
Popia Nestum Milo Crunchy ini memang sejenis kudapan yang sangat sedap. Boleh buat untuk raya nanti. Tapi, kalau anak-anak tengok gerenti tak sempat tunggu raya mesti dah habis.
Bahan-bahan yang diperlukan juga simple. Boleh buat jual juga dan boleh je buat sendiri raya nanti. Save bajet.
Sebenarnya boleh pilih sama ada nak versi Nestum sahaja atau campur dengan Milo. Dua-dua sedap!
Follow saja resipi yang dikongsikan oleh puan Husna Azlan ini.
Popia Nestum Milo Crunchy, Kudapan Enak Kesukaan Sekeluarga
Bahan Bahan:
1 pek kecil Nestum – guna separuh (kisar halus)
Popia – rujuk gambar. Beli jenama ni, lembut elok. Ada jenama keras
1 pek kecil Milo – boleh beli online di sini
3-4 sudu makan gula aising (pilihan) – boleh beli online di sini
1 pek kecil Horlick- guna separuh – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Membuat Popia Nestum Milo Crunchy:

Gunting popia segi empat, atau terpulang kepada cara masing-masing nak bentuk macam mana.
Panaskan minyak. Goreng kulit popia yang telah digunting tadi. Toskan betul-betul. Goreng sekejap je, nanti tak cantik kalau lama-lama.

Apabila minyak sudah tiada, bolehlah masukkan Milo, Nestum dan Horlick. Gaul sekata.
Nak masukkan gila aising boleh, tak nak pun tak apa. Tapi kalau nak manis lagi tambah lah gula aising 3 ke 4 sudu makan.

Gaul semua sama rata. Nak senang ambil bekas besar yang ada penutup, goncang pelan-pelan untuk ratakan. Jangan kuat. Nanti hancur popia tu!
Okay. Siap. Makan dengan anak anak, suami, isteri. Jimat bila buat sendiri. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Sendiri Sosej Di Rumah, Lebih Bersih Dan Terjamin Kandungannya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Pani Puri Sedap & Paling ‘Simple’ Guna Resipi Mudah Ni

Pani Puri atau nama lainnya Gol Gappa adalah salah satu makanan jalanan atau ‘street food’ popular masyarakat India. Enak dan sangat mudah cara penyediaannya. Ia sesuai dinikmati bila-bila masa. Memang kenalah dengan selera orang Malaysia yang berbilang kaum ni. Ada yang nak cuba? Saudari Nazuhaini Azu ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESEPI PANI PURI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pani puri segera – beli online disini
BAHAN INTI PANIPURI:
- Ubi kentang secukupnya – rebus & lenyek
- Daun ketumbar – cincang
- Bawang merah – cincang halus
- Serbuk cili secukupnya – beli online disini
- Garam halus secukup rasa
- Serbuk jintan manis secukupnya – beli online disini
- Serbuk jintan putih secukupnya – beli online disini
BAHAN SOS HIJAU:
- Daun ketumbar
- Cili api
- Secubit Jintan Putih – beli online disini
- Secubit Jintan Manis – beli online disini
- Garam halus
- Gula
- Air
BAHAN SOS PUTIH:
- Mayones @ tairu /yogurt original secukupnya – beli online disini
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit air
BAHAN SOS ASAM:
- Asam jawa – beli online disini
- Gula pasir / gula perang – beli online disini
- Air
CARA MEMASAK:
1.INTI PANI PURI: Untuk menyediakan inti, satukan semua bahan kemudian gaul sebati. Ketepikan.

2. SOS HIJAU: Untuk menyediakan sos hijau, satukan semua bahan dan kisar halus. Jumlah bahan boleh disesuaikan ikut cita rasa. Siap dan ketepikan.
3. SOS PUTIH: Bagi menyediakan sos putih pula, satukan semua bahan dan gaul sebati. Resipi asal, menggunakan tairu @ yogurt. Tapi jika tiada, boleh sahaja menggunakan mayones.

4. AIR ASAM: Untuk air asam, satukan semua bahan mengikut jumlah yang disukai. Masak hingga sedikit pekat. Siap.

5. Ini rupa Pani Puri yang belum digoreng.


6. Untuk memasaknya, pani puri ini goreng tidak perlu lama. Masak guna api kecil sahaja. Masukkan dalam minyak panas, balik-baikkan dan angkat bila sudah kembang dan keperangan.

7. Rupa Pani Puri selepas digoreng beberapa saat dalam minyak panas.

8. CARA MAKAN: Pecahkan sedikit Pani Puri macam dalam gambar ni, masukkan inti kentang.
9. Sudukan sos hijau, sos asam dan sos putih. Tabur sedikit daun ketumbar.
9. Kemudian boleh terus masuk sebiji-sebiji ke dalam mulut. Nikmatnya terasa semasa pastri pecah di dalam mulut. Sedap! Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Nazuhaini Azu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap
Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Jeruk Pedas Kedondong & Mangga Muda

