Nak kelainan dalam hidangan makan malam ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.

Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. RASA kongsikan menu yang boleh disajikan masa berbuka dan sahur nanti . Cubalah nanti ya…

1. NASI KARI DAGING

5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
  • 3 cawan beras biasa
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 2 labu bawang merah besar | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1.5 sm halia | dihiris halus
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 1-2 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu makan mentega
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :
1.Panaskan minyak dan mentega
2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
6. Apabila masak gaulkan sekata.

Cara memasak : Tumis dan didih
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus

INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu

2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN

5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
  • 1 ¾ cawan air
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 biji bawang merah | dimayang
  • 2.5 sm halia | dihiris memanjang
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu
  • 2 biji ubi kentang | dipotong kecil
  • 200gm kobis bunga | dipotong kecil
  • 1 cawan kacang pis hijau
  • 4 biji cili hijau | dipotong pendek
  • 2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi.
2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air.
4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.

IKLAN

Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat

INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.

3. BIHUN YING YONG

5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

BIHUN YIN YONG.

BAHAN-BAHAN :

  • 100gm bihun
  • 100gm isi ayam | dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah | dipotong memanjang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 sudu teh pati serbuk ayam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

IKLAN

1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak.
3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi.
5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah.
7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.

Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis
Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa

INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.

4. NASI ISTIMEWA BERLABU

5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

BAHAN-BAHAN :

  • ¼ biji labu | dipotong dadu kecil
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 sudu makan udang geragau/udang kering | ditumbuk
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah | dipotong dadu
  • 2 tangkai daun bawang |dipotong pendek
  • 2 tangkai daun sup | dihiris halus
  • 4 sudu makan minyak masak
  • ¼ sudu teh serbuk lada sulah
  • ¼ sudu teh garam

CARA MEMASAKNYA :

IKLAN

1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing.
3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk.
4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram.
5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah.
8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion
Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat

INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.

5 .NASI DAGING SELASIH

5 Hidangan Berbuka 4 Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

BAHAN-BAHAN :

  • 250gm daging cincang
  • 4 biji cili merah | dihiris halus
  • 4 biji cili padi| ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 genggam daun selasih
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masak sehingga cili garing.
4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih

INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.

RESIPI : AZIAN HASAN, PENULIS BUKU MASAKAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI