Ads

Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi: Resipi Rare, Jimat & Sihat Untuk Anak-Anak

Lebihan nasi selain dihangatkan kembali, sebenarnya boleh diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok, puding, apam dan sebagainya. Salah satu yang mudah dan sedap untuk dicuba ialah nugget homemade dari lebihan nasi. Walaupun nampak agak ‘rare’, resipi ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil yang gemar makan nugget. Buat sendiri bukan sahaja lebih jimat, malah lebih mengenyangkan dan sihat tanpa bahan pengawet.

Resipi Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi

Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi: Resipi Rare, Jimat & Sihat Untuk Anak-Anak

Resipi ini dikongsikan oleh saudari Siti Khadijah Haron dan memang mudah disediakan di rumah. Hanya menggunakan lebihan nasi, anda boleh hasilkan nugget yang lembut di dalam dan rangup di luar.

Bahan-Bahan:

  • Nasi panas (sebaiknya yang baru dimasak)
  • Isi ayam mentah – dicincang halus
  • Serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Telur – dipukul
  • Serbuk roti
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

  1. Dalam mangkuk besar, satukan nasi, isi ayam cincang, serbuk perasa dan garam. Lenyekkan adunan hingga sebati.
  2. Ambil adunan mengikut saiz yang diinginkan, kepal dan leperkan. Susun dalam pinggan.Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi: Resipi Rare, Jimat & Sihat Untuk Anak-Anak
  3. Celupkan kepingan nugget nasi ke dalam telur yang telah dipukul. Toskan supaya lebihan telur tidak berlebihan.
  4. Salutkan setiap kepingan nugget dengan serbuk roti hingga sekata. Ulang langkah hingga habis.Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi: Resipi Rare, Jimat & Sihat Untuk Anak-Anak
  5. Untuk hasil terbaik, sejuk bekukan nugget nasi sebelum digoreng agar salutan serbuk roti melekat dengan sempurna.
  6. Panaskan minyak dan goreng nugget hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya sebelum dihidangkan.

Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi: Resipi Rare, Jimat & Sihat Untuk Anak-Anak

Tip Menyediakan Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi

  • Gunakan nasi yang masih lembap supaya adunan mudah dibentuk.
  • Boleh tambahkan sedikit lobak merah parut atau daun bawang cincang untuk lebih rasa dan warna menarik.
  • Untuk versi lebih sihat, boleh juga bakar nugget menggunakan air fryer.

Menarik bukan? Dengan resipi nugget homemade dari lebihan nasi ini, anda bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran tetapi juga menyediakan snek sihat untuk seisi keluarga. Jom cuba hari ini!

Kredit resipi & foto: Siti Khadijah Haron 

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kiub Pati Ayam Homemade Tanpa MSG, Lebih Sihat & Jimat Masa...

Cara buat Kiub Pati Ayam Homemade tanpa MSG yang lebih sihat, tahan lama dan menjimatkan masa memasak dengan rasa ayam semula jadi.