Malam ni kita masak yang ringkas dan famili suka. Ada lebihan fettuccine dalam setengah kotak, ada pulak beberapa keping beef streaky, tambah parsley, bawang putih sikit jadilah untuk quick dinner. Kalau nak cuba, resipinya seperti di bawah.
Rebus fettuccine hingga ‘al-dente’ dan toskan. Simpan sikit air rebusan pasta.
Dalam kuali panaskan minyak zaitun dan mentega. Masukkan beef streaky dan goreng hingga hampir perang, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak/mentega yang sama, tumis bawang putih hingga wangi (api medium je jangan sampai bawang hangit).
Masukkan fettuccine, air rebusan pasta, chili flakes, parsley dan gaul sebati.
5.Masukkan beef streaky goreng tadi, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Tabur parutan keju parmesan dan gaul sekata. Hidangkan segera. Enjoy!
*fettuccine boleh diganti dengan pasta-pasta jenis lain seperti spaghetti, linguine, angel hair, penne, spiral dan lain-lain. Maksud rebus hingga ‘al-dente’ tu rebus sampai 3/4 lembut. Bukan rebus bagi pasta tu lembik. Nak selamat, baca arahan memasak dipeket2 pasta tu,
Ads
**beef streaky ada dijual di pasar raya area daging dan ayam. Biasanya saya beli di Village Grocer atau Jaya Grocer. Aeon pun ada juga. Nak tengok rupa beef streaky tu sila Google ya! Boleh juga gantikan dengan hirisan ayam, isi tuna dalam tin atau cendawan (for vegetarians).
Mi kari, mi rebus mi jawa dan mi racun memang klasik dan menu 'legend' kesukaan ramai. Tambah pulak ada ramuan keledek makin sedap lah jadinya, ni untuk mi rebus and mi jawa aje.
Bahan ramuan tu boleh tambah ikut citarasa. jika anda penggemar makanan laut, boleh aje tambang udang atau kerang. Yang penting masa masak kena rasak , kata orang tu barulah secukup rasa.
1. MI KARI NYONYA
BAHAN-BAHAN :
Setengah ekor ayam (potong kecik²)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
1 labu bawang besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
3 biji buah keras (kisar)
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
2 sudu besar udang kering ( rendam seketika dan kisar )
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan (tak letak)
2 batang serai (ketuk)
8 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
1 kiub pati ayam
1 kiub pati ikan bilis
2 keping asam keping
Santan secukupnya (saya guna 3 cawan santan)
Garam
Gula (pembuat resipi guna nisan)
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua semua bahan-bahan kisar sehingga halus.
2. Panaskan minyak yang mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, tumis semua bahan kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari dan udang kering. Tumis sehinggga masak @ kekuningan.
3. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap. masukkan pula rempah kari yg telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air. Tumis rempah ni sampai betul2 garing dan naik minyak.
4. Kemudiann masukkan ayam yg telah dipotong kecil2. Tumis sehingga air ayam keluar.
5. Kemudian masukkan santan dan air. Agak-agak la ye nak kuah banyak mana.
6. Biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2.
7. Bila nampak kuah dah mula mendidih dan mula pekat boleh masukkan fishball, fishcakes dan tauhu pok. Kalau nak masukkan kerang pun boleh, ikut citarasa uolss.
8. Dah masak semua, boleh la rasa apa yg kurang dan tutup api.
BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
2 sudu besar udang kering| rendam sekejap dan kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 cawan cili kering | kisar
Garam
Gula (guna nisan warna sambal cantik)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak.
2. Tumis semua bahan blender sehingga benar² masak dan garing. Kemudian masukkan gula serta garam.
4. Tumis sambal smpi betul² naik minyak serta bertukar warna merah yang cantik.
BAHAN HIASAN/ LAIN MEE KARI
Sawi
Taugeh
Telur rebus
Bawang goreng
mee kuning
Cili besar
Limau kasturi
* celur mee, sawi dan taugeh seketika shja.
Kredit resepi di fb tetapi diolah oleh saya mengikut citarasa saya. Sy skip part ltk udang.
Kredit :tuan adriana arissa
fb : ANEKA Resepi Kompilasi
2. MI JAWA
BAHAN-BAHANNYA :
400 gm keledek – direbus dan dikisar
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 btg serai yang gemok*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas* – xda so tak payah letak
2 sudu besar udang kering*
(Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar penuh serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
gula secukupnya
Bahan tabur atas mi :
1 kg mi kuning – dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
Fishcake – di celur dan dihiris nipis
Taugeh – takyah celur
Tauhu – digoreng dan dihiris nipis
Daun sup & daun bawang secukupnya
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah – dihiris
Telur rebus
Sawi dicelur
Limau
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan air rebusan daging sikit dan keledek yang dikisar. Keledek ni kan, cuba masuk separuh dulu, kacau dan tengok kepekatannya, ubahsuai ikut kesukaan. Nak cair tambah air atau stok daging, nak pekat tambah keledek kisar. Reneh seketika.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Dayah bubuh pati ayam satu kiub. Siap.
Mi Jawa ni boleh lah dikatakan rasanya hampir menyamai mi kari tapi 'mild'rasa karinya dan sama juga rasa dengan mi rebus utara, mi jawa ni unik skit rasa dia. Sedap, tak muak, anak anak pun suka makan.
