Lobak merah sebenarnya ada banyak khasiat yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jangan ambil ringan dengan pengambilan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan yang baik sepanjang hayat. Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini membantu mata mendapatkan penglihatan yang lebih jelas. Khasiatnya juga mampu memerangi kanser. Bahkan berupaya meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.

Lobak merah turut dikatakan mampu meningkatkan ingatan kanak-kanak dan pertajamkan minda serta daya memori.Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Kandungan vitamin A dan antioksidan nya berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari, kulit berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah. Jadi sertakan lobak merah dalam menu harian anda.


.

LEMPENG LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1 34 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 14 cawan mentega
  • 4 batang lobak merah | kisar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1sudu teh garam
  • 4 sudu makan gula
  • 2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 2 sudu teh serbuk buah pala

BAHAN SOS KASTARD:

  • 1/2tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu makan gula

CARA MEMASAK:
1 Masukkan susu, mentega dan telur dalam mesin pengisar.
2. Kisarnya hingga sebati.
3. Masukkan pula lobak merah yang dikisar halus.
4. Keluarkan adunan dan masukkan dalam mangkuk.
5. Seterusnya masukkan garam dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
6. Selepas digaul sebati, tambahkan serbuk kulit kayu manis dan buah pala.
7. Adun lagi, dan bancuhan sedia digoreng.
8. Panaskan kuali leper dan sapukan dengan sedikit menteg.
9. Gunakan senduk bulat sebagai ukuran dan mulakan membuat pancake.
10. Lakukan hingga bancuhan habis.
11. Sediakan pula sos kastard. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga kuah pekat. Tutup api.
11. Hidangkan pancake dengan sos kastard.


.

BERGEDIL LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan lobak merah yang telah dikisar halus
  • 2 batang seleri | cincang halus
  • 1/2 cawan bawang besar | cincang halus
  • 1/4 cawan serbuk roti
  • 2 biji telur | kacau
  • 1/2 cawan parseli | cincang halus
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu makan serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan mayones

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
2. Adun rata dan bentukannya menjadi leper. Buat hingga habis.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick.
4. Goreng bergedil dengan api kecil hingga kuning keemasan.
5. Setelah habis digoreng, hidangkan bergedil dengan sos yang ada suka.