Beli jagung offer, hiris kemudian di frozenkan. Dalam keadaan dan cuaca sekarang ni boleh la guna, buat menu dengan bahan yang ada saja. Janji dapat hidang untuk seisi keluarga.
Sedikit pewarna kuning (optional)-beli online di sini
Sedikit jagung fresh untuk hiasan (optional)
Cara memasak:
1.Ayak tepung gandum,baking powder dan baking soda. Tambahkan garam.Ketepikan.
2.Putar/kisar gula,minyak jagung masak,susu pekat dan telur hingga sebti.
Ads
3.Masukkan bahan yang telah diayak tadi. Putar hingga sebati. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning dan jagung krim putar atau kacau sehingga sebati.
4.Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sediakan papercup yang dialas dengan acuan lompang/muffin/bekas plastic. Sudukan/paipkan adunan apam sehingga penuh papercup. Taburkan sedikit jagung fresh di atasnya.
5.Kukus adunan dengan api yang kuat selama 20-25minit. Siap untuk dihidang.
Jika menyebut kuih talam, siapa saja tidak menyukainya. Rasanya lemak manis memang tidak cukup sepotong. Namun membuat kuih talam ini tidak semua orang pakar. Ada yang berkali-kali membuatnya, baru menjadi. Buat yang suka sangat dengan kuih talam, bolehlah cuba buat. Ada rezeki menjadilah kuihnya boleh diberi pada jiran tetanga untuk merasa.
TALAM LABU Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
2 cawan labu yang telah direbus(kisar saja senang bersama santan)
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu tepung ubi -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan
2 cawan air suam
1/1/2 cawan tepung gandum(kalau nak keraskan sikit bahagian atas jadikan 2 cawan)
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan lapisan bawah kacau hingga sebati. 2.Masukkan ke dalam loyang saiz 9. 3.Panaskan terlebih dahulu pengukus bila dah panas masukkan loyang ke dalam pengukus, kukus selama 10 minit. 4.Selepas itu masukkan semua bahan lapisan atas ke dalam loyang tadi dan dikukus selama 25 minit hingga 30 minit atau sampai masak dengan api yang sederhana perlahan.
Dulu-dulu, lagi dua minggu nak raya, mak-mak dah sibuk menyediakan kudapan ni kerana ia perlu masa untuk dijemur untuk memastikan ia betul-betul kering supaya tahan lama bila disimpan. Kebiasaannya mak-mak buat lebih kerana anak-anak suka, sebelum raya lagi anak-anak dan mintak. Kalau anda ingin mecuba, silakan resipi ada disediakan di bawah ye.
AGAR-AGAR KERING: BAHAN-BAHAN: 60gm agar-agar tali | rendam dalam air 1500ml air 1500gm gula pasir 250gm gula batu | tumbuk supaya sedikit hancur Perwarna makanan | ikut citarasa
CARA MEMBUAT: 1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar hingga cair. 2. Masukkan gula batu dan gula pasir, kacau hingga gula larut. 3. Tuangkan agar-agar ke dalam sekurang-kurangnya 3 loyang atau lebih. 4. Setiap loyang berlainan warna. Biarkan agar-agar keras. 5. Potong kecil memanjang, kemudian jemur hingga kering dan bersaka gulanya.
6. Jemur sekurangnya-kurangnya 2-3 hari jika cuaca panas. 7. Tanda, agar-agar cukup kering warana di bahagian luar sedikit putih dan bika disentuh ia kering serta tidak melekat di tangan.
Walaupun sekarang ni banyak kuih moden yang dibuat, kuih legend tetap ada peminatnya. Jangan dilupa kuih-kuih orang lama ni. Sedap sesangat. Kena ambil tahu juga cara nak buat kuih lama. Biar kekal sepanjang zaman. Nah, RASA kongsikan resipi kuih tepung bungkus. Senang je. Sukat pun guna cawan je uols.
TEPUNG BUNGKUS
(dapat 12-14 biji)
Bahan-bahan adunan putih
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
Daun pandan
Cara membuat
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.
Bahan Inti:
2 sudu gula pasir
1/2 biji gula melaka / nise
Sedikit air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
Daun pandan
Cara membuat
1. Masak gula dengan sedikit air. Letak daun pandan.
2. Kemudian tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil.
3. Hampir kering, letak tepung gandum. Kemudian sejukkan.
4. Bulat-bulatkan inti.
Cara menyediakan
1. Daun pisang dilayur atas api.
2. Letak adunan putih. Kemudian letak inti dan sedikit lagi adunan putih.
3. Lipat kemas. Kukus 10 minit.