Suka makan Jeruk Mempelam & Jeruk Kedondong? Jom cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ini. Apa yang istimewanya ialah ia adalah resipi Jeruk Pedas yang popular di negeri-negeri Pantai Timur. Biasanya yang dibuat adalah Jeruk Buah Sentol. Sangat sedap! Cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Berbeza dengan Jeruk Asam Boi yang biasa kita makan tu. Jeruk Pedas ni kalau dijadikan aiskrim pun best tau. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA BUAT JERUK PEDAS KEDONDONG & MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
50 biji mempelam @ mangga muda
50 biji kedondong
Garam kasar secukupnya – beli online disini
2 keping gula nise – beli online disini
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh garam halus
10 tangkai cili kering – beli online disini
1 inci belacan
2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Buang kulit mempelam @ mangga. Cuci bersih dan rendam dengan garam kasar sejam atau lebih.
2. Kedondong juga perlu dibuang kulit dan rendam dengan garam kasar selama sejam dan lebih.
3. Ini adalah bahan-bahan untuk Kuah Jeruk. Cili kering perlu direbus sekejap. Kemudian kisar.
4. Rebus semua bahan. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
5. Bila dah pekat elok macam ni, maksudnya dh ok. Sejukkan terlebih dahulu.
6. Masukkan mempelam dan kedondong ke dalam bekas. Bila kuah dah sejuk, tuangkan sekali.
7. Simpan jeruk dalam peti sejuk dan birkn semalaman atau 24 jam. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
8. Kuah jeruk tu sedap dihirup sejuk-sejuk.
9. Cukup rasa pedas, masam dan manis. Selamat mencuba.
10. Kedondong Jeruk.

11. Mempelam @ Mangga Jeruk

Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Boleh Buat Kat Rumah…

Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan yang segar dan berkualiti.
Suka makan makanan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dari negara Matahari Terbit. Konnichiwa…
1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI

BAHAN-BAHAN :
- 150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
- 2 sudu makan kicap soya
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu teh gula
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan mentega
- 2 sudu makan sos teppanyaki
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan serbuk bawang putih
Cara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris.
5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan.
7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
2. MATCHA KASUTERA

BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 300 gm gula kaster
- 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
- 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
- 100ml susu
- 4 sudu makan madu CARA MEMASAK :
1. Sediakan loyang segi empat tepat.
2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
4. Panaskan susu dan madu.
5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
9. Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
10. Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
11. Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
3. SABA SHIOYAKI

BAHAN-BAHAN :
- 160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)
- 50 gm lemon | dikupas baji
- 20 gm lobak (radish) | diparut
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang hingga masak.
2. Panggang ikan dengan menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dalam ikan, kemudian baru bahagian kulitnya.
3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional
Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk
Info Chef : Ikan ini kaya dengan omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .
4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME

BAHAN-BAHAN :
Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :
- 3 biji telur
- 80gm gula
- 100gm tepung
- 8gm ovelet
- 25ml air
- 20ml minyak jagung
Bahan mousse teh hijau:
- 14gm gelatin
- 45ml air
- 2 biji kuning telur
- 20gm gula
- 125ml susu
- 60gm coklat putih
- 250gm krim putar semi
- 15gm serbuk teh hijau
- 45gm air suam
Bahan passion yuzu curd :
- 100gm puri buah markisa
- 33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yang ditanam di Jepun
- 90 gm gula
- 2 biji telur
- 2gm tepung jagung
- 2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)
- 90gm mentega lembut
Bahan choc feullatine :
- 70gm coklat putih
- 26gm mentega koko
- 70 gm wafer feullantine (biskut wafer feullantine hancur)
Bahan Green Mirorr Glaze:
- 100ml air
- 200gm gula
- 200gm glukos
- 165ml susu pekat manis
- 24gm gelatin
- 96ml air
- 100gm coklat putih
CARA MEMASAK :
Cara masak span vanilla:
1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dalam mangkuk kecuali minyak jagung.
2. Pukul hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Cara masak mousse teh hijau :
4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dalam kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati.
5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dalam coklat putih, kacau sebati.
6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dalam krim putar bersuhu 35 darjah celcius.
Cara masak choc feullatine :
7. Cairkan mentega koko dengan coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine.
8. Rata dan padatkan feullatine dan potong saiz 5 sm , untuk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan.
Cara masak passion yuzu curd :
9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dengan gula, telur dan tepung jagung.
10. Masakkan sebentar, padamkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dengan memasukkan mentega dalam suhu 45 celcius.
11. Paipkan ke dalam acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dalam ruang peti beku dalam peti sejuk.
Cara masak green mirror glaze :
12. Masak gula, air, glukos di atas api dengan suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dalam susu pekat manis dan coklat putih.
13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dalam peti sejuk.
Penyediaan akhir :
14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dengan mousse teh hijau.
15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dengan span vanilla
16. Biarkan sejuk, tanggalkan dari acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi.
17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.
Saiz hidangan : 24 ketul
Masa penyediaan : 40 minit
Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dengan pengaruh Barat.
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.
Info Chef : Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dengan vitamin A dan C dan berserat.
5. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)

BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2 Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yang dimasak sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake
.Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.


2. Kedondong juga perlu dibuang kulit dan rendam dengan garam kasar selama sejam dan lebih.
3. Ini adalah bahan-bahan untuk Kuah Jeruk. Cili kering perlu direbus sekejap. Kemudian kisar.
4. Rebus semua bahan. Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
5. Bila dah pekat elok macam ni, maksudnya dh ok. Sejukkan terlebih dahulu.
6. Masukkan mempelam dan kedondong ke dalam bekas. Bila kuah dah sejuk, tuangkan sekali.
7. Simpan jeruk dalam peti sejuk dan birkn semalaman atau 24 jam. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
8. Kuah jeruk tu sedap dihirup sejuk-sejuk.
9. Cukup rasa pedas, masam dan manis. Selamat mencuba.
