Resipi sambal kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan. Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini. Sangat sedap dinikmati bersama mi sup, bihun sup, mi rebus terengganu atau soto. Memang terbaik. Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL KICAP SEDAP & POWER
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi
1 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi ( pilih buah yang masak)
1 cawan kicap manis
2 sudu gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.
3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.
Ads
4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.
Tak salah pun raya-raya makan sambal tempoyak. Asyik makan rendang je kan. Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Siapa pernah dan suka makan Sambal Bilis Telur Pecah, dengar nama memang macam pelik tapi sambal ni memang berhantu kalau mula makan. Cara buat senang, masak cepat dan rasa memang sedap, takda lauk lain pun takpa. Korang semua kena cuba, sekali sekala jadikan menu terdesak dan nak cepat buat je menu ni, gerenti tak menyesal masak.
.
SAMBAL BILIS TELUR PECAH BAHAN-BAHAN:
2-3 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
10-15 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan tumis sambal bilis kisar hingga garing.
Setelah garing pecahkan telur di dalamnya, kacau rata hingga sebati.
Tutup api dan Sambal Bilis Telur Hancur sedia dihidangkan.
Sambal Totok memang cukup sinonim dengan orang yang berketurunan jawa. Nampak ringkas je tapi sekali cuba memang terpukau habis! Jamah dengan nasi putih je pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi 2 kali.
Nak buatnya pun sangat mudah dan hanya guna bahan-bahan ringkas. Nak cuba rasa kehebatan sambal ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
SAMBAL TOTOK JAWA
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis ikut suka banyak mana
Segenggam cili api
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng dan asingkan.
2. Cili api, bawang besar, bawang putih, belacan digoreng hingga layu dan ketepikan.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi agak-agak hancur sekali dengan ikan bilis.
4. Tambah garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau kalau suka.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!