Kopi yang sedap tak semestinya mahal! Beruntung orang Pontian tak payah ke Perlis, singgah R&R Kayu Ara Pasong boleh santai minum Kopi Gantung Viral Perlis padu baq hang! Majoriti yang dah cuba asyik nak beli lagi je. Selalu kedai tutup awal sebab kopi habis awal. Kalau teringin tu jangan tangguh niat, terus start enjin kereta gerak beli kopi ni bungkus lebih bawa balik rumah pasti tak menyesal.
Sangat berbaloi! Sebungkus RM 4.00 sahaja Kopi Gantung Viral ni. Kedai ni baru je di buka pada 13 September 2021 dan sambutan sangat hangat sampai kena restock susu banyak kali untuk memenuhi permintaan pelanggan. Korang semua bolehlah cuba ke R&R Kayu Ara Pasong nanti untuk cuba Kopi Gantung Viral Perlis ni.
Lokasi: R&R Kayu Ara Pasong, Lot 1, Simpang 3, Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian, Johor.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Setelah enam bulan berlangsungnya peraduan Fuyoo! #BeliNuunaMenangRumah, hadiah utama berupa sebuah rumah impian Residensi Alea di Puncak Alam, Selangor akhirnya menjadi milik Noorhasnieda binti Tajuddin.
Pengumuman pemenang utama cabutan bertuah Fuyoo! Beli Nuuna Menang Rumah ini telah berlangsung di Central Concourse, Central i-City, Shah Alam. Peraduan ini telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negeri. Para peserta hanya perlu membeli produk Nuuna di mana-mana pasaraya dan menghantar penyertaan melalui laman web rasmi Rasa. Semakin banyak pembelian,semakin tinggi peluang mereka untuk menang.
Dalam peraduan beli Fuyoo! Beli Nuuna Menang rumah ini, 200 penyertaan tertinggi telah dipilih untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah Grand Finale. Hadiah utama yang menjadi idaman para peserta tentunya sebuah rumah di Residensi Alea, Puncak Alam, Selangor, sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh seni bina Australia.
Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lain seperti ITSU VIBRO, ITSU AIRBIKE, ITSU SWING BIKE dan wang tunai RM100 bagi 10 cabutan bertuah.
Bukan itu saja, tiga sesi cabutan bertuah dwi-bulanan (Jan-Feb, Mac-April, Mei-Jun) telah dibuat menerusi sesi live di platform Rasa di mana Yong Pheng Seng, Choo Lean Wah dan Muhammad Irfan bin Mohammad Kassim telah membawa pulang hadiah istimewa.
Dalam masa yang sama, Nuuna juga memperkenalkan empat variasi perisa mi segera dan bihun segera baharu yang pastinya menggoda selera ramai. Pertama, Nuuna Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Keju Pedas, di mana kepedasan yang membara digabungkan dengan keju berkrim, mencipta pengalaman rasa yang luar biasa. Kedua, Mi Segera dan Bihun Segera Perisa Nasi Lemak, membawa keaslian dan kekayaan hidangan ikonik Malaysia ini terus ke dalam mangkuk anda. Mi Segera dan Bihun Segera pertama berperisa Nasi Lemak di Malaysia.
Kedua-dua perisa Mi Segera dan Bihun Segera ini sudah tersedia di pasaran dan pastinya akan menambah kenikmatan bagi pencinta mi segera dan bihun segera di Malaysia.
Program ini dimeriahkan dengan penampilan khas daripada kumpulan De’Fam yang membuat demo masakan serta persembahan. Sesi ini pastinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua tetamu yang hadir.
Rasa dan Nuuna amat berbesar hati dengan sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta dan berharap agar acara ini akan menjadi satu kenangan manis buat semua yang terlibat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sempena bulan Ramadan tahun ini, Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah RASA sekali lagi meneruskan tradisi memberi dengan menganjurkan program RASA Bubur Lambuk 2U.
