Leganya tekak bila dapat minum Jus Limau Kasturi musim-musim panas begini. Bila musim panas, dapat pula minum minuman yang masam-masam, terasa segar seluruh tubuh. Jus Limau Kasturi bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi dalam masa yang sama baik untuk melegakan sakit tekak, demam dan sakit kepala. Jom kita cuba buat Jus Limau Kasturi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Masyirah Mat Saad
JUS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji limau kasturi 2 sudu besar gula (ikut cita rasa) 1 1/2 cawan air Asam boi Ais kiub
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan limau kasturi dan buang bijinya.
Ads
2. Kisar bersama air dan gula. Jangan terlalu lama nanti jadi pahit pula.
3. Selepas dikisar, tapis dan ambil air jusnya.
4. Hidangkan bersama ais dan asam boi.
5. Jika suka boleh letak sedikit hampas kulit limau kasturi yang dikisar tadi. Tabur dalam jus limau kasturi.
Tang Yuan ,biasa dimakan oleh masyarakat cina khasnya pada musim perayaan ‘Dong zhi’ atau Winter Solstice. Rupanya seperti onde-onde tapi tak menggunakan kelapa parut. Ianya dimakan dengan sirap gula. Manisan ini dihidangkan bersempena dengan musim-musim perayaan melambangkan keakraban hubungan kekeluargaan.
Bahan-bahan : 300g tepung pulut 1/2 cawan air panas 1 cawan air suhu bilik Inti – ikut selera masing-masing. (Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah) Untuk air sirap: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.
Cara memasak: 1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cawan air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan satu cawan air suhu bilik sedikit demi sedikit sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2.Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit.
3.Bahagikan kepada tiga bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. Saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati.
4.Biji bunga matahari dii sangai terlebih dahulu hingga garing dan berbau wangi
5. Sangai juga biji badam hingga garing dan berbau wangi.
6.Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang badam, biji bunga matahari dan kelapa gula merah.
7.Rebuskan bebola dalam air yang sedang mendidih. Bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung. Angkat dan pindahkan ke dalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
8.Untuk air sirap. Masukkan lebih kurang satu liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka.
9. Hidang bebola bersama dengan air sirap yang telah sejuk. Boleh juga dimakan panas-panas.✌
Bila anak-anak tak bersekolah waktu PKPB ni macam-macam permintaan mereka. Memasak pun ikut apa yang mereka suka. Ais kepal milo bukan hanya disukai orang dewasa tapi kanak-kanak turut gemar menikmatinya.Walaupun ais kepal milo dah lama viral, tapi untuk anda yang teringin nak menikmatinya boleh saja membuat sendiri. Nikmatnya bila sampai di tekak, memang terangkat. Saudari Shalma Omar kongsi resipi mudah ini.
Ais Kepal Milo Viral
Bahan bahan
Ketul Ais
Serbuk Milo
Susu Penat Manis (susu sejat)
*Hiasan Cereal Honey star atau Chocolate Rice
Cara membuat:
1.Kisar ketul ais sampai smoothe.
2.Letak susu pekat dalam cawan, serbuk Milo (sukatan suka hati bagi pekat tak mau cair)
3.Letak ais kepal dalam mangkuk, siram dengan bancuhan susu, milo. Tabur serbuk Milo, chocolate rice di atasnya. (optional)
4. Dah siap dan boleh makan.
Sahur kadang kala buat anda blur sekejap nak masak apa yang semua boleh makan. Tapi jika anda yang sedang berdiet atau nak menjaga usus, minum ini sudah memadai dan mengenyangkan. Jom try ni. Tak perlu yang lain , ini dah cukup untuk anda.
Kurma milk fruit cocktail Bahan-bahannya 1 sudu besar buah epal merah -didadu kecil. 1 sudu besar buah Mangga -didadu kecil 3 biji isi buah kurma 2 sudu besar isi nata de coco tanpa air 2 sudu besar madu 1/3 cawan susu fullcream. 1 sudu surya cuka kurma sider Sedikit air batu.
Cara membuat: 1. Masukkan madu ke dalam cawan hidangan. 2. Masukkan cuka kurma sider, isi buah kurma dan susu fullcream. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan buah mangga, buah epal, nata de coco dan sedikit air batu. 4. Kacau sekali lagi sehingga mesra. 5. Siap untuk dihidang.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!