Bila sebut Nekbat ni meleleh air liur dibuatnya. Nekbat ni cukup popular di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
Menurut Khairul Hasrol yang membahasakan dirinya Abam,katanya,” Bahan-bahannya ringkas tetapi memerlukan skil untuk membuatnya. Ringkasnya nekbat adalah bahulu tanpa gula yang disira dengan air gula dan disimpan dalam peti sejuk. Sejuk aje bila lalu ditekak.”
Jom kita ikut resipi yang dikongsikan Abam dalam laman FBnya.
CARA MEMASAKNYA : 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan nekbat. Tunggu sehingga nekbat menyerap air gula
3. Angkat dan sejukkan 4. Siap!
TIP BUAT NEKBAT DARI ABAM: 1. Uji adunan nekbat terlebih dahulu dengan membakar sedikit adunan tersebut. Sekiranya terlalu rapuh, boleh tambah sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana nekbat akan mengeras/bantat.
2. Konsistensi tepung adunan lebih kurang sama macam bancuhan membuat bahulu
2. Di Terengganu, tepung gandum digunakan bagi menggantikan tepung beras
3. Nekbat yang dibuat menggunakan tepung beras, teksturnya lebih kesat/kasar
4. Sira nekbat ketika hendak makan. Sekiranya terlalu awal, nekbat akan menjadi terlalu lembik nanti
Bagi yang gemar hidangan LempengKelapa, RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Selamat mencuba.
CARA MASAK LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi
2 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
Secubit garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bersesuaian. 2. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. Adun adunan tadi hingga sebati. 3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuknya terpulang pada kreativiti masing-masing.
Apabila korang nak masak kerang, kerap terfikir dalam kepala menu kerang rebus dan bakar sahaja. Paling kuat pun dimasak sambal kerang atau rendang kerang. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
Sedap tau. Kalau tak buat lauk pun, sedap ratah macam tu je.
KERANG GORENG KICAP
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Nasi ayam semestinya menjadi kegemaran ramai. Keenakan hidangan ini terletak pada nasinya yang berperisa. Salah satu rahsia kalau nak hasilkan nasi ayam yang sedap adalah pes yang digunakan. Biasanya ada yang hanya menggunakan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan sebagainya namun kali ini, admin kongsikan resipi pes nasi ayam yang dijamin sedap. Rugi kalau tak cuba.
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang merah
Halia ( anggaran panjang sejengkal)
15 ulas bawang putih
7 batang serai
5 sudu makan garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
2. Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
3. Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
4. Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
5. Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
6. Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.