Minum petang nanti hidanglah kuih muih yang menjadi kegemaran ramai. Dah lama tak buat popia. Tapi kali ini kita nak buat popia carbonara, pasti anak-anak pun suka. Selongkar peti ais, ada bahan-bahan, jadi kita pun masaklah. Mudah sangat buatnya. Sedap betul makan panas-panas. Sosej lada hitam tu pula beri sengatan pada lidah. Ngam.Nak lagi sedap? Baki-baki sos Prego tadi, tuang atas popia ni. Tak payah cicah sos cili.
Popia Carbonara
Bahan-bahan:
(untuk 5-6 orang)
1 tin Prego Carbonara cendawan
2 batang sosej lada hitam
2 senduk sayuran campur
2 keping keju
30 keping kulit popia
Cara membuat:
1.Sosej dipotong dadu, campur dengan sayur. Kalau tak ada sosej, nak ganti dengan isi ayam, udang atau crab stick pun boleh.
Ads
2.Tuang Sos Prego Carbonara Cendawan. Gaul rata.
3.Masukkan keju. Cincang keju masukkan dalam campuran bahan inti ni. Nak sedap gunakan mozarella, nanti bila makan dia bertali-tali. Kali ni, saya guna keju cadar je ni.
4.Ambil 1 sudu besar inti, letak atas kulit popia. Gulung.
5.Kalau ikut sukatan yang saya beri, anda akan dapat 30 batang popia. Dalam gambar ni, saya baru siap 50%.
6.OK, popia ini bolehlah digoreng.
7.Dah siap. Senang. Isi tak payah masak dulu. Campur, gulung, goreng. Luar dia rangup, dalam dia lemak berkrim. Budak-budak suka. Terutamanya jika mereka tak suka pedas.
Kadangkala buntu juga untuk memikirkan menu pagi yang tidak menjemukan dan anak-anak pun suka makan. Selain menu berat boleh buat menu sihat dan mengenyangkan ini. Sangat mudah dan bahan-bahannya senang untuk didapati. Kombinasi ubi kentang dan keju mozarella sungguh menyelerakan.
BEBOLA KENTANG CHEESE
3biji kentang
2biji telur(sebiji pun boleh)
1tangkai daun bawang
1biji cili merah(dicincang halus)
1cawan tepung gandum
2cawan serbuk roti
1sudu kecil lada hitam/lada sulah
1sudu besar butter
150g keju mozzarella
minyak secukupnya
Cara-caranya:
1.Rebus ubi dan letakkan sedikit garam.
2.Setelah ubi lembut,bolehlah dilenyekkan.
3.Masukkan tepung gandum setelah ubi lumat.
4.Masukkan telur, daun bawang dan butter.
5.Gaul hingga sebati adunan tadi.
6.bentukkan bola dan leperkan untuk letakkan keju mozzarella.
7.Letakkan bebola tadi ke dalam serbuk roti.
8.Sedia untuk digoreng.
9.Setelah kekuningan boleh angat dan toskan minyak.
Roti John adalah antara hidangan yang memang popular bila tibanya bulan puasa. Lepas balik dari solat terawih, memang sedap kalau dapat moreh dengan hidangan ni. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
RESIPI ROTI JOHN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan plantan pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Jika anda sukakan sandwic, resipi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja. Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
RESIPI SANDWICH TELUR MUDAH, INTINYA HANYA GUNA 2 BAHAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing. 5. Gaul inti hingga sebati.
6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu. 7. Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.