Sesekali kejutkan suami dengan saaajian hidangan seafood, pasti bertambah rasa kasih dan sayangnya pada anda. Apatah lagi jika seafood itu menjadi kegemaran sang suami.  Untuk kepelbagaian resipi berikut  RASA kongsikan 6 resipi seafood yang boleh anda cuba.  Semoga kasih sayang suami isteri semakin kukuh.

 Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood 

KUPANG  TUMIS BERSANTAN  DAUN SELASIH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kepah
  • 1 biji bawang besar |cincang
  • 3 ulas bawang putih |cincang
  • 2cm halia |titik
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Sedikit jus limau nipis
  • ½ cawan daun selasih dan daun ketumbar |cincang

BAHAN SOS SANTAN SELASIH:

  •  1 cawan santan
  • 1 cawan jintan manis
  • ¼ cawan daun ketumbar  |daun dan batang
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan  jus limau nipis
  • 1 sudu makan kicap cair

CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih kupang dan simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  2. Untuk menyediakan sos santan selasih. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar, jika ingin pedas boleh tambahkan cili padi.
  3. Kisar hingga halus dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali dan masukkan dua sudu makan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia hingga wangi. Masukkan kupang dan sedkit jus limau nipis. Kacau rata.
  5. Tutup seketika kuali lebih kurang 2-3 minit.
  6. Apabila kupang mula terbuka, kecilkan api.
  7. Masukkan sos santan selasih, dan kupang sedia dihidangkan.

 Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

LALA  TUMIS TAUCU  BERSAMA SAWI  AIR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm lala
  • 2 sudu makan taucu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan daun Selada Air
  • 2 tangkai cili merah | hiris
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, diikuti dengan taucu. Kacau rata.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan lala, gaul rata masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam (jika perlu sebab taucu sudah masin) dan gula secukupnya
  4. Akhir sekali masukkan daun selada, kacau 1-2 minit. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan panas-panas.

 Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

SOTONG KUKUS SOS MASAM MANIS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong  | bersih dan toskan

BAHAN INTI:

  • 2 biji tauhu | hancurkan
  • 1 biji telur
  • 2 pokok daun bawang | hiris halus
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

BAHAN SOS:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos limau nipis
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Semua bahan inti dimasukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Kemudian ambil sedikit adunan dan sumbatkan dalam sotong. Lakukan hingga sotong habis.
  3. Letakkan dalam loyang dan kukus lebih kurang 10 minit.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  6. Masukkan sos, dan jus limau nipis, kacau rata.
  7. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  8. Setelah sos mendidih tutup api.
  9. Susun sotong dalam pinggan hidangan dan tuangkan sos di atasnya.
  10. Sotong sedia dihidangkan panas-panas.

  Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

KEPAH TUMIS CILI PADI BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm kepah | cuci bersih dan tos
  • 1 kuntum bungan kantan | hiris
  • 6 biji cili padi merah | belah dua
  • 6 biji tomato ceri
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1biji bawang besar | potong dadu
  • 3 cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia dan hirisan cili hingga wangi.
  2. Masukkan kepah, kacau rata.
  3. Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah kepah terbuka, masukkan hirisan bunga kantan dan ceri tomato.
  5. Kacau rata lebih kurang 1-2 minit tutup aapi.
  6. Kepah sedia dihidangkan.

 Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

KERANG TUMIS  CILI  DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kerang | bersih dan toskan
  • 1 cawan hirisan daun bawang
  • 10 biji cili padi  | hiris memanjang
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia | hiris memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. P anaskan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan kerang, kacau rata.
  3. Apabila kerang sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau seketika kemudian tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

 Pikat Suami Dengan 6 Menu Seafood

KETAM TUMIS  TELUR BECILI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam |bersihkan dan belah dua
  • 1 biji bawang besar|hiris nipis
  • 3 sudu makan  cili kisar
  • 2sudu makan cili sos Thai
  • 2  sudu makan  sos tiram
  • 3-4 biji telur
  • Air asam Jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk  menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  •  4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia

CARA MEMASAK :-

  1. Gaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian angkat dan ditos .
  2. Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali .
  4. Masukkan bahan-bahan yang kisar dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar.
  5. Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak.
  6. Masukkan bawang besar , garam, gula dan dikacau sekali sekala semua bahan.
  7. Tambahkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal .
  8. Perasakan dengan  garam dan gula secukupnya.
  9. Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur. Kacau rata telur.
  10. Kecilkan api, masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal pada ketam
  11. Tutup api dan ketam sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI