Sesekali mak-mak nak ubah selera keluarga boleh cuba resipi baked macaroni with meatball ini. Cukup sempurna rasanya makaroni dan bebola.
Jom cuba resipi baked macaroni with meatball ini oleh Ain Kamis yang mudah dan sangat digemari ramai. Nak buat senang je. 𝗥𝗲si𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽 𝗶𝗻𝗶 sudah mendapat 𝟮,000 share di Facebook.
𝗕𝗔𝗞𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗥𝗢𝗡𝗜 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗠𝗘𝗔𝗧𝗕𝗔𝗟𝗟
BAHAN CREAMY SAUCE:
1 cawan susu segar
2 sudu besar buttercup/marjerin – beli online di sini
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
**dimasak atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Ketepikan.
TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
BAHAN LAIN:
1 cawan macaroni
1 bungkus bebola daging
1 labu bawang merah | dicincang halus – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihentak & dicincang halus – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam | dikisar halus – beli online di sini
1 cawan daging hancur/kisar
1 batang lobak merah | dipotong dadu – beli online di sini
Lada benggala hijau | dipotong dadu
1 tin sos prego (300gm)
Mozzarella cheese
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Rendam macaroni dengan sedikit garam dan minyak selama 30 minit sebelum direbus.
2. Bebola daging dibasuh, toskan dan goreng bersama minyak hingga garing.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, tapi jangan bagi hangus.
4. Kemudian, masukkan daging hancur/kisar ke dalam tumisan bawang tadi.
5. Letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus dan garam secukupnya. Kalau nak pedas, letak black pepper lebih pun boleh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Masukkan lobak merah dan lada benggala hijau. Kacau rata dan masak hingga air daging tadi sedikit kering.
7. Masukkan sos prego, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.
8. Apabila sudah mendidih, masukkan macaroni yang telah direbus dan kacau rata. Matikan api.
9. Panaskan ketuhar dalam 10 minit dengan suhu 170C.
10. Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Lepas tu, masukkan macaroni. Curah dengan creamy sos yang mula-mula kita buat tadi.
11. Akhir sekali, tabur mozzarella cheese sebanyak yang disukai. Kalau nak pedas, boleh tambah cili hiris di atas tu. Bakar selama 20 minit atau hingga cheese mencair.
*boleh ubah kreativiti dan selera tekak masing-masing.
Kredit resipi: Ain Kamis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sekejap Je Dah Siap, Cucur Kucai Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Perap Ayam Guna Yogurt, Ayam Goreng Pedas Ala Korea Lagi Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI