah kecil – di mayang halus
  • 3 -4 ulas bawang putih – di mayang halus
  • 1/2 inci halia- mayang halus
  • 5 biji cili bangla merah – potong dua serong
  • 1 helai daun kunyit – potong besar
  • 1 kotak santan
  • 3 cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masukkan air 1 cawan.
  2. Apabila mendidih sedikit, masukkan ketam dan sedikit santan, tambahkan 2 cawan air dan biarkan dalam 10 minit.
  3. Perasakan dengan garam dan boleh matikan api.
  4. Siap dihidangkan, paling sesuai ada hidangan sambal sebab masak lemak ni memang tidak pedas.

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

Kredit resipi & foto: Norhidana Miswan

KETAM PAPRIK THAI

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

  • Ketam (sekilo)
  • Serai -2 batang ( dihiris halus)
  • Daun kari – lebih kurang 20 helai ( terpulang pada anda)
  • Daun limau purut – 8 helai
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Garam
  • Kunyit hidup
  • Limau nipis
  • Gula
  • Cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk garam + kunyit sehingga lumat dan sapu pada ketam dan perap dahulu lebih kurang 30 minit. – goreng menggunakan minyak panas.
  2. Tumbuk bawang putih, cili dan sedikit serai yang dihiris tadi sehingga lumat.( Bahan A).
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan A tadi sehingga naik bau dan masukkan serai yang dihiris, daun kari, daun limau purut, perahkan asam limau nipis tadi. Kemudian masak sehingga naik bau, setelah itu masukkan air (terpulang pada anda) samada nak banyak kuah atau tidak.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula, serbuk perasa. Teruskan menggoreng sehingga menggelegak.
  5. Setelah menggelegak, masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan masak di dalam sos yang dibuat ini. Masak bersama ketam sehingga menggelegak.
  6. Ambil tepung jagung sedikit+air sedikit, kacau dan masukkan dalam kuah ketam ini. Gaul (bertujuan untuk memekatkan kuah). Siap dimasak dan boleh dihidangkan (boleh dihias dengan daun ketumbar)

Kredit resipi & foto: Cik aszpalela

TOMYAM SEAFOOD

Pelbagai Hidangan Istimewa Ketam..Macam-Macam Ado..Guarantee Bertambah Nasi!

BAHAN-BAHAN

  • 200gm sotong (dihiris)
  • 200gm udang sederhana (dibuang urat)
  • 2 ekor ketam (belah 2)
  • 1 liter air
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 batang serai (dipotong serong)
  • 3 hiris lengkuas
  • 4-5 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3-4 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 helai daun limau purut
  • ½ labu bawang besar (potong tegak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar dan daun bawang (dihiris)

CARA PENYEDIAAN

  1. Didihkan air bersama serai, lengkuas dan bawang putih. Masukkan udang, sotong dan ketam. Celur sebentar dan angkat. Ketepikan.
  2. Masukkan pes tomyam, sos ikan, bawang besar, cili padi dan tomato. Biarkan hingga mendidih.
  3. Akhir sekali, perasakan dengan jus limau, garam dan gula secukupnya.
  4. Tutup api dan masukkan semula udang, sotong dan ketam yang dicelur tadi.
  5. Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang.

INFO: Udang, sotong dan ketam dicelur dahulu bagi mengelakkan jusnya mempengaruhi rasa masam tomyam.

Kredit resipi & foto:  kakwan

Selamat mencuba!