Jom cuba resipi Kuih Puteri Ayu yang lembut bak sutera perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni. Nampak sedap dan membuka selera. Sesuai sangatlah kalau dijadikan sajian minum petang. Sekali cuba, pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Terfikir untuk menghidangkan makanan yang istimewa untuk keluarga malam ini? Boleh cuba resipi kebab homemade cara Azmita Awang. Kepuasan lebih terasa bila dapat buat sendiri . Sekeluarga kenyang dan senyum hingga sampai ke telinga.Meh laa kita tinjau resepinya. Moga moga pasni kot teringin selera ala bhai ngan pak arab ni mudah je kita buat sendiri.
KEBAB DAGING
1 1/2 kg daging batang pinang (ikut laa nak guna daging bahagian apa pun)
3 biji tomato(buang biji)
3 biji cili api(buang biji)
3 biji cili hijau besar
3 labu bawang besar
9 ulas bawang putih
3 inci halia
2 cawan daun ketumbar + daun pudina
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk jintan putih -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar serbuk paprika – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar garam
( boleh adjust sendiri kuantiti ikut banyak mana nak buat)
CARA MEMASAK:
Kisar daging dan tos(boleh guna daging kisar yang dijual di kedai. Tapi Kak Gee suka kisar sendiri, kurang lemak)
Kisar tomato, cili api dengan cili hijau.
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
Kisar atau cincang daun pudina dengan daun ketumbar.
Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Kemudian boleh kepal-kepalkan dan cucuk kat pencucuk. Kak Gee guna lidi sate jer
Bolehlah panggang sampai masak kedua-dua belah. Guna magic pan jer. Nak bakar dengan arang pun boleh kalau rajin.
Masa panggang pun dah kembang kempis hidung dok hidu aromanya,
Selamat mencuba.
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
Sudah sibuk mencari barang persediaan membuat kuih dan biskut. Inginkan kelainan daripada segi rasa, mungkin anda boleh mencuba resipi biskut raya berasaskan keju ini. Jika pandai mengolah, biskut akan menjadi lemak dan sedap. Pasti ramai yang akan menggemarinya di hari raya nanti.
1. PARMESAN PINEAPPLE TART
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
100gm mentega
100gm marjerin
50gm krim keju
60gm gula ising
1 biji kuning telur
Esen vanila
50gm tepung jagung diayak bersama
330gm tepung gandum
BAHAN B:
Jem nenas secukupnya
BAHAN HIASAN:
3 biji kuning telur
Keju cheddar diparut memanjang
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, marjerin, krim keju dan gula hingga kembang. Masukkan telur serta esen vanila dan pukul sebati.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung – diuli sebati.
Ambil sedikit adunan. Dibulat dan dileperkan.
Isikan jem nenas, dikepalkan dan dibulatkan semula adunan tadi.
Sapukan dengan kuning telur dan tabur keju cheddar di atasnya.
Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit atau hingga kekuningan.
Angkat, sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Parutan keju cheddar di atasnya menambah kesedapan biskut.
Saiz hidangan : 80 keping
2. BISKUT KEJU SARANG SEMUT
BAHAN –BAHAN:
200gm mentega
100gm krim keju
125gm gula ising
150gm tepung gandum
300gm tepung kastard
70gm keju cheddar diparut
HIASAN:
Coklat rice untuk tabur
Cawan kertas
CARA MEMASAK:
pukul mentega, krim keju dan gula hingga kembang.Masukkan tepung gandum dan tepung kastard. Gaul rata. Sejukkan adunan di dalam peti ais selama setengah jam. Kemudian parutkan adunan tadi bersama keju cheddar.
Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan campuran adunan dan parutan keju ke dalam cawan kertas. Hiaskan dengan coklat rice.
Bakar di dalam oven dengan suhu 160C selama 30 minit .
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga hiaskan dengan ceri merah untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 140 biji
3. BISKUT KEJU CORNFLAKE
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung superfine
100gm tepung jagung
150gm gula ising
125gm mentega buttercup
125gm krim keju
150gm cornflakes (diramas kasar)
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula ising dan krim keju hingga sebati.
Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Sudukan adunan ke atas conflakes dan kepal-kepalkan ia mengikut saiz yang dikehendaki.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau masak.
INFO CHEF : Boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas jika mahu.
Saiz hidangan : 80 keping
4. SAMPRIT DAHLIA CHEESE
BAHAN-BAHAN:
200gm mentega
100gm krim keju
130gm gula ising
200gm tepung jagung
140gm tepung kastard
180gm tepung gandum
2 biji kuning telur
2 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh esen vanila
Bunga hiasan secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, krim keju dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
Masukkan semua jenis tepung yang telah diayak bersama dan kacau hingga menjadi doh.
Rehatkan adunan selama kira-kira 30 minit.
