Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari? Cubalah masak Cendawan Tiram Goreng Cili Padi perkongsian resipi oleh saudari SuiSan Aliezsha ni. Cendawan tiram adalah salah satu cendawan yang sedap dimasak pelbagai jenis hidangan. Ada yang suka goreng salut tepung dimakan pula dengan sambal kicap, ada yang suka dimasak sup dan bermacam-macam lagi. Kali ni try resipi ni pula. Simple je tapi sangat menyelerakan. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK 1. Tumbuk kasar semua bahan tumbuk. Ketepikan. 2. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan tumbuk tadi bersama serai. Tumis sampai garing.
Ads
3. Masukkan cendawan tiram dan sos tiram.
4. Gaul rata sampai semua bahan tumisan menyelaputi cendawan.
TIP: 1. Jangan tambah air kerana cendawan akan mengeluarkan air. Biar agak kering. Sambal ini akan bertambah sedap kalau dimasak agak kering. 2. Selain itu, resipi ini juga sedap dimasak kalau menggunakan cendawan busut. Selamat mencuba!
Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.
Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!
Nasi minyak merupakan hidangan yang berasal dari Palembang, yang nasinya dimasak dengan minyak samin dan rempah.
Di negara kita, nasi minyak sering dikaitkan dengan hidangan nasi kenduri. Pelbagai resipi muncul bagi menjadikan rasanya sangat sedap dan istimewa.
Perkongsian daripada Afy AL Habibi, kelihatan sangat menggiurkan dan menyelerakan. Tengok pun dah terasa lapar. Jom kita cuba buat!
NASI MINYAK ISTIMEWA
BAHAN UNTUK NASI MINYAK
1 pot beras Basmathi 2 sudu besar marjerin Pelangi Rempah 3 sekawan 1 helai daun pandan 1 biji bawang merah |dimayang halus 1 ulas bawang putih | dimayang halus 1 hiris halia | dimayang halus 1/3 cawan susu cair Garam Pewarna Segenggam kismis Kacang gajus (optional)
CARA-CARA:
1. Masukkan marjerin. Tumis 3 sekawan. Masukkan daun pandan. 2. Tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia sehingga sedikit garing. 3. Seterusnya tuang susu cair. Perasakan dengan secubit dua garam. 4. Masukkan beras basmathi yang sudah dibersihkan. Kacau perlahan dengan senduk kayu sekitar 1-2 minit. Tutup api. 5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Tambah air mengikut sukatan biasa beras yang digunakan. 6. Selepas nasi siap masak, titiskan sedikit pewarna merah jambu, kuning dan hijau beberapa tempat atas nasi. 7. Gemburkan selepas beberapa minit secara perlahan-lahan untuk mengelakkan butir nasi patah. 8. Tabur juga segenggam kismis. Nak letak kacang gajus lagi sedap. 9. Untuk hidangan, hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap
BAHAN KUAH
6-7 ketul ayam 3 sekawan 1 tangkai daun kari – beli online di sini Sehelai daun pandan 1 biji kentang | dibelah empat 3 sudu besar Rempah Khemok 1 sudu besar (tak menimbun ya) serbuk cili Baba’s 1 biji tomato kecil 1 sudip santan – beli online di sini 1 sudu kismis
1/2 relung kecil manisan kelantan @ gula melaka – beli online di sini 1 sudu kecil garam secubit dua perasa
BAHAN TAMBAHAN:
3 biji bawang merah saiz bola pingpong | dihiris nipis 1 ulas bawang putih | dihiris nipis 1 tangkai daun kari 4 biji cili merah & hijau | dipotong Cili kering | dipotong
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Masukkan 3 sekawan, daun kari dan daun pandan untuk aroma wangi tersendiri. Kemudian tumis bahan kisar di atas sehingga garing.
2. Masukkan pula Rempah Khemok dan serbuk cili Baba’s. Tumis dalam api perlahan.
3. Selepas rempah mula terbit minyak, masukkan pula tomato. Saya gantikan rasa masam dari asam jawa untuk memaksimumkan manfaat tomato yang dimasak. Balik-balikkan.
4. Kemudian tuangkan segelas air. Masukkan perisa peringkat pertama. Kacau. Biarkan pes pecah minyak.
5. Proses pecah minyak memakan masa lebih kurang 5-8 minit dalam api perlahan. Kacau sesekali. Barulah gulai yang cantik boleh terhasil.
6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dikelar. Tambahkan juga kentang. Kacau rata.
7.Sementara itu, di dalam kuali lain, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Ketepikan.
8. Kemudian goreng pula daun kari, cili merah dan hijau serta cili kering seketika. Bahan-bahan ini digunakan sebagai bahan yang perlu dicampur untuk rasa yang lebih istimewa. 9. Masukkan bawang goreng. Tinggalkan sedikit untuk hiasan. Lain-lain bahan yang digoreng tadi simpan untuk langkah seterusnya. Balik-balikkan.
10. Kemudian biarkan ayam empuk kira-kira 20-25 minit. Boleh ditutup kualinya.
11. Kemudian tambahkan santan. Tambahkan air sedikit jika perlu. Saya tak tambah dah sebab ikut air yang berbaki cun-cun dengan kepekatan yang diingini. 12. Resepi asal guna susu cair. Ikutlah. Terpulang kepada citarasa sendiri. 13. Masukkan pula sedikit kerisik. Tambahkan perasa peringkat kedua iaitu garam dan gula ikut citarasa sendiri. Biarkan semua rasa sebati dan santan mendidih beberapa kali dalam api perlahan.
14. Akhir sekali, masukkan baki bahan gorengan tadi serta kismis jika suka. Tutup api dan siap.
Musim petai dah kembali. Bagi para peminat ulam ni, macam-macam menu boleh masak. Antara paling sedap yang boleh anda cuba ialah dua menu RASA kongsi di bawah ni. Memang mudah & boleh pakat cuba.
1. SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Petai dikikis untuk menghilangkan rasa pahit kulit petai.
2. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cili padi.