Minum petang tak lengkap kalau sekadar minum kopi atau minuman coklat cicah biskut kering. Pancake Hipster hasil perkongsian resipi oleh Siti Khajar ini sesuai sangat untuk sajian minum petang. Anak-anak mesti suka sebab ada warna-warni. Secara tidak langsung dapat memancing selera anak-anak untuk makan. Jika anak yang masih kecil, boleh cicah dengan susu pekat manis.
RESIPI PANCAKE HIPSTER
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung gandum cap ros 1 biji telur 4 1/2 tin air 4 sudu susu pekat manis – beli online 1/2 tin minyak – beli online 2@3 titik butter oil (tiada pun tidak mengapa- untuk aroma sahaja) 2 sudu makan garam – beli online
*sukatan tin-guna tin susu.
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10 hingga 20minit. *kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai.
2. Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
3. Panaskan kuali. Pipekan adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali. Apabila sudah masak semuanya, boleh angkat dan gulung. Ketepikan.
Ads
RESEPI SAMBAL LADA CILI BERAPI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 paket cili merah * – beli online 4x ganda cili hijau dari cili merah * 2 labu bawang besar (nak lebih pun boleh) * 1 labu bawang putih *- 3/4 cawan minyak * Sedikit belacan *- beli online 8 sudu makan gula(ikut kesesuaian rasa) Air asam jawa/garam(sesedap rasa)
CARA MEMBUAT:
1. Kisarkan semua bahan yang bertanda* Tujuan kisar dengan minyak ialah untuk mengurangkan kadar masa proses bahan tumisan mengaring.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan yang sudah dikisar. Letak gula. Bila sudah garing, perisakan dengan garam dan air asam jawa. Biarkan merenih. Lagi lama lagi sedap, cuma pastikan jangan terlalu garing.
Kuih Lopessememangnya digemari ramai. Dibungkus menggunakan daun pisang dan dipotong dengan benang, mengikut cara orang tua dulu-dulu. Namun sekarang, ramai yang memilih untuk memasak menggunakan cara yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, cara lama ini harus dikekalkan supaya ‘skill’ nya tidak pupus dek masa dan peredaran zaman. Anda suka makan Kuih Lopes Pulut yang dibalut dengan daun pisang? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, perkongsian dariOpah Mas Cotek ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.) 2. Kukus pulut selama ½ jam. 3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.
4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.
5. Sejukkan, potong dengan benang.
6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.
7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.
Kuih tradisional seperti Kuih Lapis sememangnya sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Lebih enak jika ia dihasilkan menggunakan santan asli dan juga labu segar. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, resipi Kuih Lapis Labu Gedik perkongsian saudari Marlia Lia ni antara yang terbaik boleh dicuba. Tanpa pewarna tambahan dan bahan-bahannya pun sangat ringkas. Jom lihat cara pembuatan kuih ini.
KUIH LAPIS LABU GEDIK
BAHAN A:
1/4 biji labu saiz sederhana
4 cawan santan segar – dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula halus – kisar gula supaya senang larut
1/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Kupas labu dan kukus hingga lembut. Kemudian kisar halus guna pengisar kering. Dapat anggaran 1/2 cawan selepas dikisar. Ketepikan.
2. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan-bahan B. Adun hingga rata. Ketepikan.
3. Panaskan santan di dalam periuk menggunakan api perlahan sambil dikacau.
4. Tuang santan suam ke dalam campuran bahan B. Kacau hingga sebati menggunakan pemukul tangan (hand whisker). Tapis.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan labu dan satu lagi dibiarkan pada warna asal.
6. Panaskan kukusan sehingga air mendidih. Ambil loyang bulat bersaiz 9 inci dan oleskan sedikit minyak.
7. Panaskan loyang didalam kukusan terlebih dahulu sebelum mula melapis. Pastikan kukus kuih guna api sederhana.
8. Tuang adunan putih terlebih dahulu. Kukus selama 5 minit kemudian barulah dimasukkan adunan labu. Pastikan jumlahnya sama supaya ketebalan lapisan kelihatan sama. Ulang langkah sama hingga habis. Lapisan terakhir perlu dikukus selama 20-25 minit.
9. Untuk memastikan kuih lapis tidak cepat basi, selepas siap dikukus, buka penutup kukusan dan teruskan memasak kuih selama 5-10 minit lagi. Ia bertujuan untuk mengeringkan wap air atas kuih.
Sedap sangat makan kuih cara berlauk ni. Rasanya pedas-pedas dan mewah dengan inti daging. Kalau dibuat dengan banyak inti, memang lebih sedap. Ini resipi yang memang confirm jadi kalau dibuat. Cubalah.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN
600 gram tepung gandum
30 gram tepung susu
2 biji telur ayam
1.3 liter air
4 titik pewarna kuning
BAHAN INTI
3 sudu besar minyak sapi
6 ulas barang merah (tumbuk halus)
2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cm halia (cencang halus)
4 sudu besar serbuk kari daging
300 gram daging (cencang halus)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 tangkai daun ketumbar (cencang halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul bersama tepung gandum, tepung susu, telur ayam, air dan pewarna kuning sehingga sebati.
2. Sediakan inti. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Kemudian goreng bawang merah dan bawang putih bersama halia sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari daging dan daging cencang. Goreng lagi.
4. Tambahkan garam dan gula. Masukkan daun ketumbar.
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan adunan kuih cara dan tuangkan sebahagiaan adunan ke dalam setiap bahagian kuih cara.
2. Sudukan sedikit inti daging ke dalam setiap bahagiaan. Tuangkan lagi adunan tepung sehingga penuh.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
4. Pastikan setiap kali sebelum acuan diisi dengan adunan, terlebih dahulu sapukan dengan minyak sapi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!