Kemudian gunakan acuan semprit dan hiaskan dengan bunga.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 160C.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga hias dengan ceri merah dan hijau.
Saiz hidangan : 180 keping
5. OREO CHEESE BALL
BAHAN-BAHAN:
137gm/1 paket oreo
100gm krim keju
200gm milk chocolate compound
BAHAN HIASAN:
Nestum yang mencukupi
CARA MEMASAK:
Asingkan fillingoreo dan kisarnya hingga biskut oreo hancur.
Campurkan semula oreo hancur berkenaan dengan fillingoreo dan krim keju.
Gaul semua bahan hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh mengikut kesesuaian.
Keraskan di dalam peti sejuk seketika .
Sementara itu cairkan coklat menggunakan teknik double boil.
Kemudian celup bebola oreo yang disejukkan tadi dengan coklat cair
Gaulkan dengan nestum.
Sejukkan semula. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF: Ia tidak perlu dibakar.
Saiz hidangan : 40 biji
6. BISKUT KEJU LEMON
BAHAN A:
70gm mentega
30gm krim keju
70gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh pes lemon
BAHAN B:
100gm tepung gandum
40gm tepung kastard
40gm tepung jagung diayak bersama
20gm serbuk keju
2 sudu teh susu pekat
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Biji kuaci secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan pes lemon. Pukul sebati.
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati hingga menjadi doh.
Canaikan doh dan terap dengan acuan.
Sapu dengan kuning telur dan hiaskan dengan biji kuaci.
Bakar pada suhu 160ºC selama 30 minit.
INFO CHEF: kuning telur membuatkan permukaan biskut tapak berkilat dan cantik.
Saiz hidangan : 70 keping
7. BISKUT KRIM KEJU CHOKLAT HATI
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm krim keju
100gm gula halus
275gm tepung gandum
350gm tepung jagung
25gm susu tepung
1 2 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN HIASAN:
125gm keju Cheddar diparut
150gm coklat masakan – dicairkan menggunakan double boil
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula, masukkan telur kuning dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan krim keju dan pukul sebati.
Masukkan tepung susu, tepung jagung dan tepung gandum.
Uli sampai sebati.
Terap dengan acuan berbentuk hati.
Tabur keju yang telah diparut di atasnya.
Bakar di dalam oven pada suhu 160C selama 30 minit.
Setelah sejuk, celupkan separuh biskut dengan coklat masakan.
Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga tabur sedikit coklat urai di atasnya jika mahu.
Saiz hidangan : 140 keping
8. BANGKIT KEJU
BAHAN-BAHAN:
220gm mentega
200gm gula ising
50gm shorterning
1 biji telur
100gm serbuk badam
50gm keju cheddar diparut
300gm tepung sagu
300gm tepung ubi
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula ising dan shorteninghingga kembang.
Masukkan telur dan susu cair dipukul sebati.
Kemudian masukan serbuk badam, keju parut dan tepung gandum. Adun hingga menjadi doh. Canai dan terap menjadi bentuk bunga.
Bakar di dalam oven dengan suhu 160C selama 30 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Boleh juga gunakan bentuk acuan lain jika mahu.
Saiz hidangan : 250 keping
9. BISKUT CHEEZY TIRAMISU CRUNCH
BAHAN A:
200gm mentega
50gm krim keju
50gm minyak sapi
100gm gula perang
BAHAN B:
50gm tepung jagung
50gm cornflakes – dimesin
1 sudu teh Nescafe
40gm keju cheddar diparut
300gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
2 biji kuning telur
Gajus secukupnya
Keju Cheddar diparut
CARA MEMASAK:
Putar mentega, krim keju, minyak sapi dan gula perang hingga kembang.
Masukkan kesemua bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat.
Canai dan terap.
Sapukan kuning telur, letakkan biji gajus dan taburkan parutan keju di atasnya.
Bakar di dalam oven menggunakan suhu 150C selama 30 minit.
INFO CHEF: Parutan keju cheddar di atasnya juga menambah aroma pada biskut.
Saiz hidangan : 120 keping
10. CREAM CHEESE CHOC CHIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100gm cawan mentega
20gm shorterning
55gm krim keju
140gm gula perang
40gm gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
170gm tepung naik sendiri
100gm tepung gandum
10gm tepung jagung
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu kecil garam
350 cawan cip coklat
100gm keju cheddar diparut
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan krim keju hingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sebati.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking soda, garam dan adun hingga menjadi doh.
Masukkan cip coklat dan keju parut. Gaul adunan dengan menggunakan spatula.
Sudukan adunan sedikit demi sedikit ke dalam dulang pembakar.
Bakar di dalam oven dengan suhu 150C selama 30 minit.
Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO CHEF : Agak mudah dibuat.
Saiz hidangan : 100 keping
RESIPI: TERIMA KASIH NORSUHAIDA SIRON DAN NORSUHAIZA SIRON, BATU CAVES SELANGOR.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!