Kredit :hidayah syibly
3.MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN :
2 kilo mi kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
1/2 cawan udang kering, dikisar
80gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan:
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
ada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
CARA NEMASAK :
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
1.Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan.
2.Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3.Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
4.Masukkan rampah kari kacau rata,
5. kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Kredit : ibu resepi resepi
MI RACUN BATU PAHAT
Di Batu Pahat menmang terkenal dengan Mi Racun
BAHAN-BAHAN :
400gm daging atau tulang gear box
6 biji bawang merah – dikisar/ditumbuk
6 biji bawang putih – dikisar/ditumbuk
1 senduk cili sos
1 senduk tomato sos
2 susu cili boh – yang tak tahan pedas boleh kurangkan/tahan pedas boleh tambahkan
3 tangkai sawi
3 helai daun kobis
4 biji tomato
6 biji telur
1 kg mi kuning
CARA MEMASAK:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus.
2. Telur digoreng dadar dan dihancurkan.
3. Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili boh hingga garing.
4.Kemudian masukkan tomato sos dan cili sos. Tambah air secukupnya.
5.Bila sudah mendidih masukan telur dadar yang dihancurkan tadi dan masukkan sawi dan kobis yang telah dihiris.
6. Taburkan garam secukupnya dan masukkan tomato yang telang dipotong.
7. Akhir sekali, celur@rebus mee kuning dan hidangkan bersama kuah mee racun.
*Bagi pengemar gearbox, daging itu boleh ditukar dengan gearbox.
Nak tau macam mana nak buat laksam yang lembut dan tidak melekat pada tudung periuk atau loyang. Korang boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Bukan hanya cara buat laksam je, cara buat kuah yang lemak berkrim tu pun turut disertakan supaya korang boleh bangga dengan hasil laksam air tangan sendiri dalam mood raya PKP ni.
LAKSAM KUAH LEMAK BAHAN-BAHAN: BAHAN LAKSAM:
2 1/2 cawan tepung beras cap teratai 1/2 cawan tepung gandum 3 cawan air panas 2 cawan air sejuk 1/2 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak Tudung periuk atau pizza non stick pan BAHAN KUAH: 1 kg ikan kembung/selayang | rebus sekejap,kisar isi ikan hingga halus 1/2 kg santan pekat 10 ulas bawang merah | tumbuk halus 4 ulas bawang putih | tumbuk halus 1 inci halia | tumbuk halus 1 sudu makan lada hitam | tumbuk halus 2 keping asam gelugor Garam secukup rasa 1 sudu the gula | tambahan sahaja jika suka BAHAN HIRISAN: 1 batang timun | hiris halus memanjang Kacang panjang secukupnya | hiris halus 1 mangkuk tauge yang telah dibersihkan Kubis secukupnya | hiris halus Daun kesum secukupnya | hiris halus Bunga kantan | hiris halus BAHAN TAMBAHAN: Sambal Cili
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan sebati. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
Masukkan satu senduk atau dua senduk adunan ke dalam tudung periuk atau loyang bulat atau pizza non stick pan dan kukus hingga masak.
Bila permukaan menggelembung maknanya laksam dah masak, angkat dan sejukkan sebelum digulung.
Setelah gulung ketepikan.
Cara masak kuah: Campurkan bahan kisar halus dengan isi ikan yang telah dikisar tadi dalam periuk.
Reneh bersama asam gelugor dan kacau sekali sekala.
Tambahkan santan ke dalamnya bersama garam, lada hitam kisar dan gula jika suka. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
Bila sudah cukup rasa masam, masin dan lemaknya.
Selepas 2-3 minit, tutup api.
Hidangkan bersama, laksam yang telah dipotong, bersama hirisan sayur dan sambal cili
Nota: Bila dah tutup api pun kena selalu kacau hingga wap hilang
Ramai beranggapan kalau buat mi rebus ni remeh dan banyak bahan campurannya. Kali ini RASA kongsikan satu resipi mi rebus yang ringkas, tak banyak bahan campuran tapi rasa memang sedap dan tidak mengecewakan anda dan keluarga. Apa kata korang cuba masaknya hujung minggu ini.
MI REBUS: BAHAN-BAHAN:
1paket mi kuning | celur dan tos
2keping tauhu | goreng dan hiris
2biji telur | rebus dan belah dua
1 keping dada ayam, goreng | carik-carikkannya
Sedikit hirisan daun bawang, cili hijau dan merah, bawang goreng dan hirisan limau kasturi BAHAN KUAH:
1sudu makan pes cili kering
2ulas bawang putih | kisar
3ulas bawang merah | kisar
2cm halia | kisar
2sudu makan udang kering | kisar asing
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung jagung
1 biji keledek oren + 1 biji kentang | rebus empuk & kisar halus
Rempah penumis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak, tumis rempah menumis hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering.
2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan serbuk kari dan udang kering kisar, kacau lagi seketika dan masukkan air (jika ada air rebusan daging).
3. Setelah mendidih campuran keledek dan ketang kisar. Kacau lagi tambahkan pula tepung jagung, renehkan atas api sederhana.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api.
6. Masukkan mi dalam mangkuk, tuangkan kuah. Kemudian letakkan di atasnya hirisan tauhu, telur, daun bawang, bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi serta ayam yang telah dicarik-carik tadi.
7. Mi rebus sedia dihidangkan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...