Bertempat di Rumah Ketupat, Seksyen 13 Shah Alam, program ini adalah kesinambungan dari Projek RASA Bubur Lambuk Mega Warisan Selangor yang diadakan pada tahun lalu.
Berikutan situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda, untuk tahun ini program Bubur Lambuk ditukar menjadi kempen CSR Majalah RASA supaya bersesuaian dengan situasi semasa.
Projek ini juga adalah sebagai tanda terima kasih serta menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 tanpa mengenal penat lelah.
Patuh terhadap SOP serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, program Bubur Lambuk 2U ini berjalan dengan lancar dengan sokongan daripada rakan-rakan penaja iaitu Santan S&P dan AJI-SHIO®.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk telah dimasak menggunakan ramuan-ramuan terbaik oleh pihak keterer. Antara ramuan istimewa yang menyedapkan lagi rasa Bubur Lambuk tentunya dengan penggunaan bahan utama iaitu Santan S&P serta AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
600 pek Bubur Lambuk telah berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada para petugas di Hospital Shah Alam dan juga Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Penyampaian ringkas di Hospital Shah Alam telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Puan Ani Nadila Yusof kepada Timbalan Pengarah (Perubatan) 3, Dr Syrrunnaja Bin Adnan.
Manakala di Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam pula, penyerahan pek-pek bubur lambuk telah disampaikan oleh Pengurus Kanan Jualan, Encik Mohd Affandi Abdullah kepada Ketua Balai, Inspektor Ahmad Fazlin Bin Rasli.
Turut hadir Pengurus Pemasaran Digital, Liew Mei Ling, Pengurus Pemasaran, Kwan Su Khoon dan Eksekutif Pemasaran, Zuliana Zainal Abidin selaku wakil dari pihak Santan S&P serta Editor Pengurusan Majalah RASA, Ida Abd Aziz.
Musim hujan dan cuaca tak menentu selalunya bawa “tetamu tak diundang” : influenza, atau lebih dikenali sebagai flu. Ramai anggap ia sekadar selesema biasa, tapi sebenarnya influenza boleh jadi serius, terutama bagi kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan individu yang ada penyakit kronik.
Kalau anda atau ahli keluarga disahkan kena influenza, ini panduan mudah untuk bantu cepat sembuh dan elak jangkitan pada orang lain.
Bila kena influenza, badan perlukan tenaga untuk lawan virus. Jadi elakkan aktiviti berat, kerja lewat malam atau bersenam lasak. Rehat di rumah sekurang-kurangnya 3–5 hari atau sehingga simptom berkurang.
Demam dan batuk boleh sebabkan dehidrasi. Pastikan anda minum air kosong suam, sup atau jus tanpa gula secukupnya setiap hari. Elak minuman bergas dan berkafein kerana boleh buat badan makin kering.
Walaupun tak ada selera, cuba ambil makanan ringan tapi berzat seperti:
Makanan berkhasiat bantu tingkatkan imun badan supaya cepat pulih dari influenza.
Influenza sangat mudah berjangkit! Jadi:
Jangan ambil ringan ya! Jika doktor beri ubat antiviral seperti Oseltamivir (Tamiflu), pastikan diambil mengikut dos dan waktu. Ubat ini tak sembuhkan serta-merta, tapi bantu kurangkan tempoh penyakit dan cegah komplikasi seperti pneumonia akibat influenza.
Segera ke klinik atau hospital jika alami tanda-tanda berikut:
Langkah terbaik ialah ambil suntikan vaksin influenza setiap tahun terutama bagi warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu berisiko tinggi. Vaksin ini bantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan cepat sembuh jika dijangkiti.
Influenza bukan sekadar selesema biasa. Dengan penjagaan rapi, rehat cukup dan langkah pencegahan yang betul, anda boleh pulih sepenuhnya tanpa komplikasi. Ingat, jangan tahan-tahan demam atau batuk berlarutan, lebih baik berjumpa doktor dari awal.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.