Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Ads
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
Ads
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka. Sesuai juga untuk dijadikan hidangan untuk majlis rumah terbuka bersempena Syawal ni.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
TIP
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Sesekali tukar selera, kita buat Macaroni Cheese Bakar. Bukan sahaja anak-anak suka, kita sekeluarga pun gemar menikmatinya. Nak cita rasa Asia, boleh tambah sedikit cili kisar untuk rasai sedikit kepedasannya jika mahu. Jika tidak, kekalkan sahaja rasa aslinya mengikut cita rasa masing-masing.
Nak tahu cara menyediakannya? Mudah sahaja. Ikuti perkongsian resipi Macaroni Cheese Bakar ini daripada Puteri Hana Sofia. Memang tampak sedap dan menyelerakan. Jom kita buat untuk hidangan seisi keluarga.
Bosan makan nasi? Malam ini jom kita masak spaghetti aglio olio. Menu ini memang mudah dan ringkas tetapi rasanya memang umphhhh. Lagi sedap jika ditambah seafood seperti udang dan sotong. Ayuh kita intai resipi yang dikongsi oleh saudari Nafsiah Rahim. Selamat mencuba!
1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7 hingga 8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
2. Dalam kuali yang lain, masukkan minyak zaitun atau minyak biasa dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Bila dah naik bau, masukkan cili kering yang telah dipotong.
3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.