Tahukah korang bahawa negara kita kaya dengan makanan tradisional yang sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, Rata-ratanya banyak menggunakan bahan utamanya  santan, gula dan tepung beras, pulut dan gandum. Untuk itu, RASA seronok dapat kongsikan 12 resipi himpunan kuih muih tradisional yang cukup dengan rasa lemak manisnya.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
  • 1/2cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2cawan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
  2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan.
  3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
  4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
  5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
  6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
  7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

APAM BAKAR KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 4biji pisang | lenyek3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung beras
  • Air secukupnya
  • Kelapa parut | putih sahaja, kemudian gaul dengan sedikit garam halus.

CARA MEMASAK:

  1. Halia, lengkus dan lada hitam dikisar kasar bersama dengan sedikit air.
  2. Tapis airnya dan ketepikan.
  3. Kemudian campurkan air tadi bersama tepung beras, kacau rata.
  4. Jika agak pekat tambah air sehigga adunan seperti bancuhan membuat roti jala.
  5. Tambah ke dalamnya pisang yang telah dilenyek bersama yis. Kacau rata .
  6. Perapkan adunan itu selama 4 jam.
  7. Panaskan kuali non stick, kemudian tuangkan sedikit adun di dalamnya seperti membuat lempeng tetapi saiz kecil.
  8. Setelah siap, hidangkan bersama dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam tadi.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

NEKBAT SIRA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung beras
  • 10 biji telur
  • Sedikit pewarna oren beras ta

BAHAN SIRA:

  • 500ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

  1. Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
  4. Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
  5. Bakar hingga kekuningan atau garing.
  6. Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
  7. Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
  8. Masukkan daun pandan dan cengkih.
  9. Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
  10. Kuih sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

KOLEK LEMAK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 130 gm tepung beras
  • 60 gm tepung Hoen Kwe
  • 1 sudu teh garam
  • 400 ml santan
  • 600 ml air.
  • Sedikit tahi minyak
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN KUAH:

  • 1 cawan santan.
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Sedikit halia | hiris nipis
  • Bawang merah | hiris
  • Sedikit halba
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan, kemudian tapiskan di dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan hingga berwap.
  3. Sapukan loyang dengan minyak.
  4. Tuangkan adunan kolek lemak di dalam loyang.
  5. Dan taburkan tahi minyak di atasnya. Ketepikan.
  6. Sementara itu sediakan kuah, Satukan semua bahan di dalam periuk dan kacau rata.
  7. Masak dengan api perlahan hingga adunan keluar wap atau medidih sekejap.
  8. Potong Kolek Lemak, masukkan dalam piring hidang dan tuangkan kuah di atasanya.
  9. Sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

KUIH ULAT BULU

BAHAN-BAHAN:

  • 1cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus

BAHAN INTI:

  • 1/2cawan kacang hikau
  • Sedikit gula Melaka
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 kelapa parut
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
  3. Kacau rata hingga garing.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
  6. Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
  7. Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
  8. Buat sampai habus.
  9. Didihkan air kemudian, rebus adunan.
  10. Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
  11. Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
  12. Sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

BELEBAT UBI STELO

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
  • 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
  • 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
  • 800ml santan
  • 1sudu teh garam halus
  • Daun pisang secukupnya |layur dahulu

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
  2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
  3. Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
  4. Campur ubi dan pisang.
  5. Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
  6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

DODOL KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut hitam
  • 250gm tepung pulut putih
  •  200gm gula halus
  • Tahi minyak secukupnya
  • 5ml minyak masak
  • Daun pisang | sebagai alas
  •  Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
  2. Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
  3. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
  4. Sediakan loyang dan sapukan minyak.
  5. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
  6. Kukus sehingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

KUIH BADAK KUBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • Gula Melaka | potong dadu kecil
  • Sedikit air
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KUAH PUTIH:

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1.  Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan  campurkan dengan sedikit air.
  2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
  3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
  4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.
  5. Kukus lebih kurang 10 minit.
  6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

IKLAN

APAM BAGHDAD

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh ovelatte
  • 170gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning

BAHAN SOS SRI KAYA:

  • 400ml santan
  • 5 sudu makan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • sedikit pewarna hijau
  • sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat apam,didihkan air dalam periuk pengukus
  2. Sementara itu pukul telur dalam mangkuk aduan, kacau hingga kembang.
  3. Masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar lagi hingga bacuhan menjadi pucat.
  4. Setelah sebati masukkan pewarna kuning.
  5. Putar seketika, Masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi.
  6. Oleskan loyang pembakar dengan mentega, kemudian tuangkan adunan.
  7. Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
  8. Untuk topping sos kaya, campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata supaya tidak berketul.
  9. Masak sos di atas api sederhana sehingga seri kaya pekat dan menjadi berserawa. Tutup api.
  10. Tuangkan sos di atas apam terus atau potong apam baru tuang sos, terpulang ikut citarasa.
  11. Sedia dihidangkan.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

KUIH TELIPOK

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK BUNGA TELIPUK

  • 300gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Daun pisang

BAHAN KUAH HIJAU:

  • 50 gm tepung gandum
  • 10 sudu makan gula pasir
  • 750ml santan
  • 8 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
  2. Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
  3. Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
  4. Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
  5. Kemudian tapiskannya.
  6. Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
  7. Kukus lebih kurang 20 minit.
  8. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.

Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap.

TEPEK PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg pisang abu | lenyekkan
  • 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 250gm tepung gandum | jika kurang  boleh tambah
  • 5  sudu makan gula kabung
  • Sedikit garam halus
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
  2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
  4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
  5. Enak dihidangkan panas-panas.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI