
Pencuci mulut air mangga ni tengok dah tau sedap. Bukan setakat minuman tapi juga merangkap pencuci mulut yang segar, berkrim dan enak dengan potongan mangga segar.
Pencuci mulut yang dikongsikan Fatien Zaini ni antaranya mengandungi ramuan susu segar, jelly perasa mangga,dan sagu. Lebih mantap lagi ada buah laici lagi. Ni memang lazat dan nyaman lalu kat tekak, ais batu menyegarkan keletihan badan.
AIR MANGGO DESSERT
BAHAN-BAHAN :
3 cawan susu segar
1 paket serbuk jelly flavour mangga(masak & sejukkan serta di potong dadu
1/2 cawan whipping cream(boleh ganti dgn susu cair)
1 cawan susu pekat(ikut manis yg kita nak) – beli online DI SINI
1 cawan sagu(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
1 tin laici tin(ambil buah sahaja) -beli online DI SINI
2 biji mangga (dipotong dadu)
CARA PENYEDIAAN :
1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
2. Siap untuk dihidang.
Kredit: Fatien Zaini
INGIN MENCARI BLENDER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI SEGAR INI :
Kuih Telaga Emas… Pencuci Mulut Kenyal Di luar & Lembut Di Tengah.
ANDA BOLEH SEMAK VIDEO RESIPI MENARIK NI :
DAN JUGA RESIPI RESIPI INI :
Resipi Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Yang Sangat Sedap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Jenis Menu Ayam Untuk Yang Tak Makan Daging Raya Haji Ni.

Isi Kandungan
ToggleBijak mengolah menu, pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan. Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa moden dan ia lebih mudah disediakan. Apa yang penting rasanya pasti tidak mengecewakan. Cubalah 6 jenis menu ayam ni sesuai untuk mereka yang tidak makan daging.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
- 3 batang serai | titik
- 12 biji cili padi | hiris memanjang
- 2 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | titik
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 2 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam,gula dan perasa secukupnya
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
4. Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
5. Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
7. Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda juga boleh masukkan hirisan daun limau purut.
….
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
- 2 biji bawang besar | hiris
- 5 batang serai | titik
- 3 sudu makan pes cili kering
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
3. Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
4. Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
5. Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
6. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
9. Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Menu ini juga boleh dipadankan dengan roti.
…..
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
- 2 batang bunga kantan | hiris
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus
- 2 batang serai | hiris halus
- 8 biji cili padi | hiris halus
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
7. Tutup api, hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain ayam, anda boleh juga menggunakan daging.
….
AYAM MASAK LIKU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana
- 300 gm lengkuas muda | parut
- 1000ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 2 keping asam gelugor
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 cm kunyit hidup
- 8 biji cili padi
- 4 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan lengkuas yang telah diparut.
2. Apabila santan mendidih dan sedikit pekat masukkan ayam.
3. Renehkan hingga ayam empuk dan masak.
4. Setelah kuah pekat masukkan kerisik, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan lada sulah garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila timbul minyak dan cukup rasa. Tutup api.
7. Ayam Liku sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ayam Liku ini menu tradisional masyarakat Bugis di Sabah. Sering dihidangkan di musin perayaan.
…
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
- 4 batang serai | titik kasar
- 1 biji bawang besar | potong dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 cm halia muda | hiris halus
- 6 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
3. Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
5. Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Anda boleh juga goreng ayam separuh masak sebelum dimasak dengan resipi ini.
….
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
- 500ml santan pekat
- Daun pegaga secukupnya
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 3cm halia muda
- 3cm kunyit hidup
- 8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
5. Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
6. Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
7. Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
8. Balut ikan dan bakar hingga masak.
9. Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ada lebihan tumisan percik boleh tuang di atas ayam yang telah dibakar tadi.
….
Dari Saja-Saja Buat Makan, Resipi Roti Jala Sos Coklat Brother ni Boleh Buat Duit!

Tengah trending sekarang ni Resipi Roti Jala Coklat cicah pulak dengan sos coklat wow! double win. Nampak mengancam dan sedap. Bolehla kalau nak cuba idea baru ni kalau dah bosan buat roti jala original. Selain buat makan untuk diri sendiri dan anak beranak, apa kata cuba jadikan masakan kita tu sebagai satu sumber pendapat sampingan buat duit poket macam brother ni…masyukkkk!
Muhamad Fadzul Ilahi Azhar BUAT KAKAK2 DISINI. SAYA LELAKI YAA. Dari saja2 buat makan.. sampai la menjadi duit poket.. hari ini saja saya dapat tempahan 70set.. saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa2 kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama2 kita kongsi ilmu.. yang mana dah share sebelum ni bagus la.
ROTI JALA SOS COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- Gandum 3 cwn
- 2 biji telur
- 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
- 3 sb gula
- Sedikit garam
- 3 sb minyak msak
- 1/2 cawan susu cair
- Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jgn cair sangat
CARA-CARA:
- Kacau smua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.. semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.. kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik.. masuk kan air bagi ada pusar kat tengah.. xpndai nak explain.. ahha
*GUNA BOTOL 3 KAKI (rujuk gambar)
PENYEDIAAN SOS COKLAT:
- Double boiler
- 200gm coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
- 200gm susu fullcream / Susu cair
*GUNA KUALI NONSTICK
Kongsi resipi: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
Nak lagi kreatif dan lain dari yang lain. Korang boleh cuba resipi roti jala tembikai ni.. memang comel yang pasti sedap!
Sedapnya Puff Inti Kastard Campur Kaya, Creamy Macam Aiskrim Vanilla

Bila tiba hidangan minum petang, sekali sekala nak juga merasa menu ala western kan. Jika teringin, boleh cuba resipi puff pastry inti kastard campur kaya ini.
Memang terasa creamynya dan lagi sedap bila intinya disejukkan. Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sesuai untuk makan bersama keluarga di taman.
Hidangan ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu kerana cepat disediakan, sedap dan mudah.
PUFF PASTRY INTI KASTARD & KAYA
BAHAN UNTUK INTI:
300g susu full cream
30g tepung kastard – beli online di sini
1 sudu besar esen creamy vanilla
1 sudu kecil esen french vanilla
2 sudu besar kaya (saya guna Seri Kaya Sunstar)
Gula perang secukup rasa
Secubit garam
300g non-dairy whipping cream
BAHAN LAIN:
2 pek kecil puff pastry (dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu, baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan)
Dapatkan Coowin Detachable Marble Cookware Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
2. Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
3. Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (chiller).
4. Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu.
5. Masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan inti yang telah siap ke dalam piping bag (beg pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Sedap, Berbaloi Dicuba!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: